Skip to main content

GEGAR VAGANZA MUSIM KE 6 MINGGU KE 2 2019

Hi semua...

Gegar Vaganza 6 2019 minggu ke 2 bersiaran pada 20 oktober 2019. Menampilkan 13 peserta artis-artis hebat yang pernah menggegarkan industri muzik satu masa dulu. Kalau minggu pertama dulu tak de penyingkiran jadi Minggu ke dua ni ada penyingkiran. 

Untuk minggu ke dua kebanyakan peserta masih mendendangkan lagu sendiri. Cuma beberapa peserta je yang menyanyikan lagu penyanyi lain.


Pengacara Jihan dan Nabil masih dengan lawak.membahan diaorang. Memang sejak musim pertama itu lah konsep diaorang dan rasanya tak perlu nak dipertikaikan lagi. 

Walaupun ada penonton yang dah lali tapi isu membahan tak kena tempat ni setiap minggu ada je yang membangkitkan nya. 


Juri jemputan minggu ni ialah Datin Julie Sudiro. Rasanya Astro dah boleh fikir untuk cari juri jemputan yang lebih bernas komen dan kritikan nya. Dah dua minggu kita di jamu dengan juri jemputan yang setakat mengisi kerusi kosong. 

Nak jugar dengar komen2 yang lebih membina dari juri jemputan. Misalnya dari Dato Syafinaz, Mungkin jugak dari penyanyi Awie, dan pencipta lagu Azmeer. 






Boleh dikatakan persembahan minggu kedua ni keseluruhan nya sangat saya berpuas hati walaupun ada sesetengah persembahan yang biasa-biasa saja tapi masih  sedap ditelinga saya ni. Gambar dari FB Astro Gempak dan korang boleh tonton Gegar Vaganza di Youtube Astro Gempak.



One Nation Emcees- Raja Gelek : Untuk persembahan pertama membuka pentas Gegar Vaganza adalah dari One Nation Emcees. Memang patut sangat jadi peserta pertama sebab persembahan pertama ni biasanya kita nak yang menyegarkan dan rancak sikit.. 

Siapa je yang tak terhibur dengan persembahan One Nation Emcee yang lincah dalam setiap persembahan mereka. kan?

Diaorang memang bersemangat walaupun ada jugak yang termengah-mengah menari dan kena rap. Terus rasa tak sabar nak tengok peserta seterusnya. 



Jat- Dulu Dan Sekarang : Suara tertelan kaset kata orang. Macam mana dengar kat kaset dulu, macam tu la suara dia. Kalau dari vokal memang tak payah nak pertikaikan. Cuma persembahan nya biasa-biasa saja.

Tak de la rasa sedih ke apa sebab masa persembahan tu dia macam menyanyi saja. Dari pergerakan dia pun macam tak de menghayati lagu tu. Mungkin sebab lagu sendiri dan dia dah biasa nyanyi lagu ni, jadi dia sekadar menyanyi.



SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM



Roy - Jerat : Lagu ni sangat sesuai dengan vokal Roy. Bila dengar rasa macam dengar Radio Klasik Nasional je. Lagu-lagu gini makanan je bagi Roy. Tak susah pun namka untuk dia. Dia bawa dengan cukup baik

Tunggu la minggu akan datang ada banyak lagu yang mungkin kita boleh nampak sisi lain seorang Roy.



Ameer - Dan Bila Esok : Saya tak tau kenapa Ameer kurang menonjol dalam gegar Vaganza ni sedangkan dia ada suara yang bagus dan lagu-lagu yang dia dapat pun best2 jugak. Ameer kena buat sesuatu minggu depan supaya persembahan nya lebih menonjol dan tak dianggap biasa-biasa saja.

Boleh dikatakan semua peserta gegar Vaganza ada ubah sikit lagu diaorang supaya sesuai untuk persembahan pentas tapi persembahan Ameer tak de ubah apa-apa pun. sebab tu saya nampak macam biasa je. Tak best dan tak rasa nak tengok dia.



Kool- Kau Dan Aku : Ni macam persembahan sekolah. Lagi-lagi part hujung nya yang buka payung ada tulisan Kool tu. Aih..tak perlu kot benda tu. macam sakit pulak mata tengok perkataan "kool" pada payung tu sebab macam budak sekolah je yang buat.



Wan - lamunan Hati: Lagu kegemaran saya nih. Mendengar kata juri minggu lepas nampaknya minggu ni kurang sikit la "ahh..ah.." nya. Walaupun sesekali masih terkeluar jugak. Mungkin sebab itu gayanya , bukan boleh ubah benda dah berpuluh tahun  buat.Hahah..  

Apa pun setuju dengan komen Dato Ram.. Suara dia memang macam tu. Sedap! ..



Feeza - Cinta Tersimpul Rapi : Tinggi betul Feeza ni ye.cantik orang nya. Suara nya pun sedap la masa dia nyanyi lagu cinta tersimpul rapi ni. Sesuai dengan dia. 

Tapi entah kalau telinga saya saja yang dengar. ada satu part tu dia macam tak cukup nafas je nak nyanyi.




Mazleela - Apa Khabar Mu Di Sana : Bila part Corus terus suara nya goyang. Mula-mula ok je. 



Naqiu - Meraung : Dari awal persembahan dia sampai habis memang best. Dah la lagu pn sedap,..kan?? Lagi-lagi part hujung tu. Samapi nak tercabut urat tekat dia nampaknya. Risau pulak saya. Hahah.

Beruntung la dia dapat  lagu ni yang orang boleh sing along dan bila part hujung kita terdiam terpaku dengar suara dia. 


Norshila Amin - Kad Ucapan : Terganggu betul saya dengar lagu ni bila dengar masalah termengah-mengah.Nampak melebih-lebih sangat nyanyian nya. Sepatutnya bila lagu balada macam ni dia tak payah melebih-lebih sangat.  Sikit-sikit sudah.hahah..

Lagipun dia nyanyi lagu sendiri. Lagu ni pun dah cukup tinggi. Dia nyanyi macam biasa pun dah cukup sedap.Tak payah dia tambah2 untuk nampak suara dia boleh tarik tinggi.




Nurfatimah - Terlalu Cinta : Sedapnya suara Nurfatimah nyanyikan lagu ni. Nampak rileks saja persembahan nya. Persembahan dia dapat pujian juri. 

Sebenarnya saya suka kalau penyanyi tu tak tambah terlalu banyak element dalam lagu yang dia nyanyi. Lagi2 bila dia nyanyikan lagu orang , tak payah ubah terlalu banyak. Boleh berubah mood kita yang dengar ni tau.



Hardy Mirza - Demi Cinta : sejak dalam Singapore Idol saya cukup suka suara Hardy Mirza. Tapi dia tersilap langkah dan menenggelamkan namanya. Ramai yang tak tahu sebenarnya hardy Mirza pernah ditahan kerana masalah ganja pada julai 2018. Pada  November 2018 baru dia dibebaskan dan harap2 dia gunakan peluang dan bakat dia ni betul2.

Ok..dah sudah bergosip pulak kita. hahah.. Tapi tu la perkara yang sebenarnya berlaku yang Hardy Mirza kata "sesuatu berlaku"  dalam hidup dia tu..



Syam - Untuk Mu Selamanya : Minggu kedua dan nyanyikan lagu sendiri saya tak nampak lagi kat mana kelebihan dia selain muka dia yang orang kata macam Tony Stark ni. Suara pun biasa-biasa je.

Tapi ramai yang suka..Nak buat cemana. hahaha

Selesai 13 peserta Gegar Vaganza 6 membuat persembahan dan untuk Anugerah Artis Cili Padi Paling Power  dimenangi oleh Hardy Mirza. 

Senarai lagu untuk minggu ke 3 Gegar Vaganza 6 2019 - Ada Lagu Ada lagi.


1. Naqiu - #123 (Khai Bahar)

2. Hardy Mirza - Ibu Kota Cinta (Def Gab C)

3. Syam Visa - Sayang Sayang  (Alif Satar)

4. NurFatimah - Hati Kama (Siti Nurhaliza, Noraniza Idris)

5. Feeza - Temberang (Aida Jebat)

6. Wan - Asmaradana (Tiara Jac)

7. Roy - Gila Judi (Dato M daun Kilau)

8. Norshila Amin - Pelesit Kota (serach)

9. One Nation Emcee - Gelora (Saloma dan P.Ramlee)

10. Kool - Lagu Zaman (Sm Salim)

11.Jatt - Awallah Dondang (Noraniza Idris)

12. Ameer - Samrah Mentari (Jamal Abdillah)

Comments

  1. Sayangnya terlalu awal untuk Mazleela tersingkir malam tadi.. huhu

    ReplyDelete
  2. Dah masuk minggu kedua belum sempat lagi nengok..nanti nak layan youtube nak nengok juga...ramai memuja Naqiu tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …