Skip to main content

DI MALAYSIA TAK PERNAH ADA AYAM YANG DI SUNTIK HORMON

Tertipu lah sudah selama ni bila saya fikirkan memang ada ayam yang disuntik. Tapi walaupun selama ni saya rasa betul-betul wujud ayam yang disuntik, saya tetap beli ayam dan masak ayam setiap hari. ayam sedap dan anak-anak suka jadi makan je la.



Mulai hari ni tak payah dah nak rasa risau pasal ayam suntik sebab benda ni tak wujud pun di Malaysia. Entah siapa la pandai-pandai cakap ayam yang besar-besar yang dijual tu disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesaran ayam.




Tak pasal-pasal saya tertipu.Bukan saya je. Saya percaya pakcik makcik kat kampung nun pun ramai percaya wujudnya ayam yang disuntik ni.

Macam mana yakin sangat ayam suntik ni tak wujud?

Kat Malaysia ni kita ada akta yang melarang penggunaan hormon ke atas haiwan ternakan. Akta Makanan 1983 , Akta Makanan Haiwan 2009 dan juga Badan Berkuasa Kawalan Makanan Dan Dadah (FDA). So mana boleh sesuka hati nak suntik hormon pada ayam.



SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM


Lagipun jumlah ayam terlalu banyak dan tak logik la nak cucuk sekor-sekor ayam. Kalau satu ladang tu ada 50 ribu ayam, berapa pekerja la diperlukan untuk suntik ayam. Padahal kalau kita tengok diladang-ladang ayam pekerjanya tak ramai pun.



Apa yang membuatkan ayam-ayam cepat membesar?

Ayam yang di bela diberikan makanan berperingkat . Untuk permulaan ada makanan tertentu dan selepas ayam sampai pada tahap pembesaran yang tertentu, akan ada pula makanan untuk menggemuk kan ayam tu. Makanan ayam pula yang jenis berprotein tinggi dan berkhasiat

Dengan kaedah ni tempoh ayam untuk membesar pun tak lama. Cuma dalam masa tak sampai 2 bulan ayam dah boleh dipasarkan. Kemudian ayam-ayam tu pulak bukan jenis ayam kampung biasa yang ambik masa berbulan nak besar.






Baka ayam ni diambil dari luar negara. Ayam yang jenis cepat membesar yang dikenli sebagai Ross atau cobb.

Ayam cuma diberi vaksin.Tapi bukan melalui suntikan. Vaksin tu dicampurkan dalam makanan ayam. Nanti ada pulak yang kata vaksin tak halal. kalau pun Vaksin tak halal tapi ayam tu halal la. Sama macam kita makan ayam kampung. Ayam kampung tu taik pun dia makan. Tak pulak ayam tu jadi haram..kan??

Lepas ni kalau ada yang larang korang makan kepak ayam ke, leher ayam ke jangan percaya. Dia tak bagi makan sebab dia yang nak makan. Hahah..

Comments

  1. Betul!
    Saya pernah terlibat secara tak langsung di farm ayam baka cobb, ambil dr luar negara dan bela di sini. Suntik satu2 hanya utk vaksin, bkn hormon.

    Saya juga pernah terlibat secara langsung di farm ayam daging (anak hasil ayam baka), yg ni langsung tak pnh suntik. Ubat & vaksin sume kita bg melalui minuman.

    Mmg geleng kepala bila ada sykt jual ayam siap potong, dok promo 'ayam tanpa suntikan hormon'🤣. Dah mmg sume ayam daging tak pnh suntik pun..aduhai!

    ReplyDelete
  2. Kannnnn.. sapa pulak nak pergi suntik sekor2 ayam dalam reban tu hahaha
    so lepas ni boleh lah makan ayam tanpa was was.. sebab selama ni pun tertipu jugak dgn kata2 orang pasal ayam kena suntik tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Rasanya depa cakap lagu tu sebab jeles Kita makan ayam

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …