Skip to main content

PENJUAL PENAPIS AIR : NAK BAGI MASUK RUMAH ATAU PUN TIDAK.

Hi semua..

Hari tu ada orang jual penapis air datang rumah. Budak perempuan 2 orang. lawa-lawa orang nya. Tengok berpeluh2  muka. Letih agaknya sebab waktu tu pun dah jam 6 petang.

Sebab kesian saya suruh la diaorang berdua masuk. Bukan kita nak beli pun. Kita dengar je apa diaorang nak cakap. Jamu air sikit, bagi hilang sakit2 kaki berjalan lepas tu nanti kita kata tak nak beli balik la diaorang nanti.



Bukan semua orang kita boleh buat baik. Kita tengok2 jugak la orang nya tu cemana dan persekitaran kita juga mesti lah selamat sebelum nak bagi diaorang masuk.

Kalau lelaki tak payah la fikir nak bagi masuk ke tidak. jenguk kat pintu pun tak payah. Lagi pulak kita ni perempuan. Tak kan nak suruh diaorang masuk kot.kan?

Hari tu kebetulan anak-anak main kat luar dan pintu terbuka jadi terpaksa la saya mengadap juga ke pintu pagar bertanya apa tujuan 2 orang anak dara tu datang lewat petang tu..

Lagipun masa tu dah jam 6 petang.Jiran-jiran pun dah balik kerja masing-masing ada katdepan rumah. Jadi selamat la sikit ..kan? Kalau diaorang datang waktu pagi atau masa jiran-jiran tak de dirumah memang saya tak layan la.



Rumah saya ni boleh dikatakan dalam persekitaran yang selamat sebab tepi taman perminan dan orang sentiasa ramai. Malam- pagi pun ada security guard lalu . Polis pun masuk meronda 3,4 kali sehari. Taman biasa je. Bukan kawasan rumah orang kaya-kaya pun. Tapi Alhamdulillah selamat.

Sebab tu la harga nya makin tahun makin mahal tau. Nasib baik la kami beli masa harganya lebih kurang 80k. Sekarang dah mahal dah. Balik semula pada cerita penapis air tu. sesat dah sampai cerita pasal harga rumah.hahah.

Boleh dikatakan semua rumah dah pakai penapis air. jadi diaorang pun faham bila kita kata tak berminat nak beli. Kalau dulu dia tengok je rumah kita tak de penapis air, punya la paksa suruh beli. Dah halau balik cara halus pun, esok datang lagi. Kan??

Salah sorang anak dara tu muka nya sebiji macam pelakon Umi Nazira. Cara cakap pun macam pelakon tu. Punya la lembut dan sambil cakap dia senyum tu seronok pulak tengok. ahhah..

Masa diaorang buat demo air hari tu, dia minta kat saya air paip rumah ni untuk buat demo. Dia masuk kan batu kecil kaler biru dalam sample air yang saya bagi. Terus air tu jadi biru. Kita pun buat la muka teruja. Satgi kecewa pulak diaorang kalau kita buat muka poyo..kan?

lepas tu dia terangkan lah air diaorang tak sama macam air dari coway ke chucko ke,. Alah..skrip sama macam penjual penapis air. Tapi yang bagus nya budak dua orang ni diaorang tak paksa pun beli. Dia terangkan bahaya air yang biasa dengan air dari penapis yang diaorang jual siap ada buku dan gambar penyakit-penyakit mengerikan.

Tapi masa diaorang datang tu katanya diaorang tengah buat program subsidi. Cuma keluarga terpilih je yang layak dapat . Yang dipilih cuma keluarga yang ada penyakit serius, ada dapat bantuan BSH dan yang gaji kurang dari 2000 kot.lupa dah..

So katanya keluarga saya ni tak layak dapat sebab tak de siapa yang sakit, BSH pun tak dapat. Tapi diaorang cerita jugak la pasal penapis air diaorang tu. Lega rasa. Hahaha.. tapi kita buat juga la muka sedih sebab tak layak tu. Satgi diaorang kata kita tak suka pulak diaorang datang.



Saya pun dah lupa apa jenama penapis air tu. Tanya suami dia pun tak ingat. Tunggu lah dah kaya nanti kita tukar la penapis air kat rumah ni yang katanya lebih menyihatkan.

Macam-macam jenama penapis air ada. pandai2 la kita pilih. jangan sampai membebankan nak bayar tiap-tiap bulan dah la.

Lepas balik je orang jual penapis air tu, malamnya saya buka facebook penuh iklan orang jual penapis air. Pelik tak??

Bye










Comments

  1. Bila budak2 ni datang, kalau tak layan macam kesian.
    Beli ke tak tu fikir kemudianlah.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …