Monday, 9 September 2019

COMPARING PEOPLE FOR RETWEET AND LIKE. LULZ LOSER GILA - BEN AMIR

Hi korang..

Since nama Ben Amir tengah jadi sebutan sekarang ni, saya nak cerita sikit pasal Ben Amir yang korang minat sangat tu. Eh! Tak de pun nak spill the tea. Cuma nak cerita Ben Amir ni dah lama berlakun. Kalau korang perasan dia banyak berlakon drama-drama kat RTM.



Memang orang kurang bagi perhatian dekat dia. Dalam Iklan scammer pun dia jadi scammer kalau korang perasan la. Tapi sejak drama Sweet Dreams ditayangkan di Astro  bukan main ramai lagi peminat nya tu. Masa ni orang baru nampak siapa Ben Amir.





Oleh sebab dia selalu berlakun jadi jahat je dulu saya tak berapa minat dia ni. Heheh..

Setaip pelakon lelaki yang mula mendapat perhatian peminat-peminat drama terutamanya wanita, mesti tak kan lari dari kecaman netizen terutamanya lelaki.



Tak tahu la nak kata cemburu ke, saja-saja nak usik sebab nak tumpang glamour ke, atau apa je alasan nya, kita tak tahu la.

Baru-baru ni Ben Amir ada tweet "comparing people for RT and Like. Lulz loser gila.." selepas satu tweet yang membandingkan pelakon ni dengan seorang pelakon komedi popular  Ropie atau lebih popular dengan panggilan Pak Kodi.





"tengok sapa lagi ramai peminat. RT for Pak Kodi . Like Ben Amir"


Tweet tersebut mendapat 12.6k retweet dan 2669 like. Mungkin ini yang membuatkan Ben Amir sedikit terkilan kerana membandingkan dirinya dengan pelakon yang sudah lama dikenali ramai berbanding dirinya yang baru mendapat tempat di hati peminat drama Sweet Dreams.

 Bersabar je la Ben Amir. Bila dah jadi perhatian dan nama jadi sebutan memang tak kan lari dari dikritik dan dinilai. Perbandingan dalam dunia hiburan ni memang biasa sangat dah kita jumpa.

Perbandingan tu pulak nampak tak seimbang dan tak adil. Itu benda biasa yang digunakan sebagai hiburan mereka-mereka tak sedar ada hati yang terluka.

Lain la kalau compare Ben Amir dengan  Nazrief Nazri ke atau pun bandingkan dengan Raja Afiq..kan??





2 comments:

  1. Perasan jugak Ben Amir ni dah lama berlakon. Disebabkan dram Sweet Dream s tu la naikkan nama dia

    ReplyDelete
  2. Itulah perasan jugak dia dah berlakon lama tapi takde siapa kisah sangat hahahaa...
    Selepas SD ataupun mungkin juga sebab dia tukar imej berambut panjang tu yang viral.
    Mula-mula ep SD follower IG dia takdelah sampai ratus-ratus ribu macam sekarang ni ehh! #makcikbawang

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();