Wednesday, 4 September 2019

2 BERADIK INI AKAN BAIKI KASUT SEBELUM KE SEKOLAH UNTUK DAPATKAN DUIT BELANJA

Dizaman kini kebanyakan kanak-kanak hidup dengan selesa dan boleh dapat apa saja yang mereka mahu. Namun berbeza dengan dua beradik ini apabila mereka terpaksa berusaha sendiri bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan mereka dengan mengambil upah membaiki kasut di tepi jalan.



Manuelita dan adiknya Micko Borbon bersekolah di Palawan National School, Puerto Princesa yang terletak di Palawan, Filipina. Setiap hari kanak-kanak berusia 13 dan 12 tahun ini akan memulakan tugas membaiki kasut di tepi jalan .

Mereka akan menyiapkan seberapa banyak kasut yang boleh hingga cukup untuk perbelanjaan mereka dan kemudian barulah mereka akan kesekolah.





Kanak-kanak ini juga mengakui wang yang mereka dapat bukan sahaja digunakan untuk perbelanjaan makan di sekolah malah turut digunakan untuk projek sekolah yang memerlukan mereka untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Manuelita dan Micko juga sangat mahir membaiki kasut. Malah ibu dan bapa mereka juga menjalankan perniagaan yang sama di jalan yang berdekatan dengan tempat mereka bekerja.



Ibu mereka mengakui amat sukar untuk mendapatkan wang dan menyediakan keperluan anak-anaknya malah mereka juga tidak mampu membeli rumah sendiri. Namun dia tetap berbangga mempunyai anak-anak yang mampu berdikari dan tetap mahu ke sekolah walaupun mereka hidup susah.

Kehidupan mereka yang susah tidak membuatkan Manuelita dan Micko berasa malu untuk bekerja membaiki kasut, Mereka percaya mereka patut melakukan kerja tersebut agar dapat ke sekolah dan mendapatkan ilmu seperti rakan-rakan lain.

Tidak hairan lah jika guru besar sekolah juga turut menjadikan 2 beradik ini sebagai inspirasi rakan-rakan pelajar yang lain untuk terus berusaha.


sumber: elitereaders

3 comments:

  1. sedihnya, usaha gigih untuk mendapatkan duit... tanpa mengharapkan dari ibu bapa mereka...

    ReplyDelete
  2. Wah, kecik2 dah pandai berdikari cari. Semoga dipermudahkan kehidupan mereka.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();