Skip to main content

PERTAMA KALI NAK BELI PERFUME? INI 30 PERFUME TERBAIK DI DUNIA KHAS UNTUK LELAKI

Setuju tak kalau saya kata ramai lelaki salah pilih perfume. Mereka fikir semua perfume sesuai dengan mereka. Tu yang kadang-kadang lalu sebelah lelaki tiba-tiba macam bau Kak Bedah. Hahha . Perfume lelaki berbeza dengan perfume wanita.



Kaum lelaki perlu tahu sedikit sebanyak tentang perfume yang sesuai untuk lelaki. Memilih perfume yang tepat akan menonjolkan imej dan personality lelaki tersebut. Aura seorang lelaki juga boleh terserlah dari perfume yang digunakan.

Pernah awak lalu disebelah lelaki dan terbau seperti bau yang busuk? Awak akan fikir "eii..pengotor la dia ni.."

Begitu juga jika lelaki tersebut mempunyai bau yang buat kita selesa. Pandangan kita pada lelaki tersebut pasti positif dan baik.







Saya kongsikan disini sedikit panduan bagi mereka yang ingin mencari perfume yang sesuai untuk lelaki. Posting asal adalah dari  saudara Januar Haikal . Awak boleh follow saudara Januar di laman twitter nya untuk baca posting asal nya.

1. Calvin Klein ONE or Calvin Klein BE 100 ML RM 190.



Paling basic dan classic tapi paling sedap didunia. Both Unisex tapi CK One lebih kuat dan CK Be berbau sedikit powdery.

Ketahanan: ★★★
Harga:★★

Untuk pertama kali beli? This is the best option.

2. BOSS BOTTLED #6 HUGO BOSS 100 ML RM290.


Ya Allah abang boleh cakap perfume ni Tiptop! Always my on the go Perfume. Campuran Fern, Bergamot, pineapple dan diblend sekali dengan Juniper dan geranium.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★

Well establised from 1999. Kemain.


3. VERSACE EAU FRAICHE 100 ML RM 250. 




Ini, ini adalah Masterpiece. Paling Fresh didunia bila pakai. Tak tahu nak pilih yang mana? Eau Fraiche adalah pilihan yang tepat walaupon warna nya pudar pudar cinta.

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★★

Campuran Lemon, Bergamot dan sage.

4. MONT BLANC LEGEND 100ML RM 350. 




Tak pasti samada perfume ini dibuat di Syurga ke apa sebab bau dia lazat sekali. 4 kali repeat beli dan keep using it until now sebab sedap nak mampos!

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★★

Campuran Bergamot, rose, sandalwood dan oak moss.

5. CHANEL ALLURE HOMME EDITION BLANCHE 100 ML RM 550.


Gais, kalau ada duit lebih sket boleh cuba Chanel Homme penutup putih ni. Bila kau pakai ni confirm orang tertoleh toleh. Highly recommended kalau suka bau Citrus dan Fresh. Padu!

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

6. GIVENCHY GENTLEMEN ONLY CASUAL CHIC 100 ML RM 400. 


One time haritu berhenti kejap beli perfume sebab tak jumpa bau yang rare & sedap until i found this germ! Ya Tuhan kalau peminat campuran Tonic of Cardamom,ginger dan birch sila beli.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★

7. JO MALONE LIME BASIL AND MANDARIN OR ENGLISH PEAR AND FREESIA 100 ML RM 550.


First time nak beli tapi tak tahu nak beli yang mana? These are my favorite picks tapi nak cakap awal awal yang bau dia tak tahan lama sebab ia adalah COLOGNE.

Ketahanan: ★★
Harga: ★★★★★

8. VERSACE EROS OR EROS FLAME 100 ML RM 450.



Okay bau ni antara paling kuat so far yang abang pakai. Orang Arab paling suka sebab bau dia Padu dan tahan lama. Siap keluar Eros Flame warna merah pon sedap nak mampos what is this!

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★

9. ACQUA DI GIO GIORGIO ARMANI 100 ML RM 350. 


Kepala otak dia apebenda wangi sedap nak mampos Acqua ni. Yang tahu je tahu. Dah confuse nak beli yang mana banyak sangat perfume kan? Ambil la ini dan bawak ke kaunter dan bayar.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★

10. SAUVAGE DIOR 100 ML RM 650.


Tak perlu nak bincang kot, Pernah menang Fragrance Of the Year, Men’s Prestige. Ni kalau bonus dah keluar baru abang nasihat beli okay? Kau jangan guna duit gaji bulanan kau tu, boleh meninggal dik haha.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

11. TOM FORD VELVET ORCHID 50 ML RM 1000.




Jika member korang pakai perfume ni maka couple lah dengan beliau kerana ternyata financial nya sungguh stable dan dia memiliki taste yang terlalu tinggi. Perfume ini Dewata raya dan Topnotch!

Ketahanan:★★★★★
Harga:★★★★★


12. CAROLINA HERRRERA CHIC FOR MEN 100 ML RM 300.



Jika terjumpa perfume ini dimana mana maka beli lah terus tanpa berfikir panjang sebab Perfume ni dah takde lagi. Bau Citrus, orange dan lemon yang terlalu sedap. Sangat recommend untuk cuba.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★

13. SEAN JOHN UNFORGIVABLE 100 ML RM 190.


Antara perfume mampu milik yang bau nya terlalu syahdu dan memorable. Normally orang pakai untuk pergi ke club dan during intimacy ehem ehem dan sorry abang tak pergi club gitu kene self-explained haha.

Ketahanan:★★
Harga:★★

14. BLEU OF CHANEL 100 ML RM 550. 


The master of All. The must have in list. The Everything. Bau paling mewah anggur anggur cinta berahi dan bila pakai jalan seorang balik pasti berteman dua atau tiga todiah. Wajib beli.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

15. PRADA INFUSION D’IRIS CEDRE 100 ML RM 380. 




Kang kalau cakap sedap korang cakap abang kata semua sedap tapi dah memang best nak buat camne. Nak bau mahal dan rasa lain sket dari orang lain boleh cuba Prada. Campuran mandarin orange dan Citrus

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★★

16. GAULTIER 2 BY JPG 100 ML RM 350. 




Perfume ni abang dapat hadiah birthday masa umur 21. Dapat je terus menangis ya syahdu sangat sebab memang teringin. Tiada lagi, kalau nampak terus sambar. Bau sedikit sarsi dan Rootbeer tapi sedap giler.

Ketahanan:★★★★
Harga: ★★★

17. DKNY BE DELICIOUS FOR MEN 100 ML RM 250.




Dan ini, ini lah dia perfume mahal yang first time abang beli. Duduk punya la lama dekat sogo dengan ibu dan finally beli yang ni. Thank you ibu sebab teman naik bas Intrakota pergi Masjid Jamek lebiuh :’)

Ketahanan: ★★
Harga: ★★

18. MOSCHINO FOREVER OR MOSCHINO SAILING 100 ML RM 300.


Kenape abang letak “OR” di situ kerana Forever tu dah babai tiada lagi. Tapi kalau korang nampak Forever tu dimana mana, korang beli dulu yang itu kerana baunya begitu MasyaAllah sekali.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★


19. WHITE MUSK FOR MEN BODY SHOP 100 ML RM 120. 


Bau dia sangat susah nak explain. Macam bau Fabrik yang dilipat dan disimpan dalam Almari kayu, very Musky dan surprisingly sangat sedap. Takde budget yang besar lagi? Boleh cuba yang ini.

Ketahanan:★★★
Harga: ★

20. DAVIDOFF COOL WATER 100 ML RM 250. 


Terlalu basic tapi kalau nak cuba why not. Not a fan sebab bau dia tak tahan lama tapi good review from The Fragrance Foundation dan best selling. Don’t get me wrong, mungkin bagi korang best.

Ketahanan: ★★
Harga: ★★

21. A MEN ULTRA ZEST THIERRY MUGLER 100 ML RM 1000. 



Ya diriku sangat suka Perfume yang berbau orange, Citrus, Lemon dan ini adalah epitome untuk segala galanya. Such a masterpiece. Diblend pula dengan coffee i need to get this dah habis.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★

22. CAROLINA HERRERA 212 VIP MEN 100 ML RM 300.


Perfume yang kalau habis je abang akan beli,habis je beli. It fits the purpose of bila kau di tempat yang ramai orang, bau sangat kuat & orang akan tanya awakkk you single i single jom lah couple.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★

23. CLINIQUE HAPPY FOR MEN 100 ML RM 190.


Ya gais ini lah definasi Perfume sedap dan murah mampu beli skincare dia pon best. Kalau pakai confirm korang Happy sebab memang wangi. Bau Fresh ape lagi hahahaha. Takde budget besar? Go for this.

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★

24. ALIEN BY THIERRY MUGLER 50 ML RM 850. 



So perfume ni bau dia pelik yang very arousing, macam sarsaparilla dan vanilla juga sedikit manis. Very confusing yet attractive. Tokti pon pakai sebab bau dia lain dari yang lain.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

25. TOM FORD MANDARINO DI AMALFI 50 ML RM 1300. 


Ya nasib diberikan sebagai hadiah. Thanks Kak kay lebiuh kalau tak, memang tak mampu nak beli. Boleh cakap bau dia sangat exquisite, subtle, so expensive dan otherworldly.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★★★★★


26. ULTRA VIOLET PACO RABANNE 100 ML RM 300. 


Sejujurnya abang tak berminat dengan One in Million sebab bau dia terlalu typical. So, Ultraviolet always the best pick. Bau dia manis dan different. Boleh cuba.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★

27. GIVENCHY PLAY INTENSE 100 ML RM 300. 


Ya Allah gais, perfume ni bau dia memang intense. Tak boleh nak describe, a bit of Vanilla, sweet smell tapi sangat tahan lama. One of a kind. Dan ya bener, Justin adalah face of Givenchy play ini.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★

28. DUNHILL BLUE DESIRE AND RED DESIRE 100 ML RM 250.



Okay listen gais, Dunhill ni adalah paling basic juga. Maksudnya koleksi wajib ada tapi ramai pakai so bau dia jadi dah tak exclusive. Kalau kene dengan kulit awak, dia akan emit bau yang padu.

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★

29. CALVIN KLEIN TRUTH 100 ML RM 250. 


Ini adalah perfume kedua yang abang beli selepas DKNY. Bau dia agak aromatic, sensual, watery dan ada campuran basil dan cardamom. Not sure Truth ni ada lagi ke tak dekat Malaysia, kalau ada sila consider.

Ketahanan:★★★
Harga: ★★

30. ABERCROMBIE AND FITCH 100 ML RM 400.


The only perfume yang abang tak pernah beli lagi, pernah cuba, pernah bau dan sangat sangat suka cuma macam tak berbaloi sebab mahal nak mampos baik beli Chanel hahaha. Add this into wish list.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★★


Sumber: twitter Januar Haikal

Comments

  1. berpinar mata tengok segala perfum yang mahal bebeno harganya.... 50ml dah rm1k, rm1.3k fuhhhh...

    dalam banyak2 tu rasanya pernah beli 2 je, no 17 dkny ngn no 19 body shop hehehe... itu je yg mampu milik

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …