Thursday, 12 September 2019

INI PUNCA MENGAPA PERMAISURI AGONG DEACTIVATE AKAUN TWITTER

Kita patut beruntung sebab di zaman sekarang kita boleh berinteraksi dengan orang-orang besar negara hanya melalui sosial media. Boleh tahu apa aktiviti mereka dan kita boleh kenal mereka dengan lebih dekat.



Tak macam dulu , sebelum sosial media digunakan dengan meluas  kita cuma boleh lihat Raja dan permaisuri dalam tv dan surat khabar sahaja. Masa tu pun tak tahu Raja dan Permaisuri ada berapa orang anak, berapa cucu, hari ni masak apa, hari ni pergi melawat ke mana. Semua tak tahu melain kan benda tu keluar berita tv atau surat khabar.






Tapi sekarang lain.. Kita dah semakin dekat dengan golongan-golongan macam ni dan mereka pun tak kisah nak berkongsi cerita dengan pengikut-pengikut di sosial media.

Cuma bila dah makin dekat dan menonjol mula la ada yang tak suka dan tak selesa. Terus hilang rasa hormat sebab dia rasa macam dapat tengok hari-hari. Biasa la, manusia ni bila ada depan mata susah dah nak menghargai.Bila hilang dan susah nak jumpa terus rasa macam batu permata.





Mungkin kecewa  dengan kata-kata segelintir netizen yang mula tak senang duduk bila melihat kemesraan dan perhatian pengikut TuanKu Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman twitter, Tuanku bertindak menutup akaun twitter nya kelmarin.

Ramai yang kecewa dan marah atas tindakan beberapa akaun  twitter yang berburuk sangka atas kemesraan Tuanku Azizah dan pengguna twitter lain nya.  Ada yang mengusulkan agar pemilik-pemilik akaun ini dikenakan tindakan tegas kerana menghina dan berlaku biadap.

Hingga kini beberapa akuan twitter yang terlibat dikatakan telah menutup akaun masing-masing.







6 comments:

  1. dulu tuanku ada IG, dia suka share pasal masak2 n pasal family n anak sikit2 mmg seronok tengok. Lagi tengok segala masakan dia, tp bila ada netizen2 gini dia pun ttp ig, lps tu kt twitter pun ada jgk jenis manusia biadap gini yek... kecewa betul dengan perangai masing2...

    ReplyDelete
  2. macam2 budak zaman sekarang apa la

    ReplyDelete
  3. pandai plak depa tutup akaun erk..tau takut kan..ingat dh tutup akaun x bleh detect balik ke..pandai la SKMM cari...mak ayah diorang x pernah ajar diorang adab menyantuni manusia kot

    ReplyDelete
  4. Adui macam² netizen ni. Tengoklah dengan siap kiat berinteraksi, jangan smp hilang adab & hormat.

    ReplyDelete
  5. Beginilah dunia dalam media sosial...

    ramai yang kurang positif berbanding positif

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();