Wednesday, 11 September 2019

SMARTPHONE ANDA ADA CIRI-CIRI NI BERMAKNA ANDA SUDAH TUA

Hi Korang..

Sambil-sambil main candy crush saya update blog kejap. Siapa je lagi yang main Candy Crush sekarang ni kan?? Hahah.. Tapi game ni sangat setia dimainkan oleh golongan ibu-ibu macam saya ni tau. Biasanya kalau bosan mengadap sosial media ataupun rancangan tv tengah iklan baru lah saya buka kejap game Candy Crush ni.



Selesai satu level tu dah rasa hebat sangat dah.Hahah. Kadang-kadang tu sempat juga main game Candy Crush sebelum nak lelap mata. 5 kali main tak selesai jugak level tu terus la tidur. Bukan lama pun nak selesaikan satu-satu level tu. Cuma dalam 3-5 minit je. Kebanyakan golongan ibu dan ayah yang berusia awal 40 am ke atas cukup suka Candy Crush. Game  bounching ball pun ada jugak.hehe

Satu lagi golongan usia macam saya ni kalau korang perasan suka betul pakai casing phone yang jenis flip. Kan??kan??



Bukan apa, kami ni risau phone jatuh. Malas nak beli baru sebab dah selesa dengan apa yang sedang digunakan. Bila rosak nak kena beli baru lepas tu nak kena belajar pulak guna phone baru tu cemana. Walaupun phone tu jenama sama je, dia punya paparan pun lebih kurang je tapi tetap tak biasa tau.





Phone Case jenis flip ni juga kalau korang perhatikan bahagian dalam dia ada macam poket kecil. Kat situ juga kami akan selitkan kertas. kadang2 kertas tu ada pasword  fb, mungkin juga no phone kawan atau saudara yang kami nak masuk kan dalam phone kejap2 lagi. hahah . Sebab tu la Flip Phone case akan jadi pilihan orang-orang tua macam saya ni.hahah



Phone orang tua juga dia punya brightness tu, kalau terang, terang sangat-sangat. Tapi kalau malap, habis tak keluar cahaya langsung. Malap tu phone saya la sebab saya tak suka silau.Nanti sakit kepala. Kalau yang bercermin mata tu mungkin terang  Ya ampun  la sampai terpancar cahaya tu ke wajah. Hahah

Berbeza dengan orang muda. Dia punya cahaya skrin phone tu mungkin 20 % -50 % je .

Sama juga dengan ringtone volume phone ni. Sehabis-habis kuat bunyi nya. Dah la bunyi bukan main nyaring lagi. Bila berbunyi je semua orang tengok kat kami. Jangan pelik sebab biasa nya bila dah tua ni kurang fokus dan kurang peduli siapa yang called.



Kadang2 phone dalam bag bunyi kami boleh buat tak tahu je sebab ingat kan phone orang lain. Siap ada vibrate pun tak perasan lagi tu. Lain la orang muda, lagi2 yang tengah bercinta. Asyik fikir "bila dia nak call I..Dia tak rindu I ke?" hehe.. Ada juga yang tunggu panggilan penting pasal hal2 kerja. Kan?

Macam tu la biasanya keadaan phone orang2 yang dah usia 40 ke atas ni. Saya ni pun belum umur 40 lagi tapi ciri2 phone orang tua tu dah ada dah. hehe.

*entry suka2 je..Jangan dok serius sangat boleh dak??Hahaha

Bye..








6 comments:

  1. Bab cahaya tu sama ...mv pun x suka terang

    ReplyDelete
  2. Haha...setakat ni tak ada ciri2 tu kak...tunggu 4 tahun akan datang...insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Hahaha... lawak pulak baca entry ni candy crush tu Mrs. A pun ada lagi satu POU.
    Bab screen terang tu sama suka terang dari malap terus macam anak-anak Mrs. A tu gelap sampai Mrs. A tak boleh nampak punyalah nak save battery sebab main PUBG katanya.

    ReplyDelete
  4. sy masih main lg Candy crush. tu je laa cara sy buang masa hehehehe

    ReplyDelete
  5. hahahahaha......semua ada dekat my parents :p

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();