Skip to main content

ARAB SAUDI BENARKAN WANITA DAN LELAKI WARGA ASING TANPA IKATAN MENYEWA BILIK HOTEL BERSAMA

Arab Saudi - Kerajaan Muslim Konservatif telah melancar kan sistem Visa pelancong bagi menarik kedatangan pelancong ke Arab Saudi. Disebabkan itu kerajaan Arab Saudi mula membenarkan wanita dan lelaki warga asing yang datang ke Arab Saudi untuk menyewa hotel bersama walaupun tanpa ikatan perkahwinan.



Kaum wanita tempatan juga dibenarkan untuk menyewa bilik mereka sendiri yang bertentangan dengan undang-undang Arab Saudi sebelum ini yang mewajibkan wanita Arab Saudi perlu ditemani seseorang yang mempunyai hubungan yang sah jika ingin menyewa bilik hotel.

Menurut Suruhanjaya Warisan dan Pelancongan Kebangsaan Arab Saudi, mereka yang berwarganegara Arab Saudi dikehendaki menunjukkan kad pengenalan diri atau bukti ketika mendaftar. Namun peraturan ini dikecualikan untuk pelancong asing.






Sejak minggu lepas Arab saudi mula membuka pintu masuk ke negara tersebut untuk pelancong asing dari 49 buah negara kerana mereka percaya mampu membangunkan sektor pelancongan negara tersebut. Ianya adalah bertujuan untuk mempelbagaikan sektor ekonomi agar tidak bergantung kepada hasil minyak semata-mata.

Pelancong juga tidak perlu memakai jubah hitam atau pakaian yang labuh. Cukup dengan berpakaian sederhana dan tidak menjolok mata. Namun begitu alkohol masih dilarang.



Selama beberapa dekad Arab Saudi tidak membenarkan wanita dan lelaki bergaul bebas termasuk lah warga asing. Hukuman boleh dikenakan bagi mereka yang bergaul tanpa batasan. Namun kini ianya sudah berubah dan sejak beberapa tahun ini berbagai premis dan acara hiburan mula berkembang di sana.

Arab Saudi mensasarkan 100 juta pelancong menjelang 2030

Tahun lalu kerajaan Arab Saudi mula membenarkan wanita memandu kenderaan  dan baru-baru ini membenarkan wanita Arab saudi untuk keluar negeri tanpa ditemani waris lelaki.


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …