Skip to main content

69 SIARAN DI UNIFITV - #KHABARBAIK 3 BULAN TAK PAYAH BAYAR BIL UNIFI

Hi korang..

Ni dah masuk 2 bulan rumah saya ni pakai Unifi. Setakat ni ok la. Tak de apa-apa masalah guna Unifi. Internet laju. Unifi Tv pun tetap ada siaran walaupun hujan. Rasa macam pelik juga lah dapat tengok tv walaupun cuaca tak ok. Dulu pakai Astro, baru guruh je dah tak de siaran. Hahha.



Bulan lepas dapat SMS pengesahan kata bil Unifi tak payah bayar sampai hujung disember. Wah!bukan main seronok la. RM159 sebulan tu boleh dah buat beli alat tulis anak-anak untuk sekolah tahun depan.

Bil percuma sampai Disember ni untuk pelanggan baru dan lama tau. Jadi semua boleh dapat dengan syarat kena update applikasi myunifi dan kemudian daftar untuk  tebus di dalam applikasi tu. nanti dapat la sms  macam saya dapat ni.

Saya selalu dapat soalan tentang Siaran UnifiTv. Soalan paling kerap "Dapat siaran apa je kalau guna UnifiTV?"






Semua siaran ada 69. Saya ambik pakej yang rm159 jadi dapat semua siaran. Siaran radio ada 2 je. satu siaran bahasa Cina dan satu lagi suriaFM.

Untuk siaran tv, ada dapat dari RTM sampai ke siaran luar negara. Tv3 tv7,tv8.tv9 tu memang ada dah. Cuma nya ada masanya siaran yang sedang Live di RTM1 dan RTM 2 ni korang tak kan dapat tengok. Contohnya ada satu hari tu kami tak dapat tengok LIVE bolasepak Malaysia punya game.

Padahal kalau tv biasa ada je Live tu.Tapi tengok melalui UNIFItv  ni takde siaran nya. Diganti dengan drama apa entah. Tapi jangan risau. Streaming je siaran Live tu. Kat fb boleh kat app RTM pun boleh. Internet laju rugi la tak guna Streaming...Kan?? 100mbps tak boleh disia-siakan..hahaha

Kami pula memang ada guna Myracast so terus connect ke tv je.

Siaran Astro memang tak dapat tau. Astro ceria, Astro Ria , Astro Prima, Astro Warna , Astro Citra ..tu semua tak de. Tapi ada siaran yang disiarkan di Astro yang ada dalam Unifi Tv. Contohnya macam National Geographic, Net Geo Wild, Fox Movie, Fox action Movies, TVN Movie, dan banyak lagi.

Siaran filem Cina, Tamil dan Hindi pun ada.



SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Untuk Kartun ada baby TV, NickJr, Nickelodeon, Boomerang Hd, Sukan pulak ada FOX 1 2 dan 3. Memang banyak la siaran nya. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

Semuanya ada 69 siaran. Sebelum ni ada 70 .tapi satu siaran tu dah tak de. Siaran apa entah.selalu tayang filem jepun.




Korang yang nak jimat bil astro dan bil internet tu memang sesuai sangat la kalau nak pakai Unifi. Nak download filem dan drama pun cepat. Satu hari suntuk nak layah Youtube pun tak de masalah. Unifitv ni sesuai la kalau untuk yang berkeluarga.

Kalau korang bujang elok la guna Unifi Mobile

Buat masa ni masih berpuas hati dengan Unifitv. Harap2 ok lah selamanya. Jangan nak naik bil sudah la. Kalau naik memang habis kontrak terus terminate. Hahah.. 

Comments

  1. yup.. memang berbaloi... Pay Nothing sampai hujung tahun... Tahniah kerana Diana grab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. just info... kalau LIVE SPORT yang mana ada hak tajaan mana2 operator, kat HyyPE TV tak dapat tengok, sebab TM tak nak ada issues walaupun RTM tu open kan.. Tapi speed dah tinggi, banyak apps boleh streaming... kena pandai cari je source..

      Delete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …