Tuesday, 3 September 2019

KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM - PENIAGA PUN PATUT BANTU PEMBELI

Hi semua..

Sekarang ni ramai yang dah sedar  tentang kewujudan banyak produk orang islam yang patut diberi keutamaan. Bukan kita boikot produk bukan islam. kita cuma nak utamakan produk orang islam sahaja untuk menaikkan taraf ekonomi.



Orang bukan islam tak perlu risau sebab kita kat Malaysia ni ada macam-macam kaum dan agama. Orang bukan islam pun cukup ramai untuk menyokong produk bukan islam. Jadi tak payah gaduh2.

Pada yang rajin sangat dok ajak boikot tu, tak payah la beriya sangat. Kita ni kat Malaysia pusing-pusing pun kena jugak berurusan dengan orang bukan islam. Kalau nak beli kopi orang islam pun kau kena masuk kedai Cina , kena masuk pasaraya yang diuruskan orang cina. Sebab tu tak payah beriya nak boikot.

Lain la kalau kat tempat kau bersepah kedai runcit dan pasaraya orang Islam.






Tapi... Alang2 kau nak boikot, boikot la betul2. Tengok mampu ke idak cari kedai Mak Cik Nah yang jual barang dapur 100% produk tu makcik nah keluarkan sendiri. Ada ke tidak????

Alhamdulillah makin ramai orang islam yang mampu keluarkan produk-produk yang mampu milik. kat facebook tu ramai yang kongsi jenama-jenama produk orang islam yang boleh kita beli.

Tapi ada jugak yang keluarkan produk yang mahal dan tak mampu la kita nak beli selalu. Saya tak kata benda ni salah tapi pengeluar produk pulak jangan la merungut bila orang tak beli. Lepas tu tuduh orang islam tak sokong produk keluaran dia.



Kalau nak orang bantu kita, kita pun bantu la orang sama. Awak buat produk dengan harapan orang islam bantu awak dengan beli produk awak. kenapa awak tak buat produk dengan tujuan untuk bantu orang islam juga.

Letak la harga yang orang islam mampu beli. Kenapa asyik harap orang je bantu kita tapi kita tak nak bantu orang. Buat syampoo lepas tu letak harga sampai RM50 - RM60  sebotol. Tak kan setiap bulan kami nak habiskan sebanyak tu untuk sebotol syampoo.

Syampoo ni benda yang kita guna hari2. Satu keluarga guna, kalau dah sebulan 2-3 botol syampoo juga nak guna tu. Kira la kos nya berapa/

Tengok syampoo yang kat kedai runcit tu. Kenapa diaorang boleh letak harga bawah rm10 sebotol? sebab untungnya hanya rm2-3 sebotol. Tapi sebab orang selalu beli, kan boleh untung jugak.





Awak pulak sibuk nak untung banyak. Sebotol awak nak untung 2-3 puluh ringgit. Jadi awak  punya produk tak boleh pergi kemana la. Awak bersabar dan teruskan lah menjual dengan harga tersebut.



Disebabkan kempen beli barangan orang islam ni juga saya harap tak de la pengasas produk yang ambik kesempatan. Jangan ingat disebabkan produk awak tu produk bumiputra atau produk orang islam, habis dilanggarnya bab undang-undang.

Pengguna tak bodoh tau. Walaupun awak orang islam, tak de nya kami nak beli vitamin dan krim2 muka yang tak de pengesahan dari KKM. Kami semua bijak2 la.

Bye.




2 comments:

  1. Bab sokong business melayu ni...malas nak cakap. Apapun...saya mmg try subkon melayu dulu...tp kalu buat hal...mmg takde maaf dah. Sekali tu jelah berurusan

    ReplyDelete
  2. Betul setuju beli produk muslim dulu tapi tak setuju boikot barangan orang lain.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();