Skip to main content

KONSERT GEGAR VAGANZA 6 2019 MINGGU 1

Hi semua..


Gegar Vaganza 6  (2019 ) kembali lagi selepas 6 tahun rancangan ni masih lagi mengekalkan pengacara yang sama iaitu nabil dan Jihan Musa. Terdiri dari barisan juri yang memang berpengalaman dalam bidang muzik iaitu Dato Ramli MS dan Hetty Kos Endang . Manakala juri jemputan ialah Ella.

Untuk Minggu pertama ni saya tengok penonton macam kurang meriah sikit la. Mungkin dah berusia tak larat dah la nak jerit kuat-kuat macam konsert-konsert tahun yang lepas2 ..Hahahah. Tahun ni macam tak pasti pulak siapa yang paling disebut-sebut sebelum konsert. Berbeza sikit macam tahun-tahun lepas bila ada peserta yang memang jadi tumpuan.






Contohnya Zamani, Mamat Exist, Shima.. Betul tak?? Tapi kali ni tak tahu siapa yang di tunggu-tungu. Tapi kalau ikut kan pilihan saya, saya nak tengok Wan. Apa pun jom baca review dari saya untuk konsert pertama Gegar Vaganza 6. Sumber gambar: Fb Astro Gempak Korang boleh tonton di Youtube Astro Gempak.



Peserta pertama minggu ni ialah Amir Sofarz - JANJIKU. Suaranya masih sedap. Masih segar dan rasanya boleh bersaing dengan artis-artis baru. Tapi pasaipa entah dia macam  menyepi je. Tak de ke lagu baru?

Harap-harap minggu depan dia menyanyi dengan lebih baik. Dia pun tak la tua sangat..kan?



Norshila Amin - RAMBU RAMBA punya persembahan, macam letih sangat tengok dia menyanyi.Sampai termengah-mengah. Saya yang tengok pun rasa letih.Tapi suaranya masih sedap.Dia pun sebenarnya masih aktif menyanyi. Dia kurus la.Tak gemuk pun.jelas pulak rasa. :(


Persembahan ke 3 pula dari Kool - BEBAS. Wujud lagi diaorang ni .Ingatkan dah tak de. hahaha.. :p . Tapi tinggal dua orang je la. Tengok persembahan diaorang ni teringat masa umur 16 tahun  dulu. Ternganga je tengok diaorang menari.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM


Dan masa saya tengok persembahan diaorang dalam Gegar Vaganza ni pun saya dok ternganga juga sebab tak sangka larat lagi diaorang menari sambil menyanyi.Hahah. Harap2 kekal lama la dalam gegar Vaganza. Tahun lepas bekas isteri Hairi Kool pun ada tapi sekejap sangat. Tak puas tengok Safura..kan?


Nurfatima punya lagu - SELEMBUT SUTERA ni adalah lagu karok saya masa zaman muda-muda dulu la. Semput tau nyanyi lagu ni. Tapi dia nyanyi lagu ni best la. Masih sedap.tak de semput pun. Lagu ni tinggi memang saya ingat dia akan terkucil jugak. Cuma juri cakap pasal teknik nyanyian dia la.Yang tu saya tak tau la nak komen.Bagi saya kalau telinga ni sedap dengar kira dah cukup la tu.Hahha


Mazleela - TABAH . Siapa selalu dengar SuriaFM mesti tau la lagu ni. Persembahan dia ok la. Masih cantik orang nya.  Tapi dia punya bulu mata tu macam nak sapu lantai je. Pilih yang pendek sikit tak boleh ke. Muka dia macam Azian Mazuan Sapuan pulak. kan?


Persembahan ke 6 dari Naqiu.- EPISOD CINTA . Dia ni masih aktif menyanyi walaupun tak keluar tv. Suara dia pun masih sedap. Muka pun jambu. Tengok penyokong2 dia pun ramai perempuan.Hahah.. Hettykos Endang pun macam suka je persembahan dia. Ella pun suka. Korang suka jugak ke??


Hardy Mirza- ANGKASA . Dia ni ada lagi ke peminat dia? Lepas memang Singapore Idol tahun 2006 , lepas tu keluar satu lagu terus senyap je. Tak de apa2 berita tentang dia yang sampai ke Malaysia ni..kan?? Tapi diakui suaranya masih sedap di dengar dan walaupun ramai tak kenal dia saya rasa dia akan bagi saingan sengit dalam gegar Vaganza ni. 



 One Nation Emcees - ANAK KAMPUNG . Setakat buat persembahan kat pentas Gegar Vaganza ni mungkin benda kecik je kot untuk diaorang.Diaorang pernah buat persembahan kat pentas besar anugerah-anugerah berprestij. Kalau tak salah Juara lgau pun diaorang pernah masuk. So korang pun boleh agak la cemana persembahan diaorang. Memang best , meriah dan menghiburkan. Katanya Hettykos Endang "luar biasa".


Roy - RATNAKU . Dia ni menyanyi dari saya kecil lagi tau. Kecil yang memang kecil la. Tak sangka dia nak masuk Gegar Vaganza. Boleh agak la berapa banyak pengalaman menyanyi yang dia ada. Sedap nya lagu Ratna ni. Untuk persembahan Roy , memang best la. Dia nyanyi dengan muka selamba je. Rilek je dia walaupun dia kata gementar. Eh..dia cakap pun memang bunyi sedap la suara dia.


Feeza- UNGKAPAN KATA BERNAFS CINTA . Ni satu lagi lagu karok di zaman cintan cintun dulu. Lagu ni bukan semua orang boleh nyanyi kalau setakat vokal kau biasa2 je. Lagu tinggi sampai merah muka . Persembahan Feeza  ada banyak sangat kekurangan nya. Dia nyanyi macam sambil kejar muzik. Dato Ramli pun kata gitu tau.. Kecewa jugak la sebab kita kan suka lagu ni.. Tapi suara dia masih best. Sebab suara dia memang padu dari dulu lagi.







Syam Visa-  DALAM GERIMIS . Dia ni memang awal-awal saya dah agak persembahan nya teruk Sebab saya pernah dengar dia nyanyi live dulu.Suara dia tak sedap. Tu masa dia muda dulu la. Bayangkan dah berusia ni agak2 makin helok ke nyanyi live ??ahahah..Saya pun heran cemana orang boleh ramal yang dia akan ke final Gegar Vaganza ni.  Tony Stark?? korang ni biar betul...?????


Wan - BOSSANOVA. Ni yang saya tunggu-tunggu sebab saya tau nyanyian dia terbaik. Saya Follow dia kat IG tau sebab dia aktif menyanyi sampai sekarang kat majlis2 koporat sampai ke majlis kawen.Hahah. Dia unik . Mungkin ramai tak boleh terima cara dia menyanyi tapi itu yang buat orang nak tengok dia. Cuma ni kan pertandingan dan dia memang kena menyanyi dengan lebih jelas. Setuju dengan Hetty Kos Endang yang komen supaya dia nyanyi dengan lebih jelas.


Jatt- KHAYALAN - Lagu Raya kau.Terkejut saya sekali keluar lagu raya. Lagu ni tak best.Tapi dia nyanyi dengan bagus. Nada tinggi nya sangat baik. Macam dalam kaset pula. Masa dia menyanyi , kat belakang juri tu nampak ada ahli kumpulan Ruffedge bangun menyanyi sama.

Gegar Vaganza kali ni ada anugerah Artis Cili Padi Paling Power setiap minggu. Minggu pertama , Anugerah Artis Cili Padi Paling Power diberi kepada  NAQIU. Hadiahnya wang tunai RM3000 dan hadiah lain dari penaja.

Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk minggu ke dua Gegar vaganza 6.

ADA LAGU ADA LAGI...

1. Jatt Ali - Dulu dan sekarang (Black Dog Bone)

2. Hardy Mirza - Demi Cinta (Izat )

3. Wann - Lamunan Hati(Wan)

4. Naqiu - Meraung (New Boys)

5. Syam - Untuk Mu selamany (Visa)

6. Nurfatima - Terlalu Cinta (Rossa)

7.One Nation Emcees - Raja Gelek (one Nation Emcees)

8. Roy - Jerat ( Harvey Malaiholo)

9. Amir - Dan Bila Esok (Sofarz)

10. Feeza - Cinta Tersimpul Rapi (Hanis Suraya)

11. Kool - Kau Dan Aku (Ning Baizura)

12. Norshila Amin - Kad UcapanMu (norshila Amin)

13. Mazleela - Apa KhabarMu diSana (Ramlah Ram)



Comments

  1. Sham tu sbb dia ensem je la....lagu jiwang dulu dulu. Suara mmg so-so je...
    Lagu pun dua ketul je yang hits. Tpi dari segi kehidupan, dia nampak agak ok compare dengan artis lama sebaya dia

    ReplyDelete
  2. apasal nampak ella macam kelakar sangat, nampak tak profesional kot masa dia komen sebagai juri tuh. setuju psl norshila amin, masa dia nyanyi tu nampak macam tak sampai macam dia mengah gitu... tahun rasa macam banyak artis yang suara kurang power lah... tak macam tahun2 lepas.

    tapi roy tu memang best, dia nyanyi rilek je tapi best sangat

    ReplyDelete
  3. Ada akak komen macam lebih kurang ekin jah komen mereka ni ada kekurangan sikit bab menyanyi hahaha macam kita pulak jadi juri dekat rumah kan

    ReplyDelete
  4. dulu2, xminat boboy. tp, since tgk 1st konsert gv, syiok pulak dengor lagu episod cinta tu. btw, tony stark handsome! ha3..

    ReplyDelete
  5. GV yang ni Mrs. A tunggu nak tengok compare dengan yang 2 musim kebelakang tu cos tak koser dengan penaja rancangan hahaha...

    Overall suka dengan semua artis tu tapi time Wan tu sedikit hampa expactation to high kot memang tak jelas sebutan dia pastu Wan tu pun macam sedikit blurrr huhuhuu...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …