Skip to main content

SUSHI BUKAN UNTUK MENGENYANGKAN. IA ADALAH SENI UNTUK DERIA DAN OTAK

Saya bukan lah penggemar Sushi. Anak-anak pun tak suka. Diaorang kata rasanya pelik. Saya pulak tak suka sebab bagi saya Sushi ni macam snack saja. Kalau makan mesti tak rasa kenyang. Sudahnya sibuk cari makanan lain.



Rupa-rupanya sangkaan saya memang tepat tentang Sushi ni. Ianya bukan lah makanan yang kita makan untuk bagi rasa kenyang. Pelik jugak bila ada kawan2 yang pergi makan Sushi , semata2 untuk makan Sushi saja. Tertanya2-tanya kenyang ke??


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM


Tapi tak tahu lah kalau ada yang makan bedal sampai ketat perut tu. Itu ikut suka hati dia lah. Memang orang Malaysia ni kalau makan apa je semuanya nak di telan sampai kenyang. Selagi tak kenyang memang tak bangun la.Hahah .. Cuma mungkin Chef tu pelik tengok. Kat Malaysia je dia nampak orang makan Sushi sampai kenyang.




Ini apa yang saya baca melalui perkongsian netizen di sosial media, Fakta menyatakan Sushi bukan lah makanan yang dimakan untuk mengenyangkan. tapi ianya adalah seni sensasi untuk bermain dengan deria rasa dan otak.

Maknanya Sushi tu untuk di makan sambil dihayati rasanya saja. Makan la 6-7 biji .lepas tu sudah.Bangun dan pergi la cari nasi kandar. Gitewww.. Hahah.

Ada lagi beberapa fakta tentang makan Sushi ni.Bila makan Sushi , kita cicah dalam kicap, jangan di renjis kicap tu kedalam bekas kicap tadi sebab nanti bercampur dengan flavor lain. Dah rasanya tu tak boleh korang kenal pasti.Lepas tu mula rasa macam sama je semua Sushi ni. Padahal dah makan 6,7 jenis.



Kemudian Masa cicah tu pulak jangan dihalakan bahagian nasi tu ke kicap sebab dalam nasi tu ada cuka.

Sushi juga tak boleh dimakan menggunakan Chopstik. OK. yang ni saya memang tak buat sebab pakai tangan lagi best kot. Makan Sushi kena pakai tangan sebab melambangkan ketimuran. Dikatakan juga dicelahan jari kita ni ada kimia yang mampu mengaktifkan enzim ke otak yang mampu membangkitkan selera ataupun nostalgia. Sebab tu kalau makn nasi paling best makan dengan tangan.

Bagi saya makan pakai tangan memang syok.kalau sorang2 kat rumah saya makan mee atau bihun goreng pun pakai tangan je. Hahah. Depan suami dan anak-anak acah2 la kau sopan sangat.kan??Siap sudu garfu kau!!hahah .. Sudahnya anak saya dua-dua orang tak reti makan pakai tangan. Errmmmm


Biasanya Sushi dihidangkan dengan halia. Fungsi halia tersebut adalah untuk mencuci rasa dalam mulut kita. Bukan nya hidangan tambahan ke apa tau. Maknanya makan lah hali tu selang seli dengan Sushi. Halia tu akan buat lidah kita ni dapat kenal pasti flavour Sushi yang kita makan dengan lebih tepat. Tak la rasanya sama je walaupun makan macam2 flavour.

Cara makan Sushi pulak, dia kena sekali ngap saja. Tak boleh gigit sikit2 macam kau makan biskut raya. hahah.





Gitu sedikit sebanyak pasal Sushi ni.Dan sebelum makan tu jamu mata dulu. Tengok la seni yang indah itu. Sushi ni bukan untuk tekak saja tapi juga seni untuk mata. Jangan la main sumbat saja. Checf nampak korang punya perangi tu tau..Hahah


Sumber: Haizadsykes

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …