Skip to main content

" I'M CHINESE BUT I LIKE TO BERHIJAB" INI SEBAB MENGAPA GADIS CINA INI SUKA BERHIJAB

Hi semua..

Masa zaman saya bersekolah dulu ada rakan non muslim yang tutur sama memakai baju kurung ke sekolah. Berbanding rakan-rakan mereka yang lain,mereka memilih untuk mengenakan baju kurung sebagai pakaian seragam. Nampak ayu dan sopan.

Pemikiran masyarakat sekarang sudah semakin terbuka, Bukan sahaja berbaju kurung malah ada non muslim yang mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna tak ubah seperti yang dituntut dalam agama islam.


Gadis yang dikenali sebagai Jia Qing mengakui sangat selesa mengenakan hijab setiap hari, Menurutnya , mempunyai ramai rakan yang berbangsa melayu membuatkan dia tertarik untuk mengenakan hijab seperti rakan-rakan nya yang lain.




Jia Qing juga mengakui apabila dia menutup aurat perasaan nya lebih tenang,


"I dah berkawan dengan orang malay lama kot , bila i tengok kawan-kawan I bertudung nampak ayu jaa semua , i tertarik dengan malay sebab bila tutup aurat i rasa tenang jaa😊.

Jia Qing juga sempat berkongsi gambar ketika pertama kali mencuba mengenakan hijab sekolah, Dia juga berharap satu hari nanti dia dapat mengenakan hijab setiap hari.



"one day i hope i can berhijab everyday😛"
Saya percaya bukan Jia Qing saja yang suka berhijab malah ada ramai lagi wanita non muslim seperti Jia Qing.

Saya sangat kagum pada non muslim yang nak menutup aurat sebab tak semua orang bersedia untuk itu. Malah ramai wanita muslim yang merasakan menutup aurat tu susah, tak selesa, rimas dan belum bersedia


Memang la non muslim ni bukan nya menutup aurat setiap hari dan mereka hanya suka-suka. Tapi sekurang-kurang nya mereka mencuba dan mereka tahu ianya tak la buat mereka tersiksa sampai tak boleh bernafas.

Lebih menggembirakan ada antara mereka yang sedar pakaian yang labuh dan menutup aurat tu boleh melindungi mereka dari pandangan jahat orang lain terutamanya dari orang lelaki hinggakan mereka merasa selesa mengenakan hijab dan pakaian labuh. Alhamdulillah mereka ini juga mempunyai niat untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti.




Comments

  1. moga hidayah-Nya akan menjadi miliknya

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah satu hari akan dpt hidayah

    ReplyDelete
  3. Hidayah milik Allah swt. Moga doa akan dikabulkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …