Skip to main content

KENAPA ORANG TAK SUKA PADA NASIHAT DAN TEGURAN ANDA DAN PANDANG RENDAH PADA ANDA

Di Instagram saya juga ada follow artis-artis Malaysia. Saja nak tengok lifestyle diaorang. Bukan semua benda pasal artis ni adalah benda-benda buruk.Ada juga yang menyebarkan semangat dan perkara-perkara positif. Tapi yang selalu menjadi isu bagi artis-artis wanita di Malaysia ni ialah bab aurat atau pun pakai tudung



Kalau bab pakai tudung dan aurat ni , orang Melayu islam ni berani tegur artis je. Kalau orang sekeliling dia memang dia tak berani nak tegur..


Cer buka facebook osetat2 jadian facebook ni. Ada je rakan facebook dia yang tak bertudung. Tak de mana nya dia nak tegur. Tau pulak nak jaga hati. Kalau tegur satgi orang  tak nak komen, tak nak like.. orang tak nak kawan..

Kalau saudara mara, kawan seopis, jiran sebelah lagi la tak nak berani tegur..

 "Nanti tak boleh pinjam duit"

"Takut kena sembur depan2 sebab saudara mara kawan2 lagi la kenal saya ni cemana.. Saya pun hawaq.."

Alim ulamak kata kalau nak ubah, ubah yang dekat2 dengan kita dulu.Paling penting ubah diri sendiri dulu. Kalau kita dok rasa kita hebat, kita betul ja, maknanya kita tak betul la tu..

Kalau cara menegur penuh dengan hinaan, sindiran, merendah-rendah kan orang lain, memang tak de siapa peduli dengan teguran kau.

Tengok Ustaz Ebit Lew punya dakwah cemana?? Dia keluarkan kata2 yang baik je,

"awak baik, awak hebat, awak kuat.." siapa yang dengar pun sejuk je hati.Tak de pun nak kecam dia atau nak pandang serong kat dia.

Jadi kalau kita nak orang ikut nasihat kita, Yang pertama sekali lontarkan kata-kata yang baik pada orang lain. Bukan terus menjatuhkan hukum.






Yang kedua jangan bias. Kawan kau,adik beradik kau, jiran kau tak de pulak kau tegur suruh bertudung , tutup dada, pakai labuh.. Orang lain yang kau tak kenal ni sibuk pulak nak kau dakwah.

Yang ketiga ni paling penting sekali, PERBAIKI DIRI KITA SENDIRI. Cara kita bertindak, cara kita bercakap dan apa saja yang kita buat. Sampai bila kau nak pakai prinsip " jangan tunggu sempurna baru nak tegur" .

Kalau kau pakai prinsip tu sampai bila2 kau akan rasa diri kau tak perlu ubah apa2. Kau akan rasa orang lain kena dengar apa kau kata. Pandai pulak tu tak bagi orang judge kita, padahal dalam kata2 kita penuh dengan mengkritik orang lain.

Kalau saya sendiri pun, saya nak belajar dari orang yang bagus. Saya nak dengar nasihat dari orang yang baik. Saya cuma manusia biasa. Memilih yang baik tu setiap manusia akan buat. Dah tentu saya akan memilih dengan siapa yang bagus untuk saya nak belajar.

Ni kalau kat facebook pun share cerita fitnah, mengata orang, share gambar perempuan tak tutup aurat, kawan2 fb dia pun tak tutup aurat, kawan perempuan dia selfie pun dia komen puji lawa, sweet, manis, boleh pergi mati la kau.. Hahaha

Comments

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …