Skip to main content

KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 6 MINGGU KE 3 - AMEER SOFARZ TERSINGKIR




Gegar Vaganza musim ke 6 minggu ke 3 membuka tirai dengan persembahan Dayang Nurfaizah bersama penampilan Khas fesyen designer Dato Rizalman.

Dato Rizalman juga adalah juri jemputan. Selepas 2 minggu kita dijamu dengan komen main2 dari juri jemputan harap2 nya kali ni komen yang diberikan juri jemputan adalah komen yang membina. Setahu saya Dato Rizalman ni kalau komen memang memberiiiiì sangat. Hahah..



Minggu ni Nabil Ahmad dan Jihan musa memulakan tugas mengacara Gegar Vaganza dengan lagu Nyawa dan Raga. Macam biasa lah bunyi nya sumbang. Dengar suara Jihan je . Nabil mengelat kot. Hahah..

Anugerah Bintang Cucco paling Gempak jatih kepala Naqiu. Ramai betul penyokong Naqiu. Sebab tu la dia menang. Anugerah ni korang kena undi di laman web astro gempak tau.




Jom baca saya punya review tentang keseluruhan persembahan peserta Gegar Vaganza Minggu ke 3 ini. Korang boleh tonton live Gegar Vaganza musim ke 6 di Youtube Astro gempak. Sumber gambar: facebook astro gempak.



Hardy mirza - Ibu Kota Cinta. Untuk lelaki yang suara lembut ni macam tak sesuai je dia nyanyi lagu rock. Suara dia ada husky sikit tapi masih tak cukup rock. Macam tak puas dengar dia lontar kan suara dia. Tapi kalau ikutkan komen Dato Ram yang fokus pada teknik vokal mesti lah kata dia bagus.

KOOL- Lagu zaman. Kenapa la saya selalu rasa tiap persembahan diaorang ni macam persembahan Hari penyampaian Hadiah Sekolah Rendah. Diaorang punya gerakan2 yang dirancang tu macam tak sesuai. Tak boleh ke buat aksi spontan je.



Roy-Gila Judi. Pertama kali tengok Roy bergelek. Tapi kejap je. Awal2 je dia bergelek. selama ni tengok dia nyanyi serius je. Tapi persembahan nya biasa2 je. Tak wow sangat pun. Ok je la.



Feeza -Temberang. Kenapa la Feeza dapat lagu ni? Lagu ni asyik ulang2 je boring kot. Tapi mungkin nak try lagu rancak kot. Tengok termengah ke tidak. Memang nampak dia semput jugak la nyanyi lagu temberang ni.

Nurfatimah - Hati Kama. Siapa suka Siti Nurhaliza mesti akan suka lagu ni . Lagu duet tapi Nurfatimah kena nyanyi sorang. Kena nyanyi dengan lenggok tradisional pulak. Masa awal2 dengar tak sedap. Tapi dah sampai tengah baru dengar ok sikit. Tapi rugi la sebab awal2 kalau tak ok orang tetap kata prsembahan keseluruhan tu tak ok.



SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM



Syam Visa - Sayang Sayang. Macam sesuai sangat lagu ni dengan suara Syam Visa sebab dia tak payah nak nyanyi lagu yang tarik2 suara tinggi. Lepas ni bagi kat dia lagu2 macam ni je la.

Ameer - Samrah Mentari. Dah kenapa dia nyanyi dengan gaya suara Jamal Abdillah masa awal2 tu?? HAHAHA.. Dah sampai bahagian tengah2 tu baru la dengar suara sebenar dia.

One Nation Emcee - Gelora. Setiap minggu persembahan diaorang best la. Sesuai sangat untuk persembahan pentas. Diaorang ada idea yang best. Dah masuk minggu ke 3 saya boleh rasa diaorang akan ke final.

Jatt - Awallah Dondang. Memula ingatkan diaorang nak turunkan key. Rupanya tak. Tinggi jugak la suara Jatt ni. Persembahan vokal best dan tak boring. Macam ni baru betul boleh menyanyi.

Naqiu - 1 2 3. Lagu2 terkini sesuai dengan suara Naqiu. Sampai sekarang tak jumpa lagi genre apa yang tak sesuai dengan suara Naqiu. Lepas Gegar Vaganza ni harap Naqiu boleh cipta nama kembali. Rugi lah suara macam ni tapi tak de lagu baru. Setiap minggu dia bersungguh2 bagi persembahan yang baik.

Norshila Amin - Pelesit kota. Minggu ni kurang sikit dengar bunyi nafas dia menyanyi. Beza dengan minggu lepas dengar macam susah sangat nak menyanyi. Saya suka persembahan dia minggu ni.

Wan - Asmaradana. Ingatkan dia nak menyanyi sambil buat tarian jawa sikit.. rupanya tak pun. Kesian tengok penari tu beriya je menari tarian jawa tapi penyanyinya ikut kepala sendiri je dia punya menari. Hahah.. tapi saya tetap suka Wan.

Selesai persembahan 12 peserta. Pemenang unyuk bintang Cili Padi Power jatuh kepada Nurfatimah.

Tema minggu hadapan pulak ialah "ha!Tepuk" iaitu peserta akan menyanyi duet dengan artis lain yang bukan peserta.

Peserta yang terkeluar minggu ni ialah Ameer Sofarz. Dah 3 minggu persembahan nya memamg dikritik teruk. Buat apa nal bagi peluang lagi..kan?? Harap lepas ni dia sucsess.

Senarai lagu untuk minggu ke 4

1. Naqiu / Siti Nordiana - Gurauan Berkasih

2. Jatt / Ayai Ilusi - Debunga mewangi

3. Wan/Aris Ariwatan - Engkau Laksana Bulan

4.Nurfatimah/ Liza Hanim - Anggapanmu

5.Hardy Mirza/ Siti Sarah Raisudin-Kisahku Inginkan

6. One Nation Emcee/ Azharina - Layar Impian

7. Roy/Amelina - Jangan Tinggalkan Aku

8. Norshila Amin/Syamel - Aku Cinta

9.Kool/ Farahwahida - Siapa Dia Sebelum daku

10. Feeza/ Hafiz Shuib - Bagaikan Sakti

11. Syam/Marsha - My Heart


Comments

  1. tang roy tu tak sabar nak tunggu dia nyanyi ngn amaline, gelak besar masa yang nabil kata terserlah yang selama ni roy memang suka lagu dangdut hehehe...

    naqiu tu mmg best persembahan walaupun suara serak2 dia tu bila dia nyanyi lagu khai bahar tu, walaupun tak pernah dgr sebelum ni tapi sedap lak dia nyanyi... jatt dan ONE pun best... antara yang layan untuk di tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …