Skip to main content

VAPING HANYA MENUKAR KEBIASAAN MEROKOK ANDA. BUKAN MENGHILANGKAN KETAGIHAN

Bagi pengisap vape kau cakap la apa pun diaorang tetap tak boleh terima kalau kita kata vape tu bahaya. Kita kata vape haram pun dia sangkal ni kan pulak kalau kata vape bahaya. Lagi la diaorang tak boleh terima.




Dulu pernah tulis pasal bahaya vape , sampai kena serang la blog saya ni dengan kaki-kaki vape yang tak boleh terima kenyataan vape tu bahaya. Sekarang ni harap-harap kaki-kaki vape dulu yang marah dengan artikel saya tu sihat walafiat la.

Dah banyak sekarang ni bahaya vape yang mula muncul dan bagi kesan pada pengamalnya. Ada yang meletop, ada yang masuk hospital sebab batuk, ada yang sesak nafas, lungs infection. Semuanya sebab kesan panjang menghisap vape.

Niat tu bagus la, hisap vape sebab nak buang tabiat merokok. Tapi caranya tak betul malah tak de beza pun dengan merokok.







Mengikut apa yang saya baca pengalaman dan penceritaan orang yang merokok , merokok tu tak buat kan kita ketagih pun. Ianya cuma kebiasaan kita atau habit. Merokok tak kan buat kita ketagih tapi bila awak dah terbiasa merokok, awak akan merokok  bila ada masa lapang atau masa-masa yang awak selalu merokok. Misalnya selepas makan. ianya jadi habit pada awak untuk merokok selepas makan.

Maknanya awak boleh hentikan tabiat merokok ni walaupun tanpa vape. Vape bukan menghilangkan ketagihan, dia cuma menukar kebiasaan awak dari merokok kepada vaping.

Ni salah satu kes terbaru tentang vape yang dah voral di twitter. Asalnya kena denggi. Lepas tu berlaku lung infection pulak sebab vape.







Awak rasa bila awak hisap vape ianya lebih selamat, Sebenarnya tidak. Vape pun bahaya.

Menurut American Lung Association, menggunakan rokok elektronik atau vaping, khususnya yang jenis berperisa dan beraroma, dapat menyebabkan popcorn lung. Bronchiolitis obliterans atau lebih dikenali sebagai popcorn lung adalah keadaan dimana saluran udara terkecil dalam paru-paru (bronchioles) menjadi sempit kerana luka.

Walaupun terdapat rawatan untuk menghadkan dan mengurangkan penyakit ni namun , pada masa ini tiada ubat untuk paru-paru popcorn, dan ia dianggap mengancam nyawa.

Comments

  1. abis nak buat macamne, ramai dh artis-artis yang jual perisa vape yang pelbagai, kira macam mengalakkan lah kan...
    kadang tengok perempuan pun selamba berasap2... sampai tak tau nk cakap apa, sebab diaorg dh fikir dh vape tak salah, vape tak bahaya., yg bahaya rokok kononn nya... kita cakap la apa mmg payah

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …