Skip to main content

TIPS MASAK BAWANG GORENG JADI RANGUP DAN SEDAP

Hi semua..

Dalam masakan melayu korang perasan tak kita suka gunakan bawang goreng sebagai bahan tambahan yang bukan saja untuk meyedapkan masakan tapi juga sebagai hiasan.


Bawang goreng : tribunews.com


Bila tabur je bawang goreng tu terus masakan tu nampak Ya Ampun sedap bangat ini Soto.. Hahahah..

Mee kari pun letak bihun goreng, nasi goreng pun letak bawang goreng, bihun goreng, mee goreng, Nasi biryani, nasi daging, macam-macam lagi la..Boleh dikatakan bawang goreng tu kena ada je kat dapur kita.





Anak saudara saya, duduk saja-saja makan bawang goreng. siap boleh jajan jugak bawang goreng ni rupanya.

Tapi tak ramai yang tahu cara membuat bawang goreng yang rangup dan sedap. hari ni saya kongsikan Rahsia macam mana nak buat bawang goreng yang rangup  sedap dan tahan lama.

Apa yang korang perlukan ialah bawang merah yang sudah di buang kulit, bersihkan dan dihiris nipis.


kemudian korang rendam bawang  yang dah dihiris tu dengan air garam. Anggaran dalam 2 cawan air untuk 2 sudu besar garam. rendam selama kira-kira 30 minit hingga 1 jam.

Kemudian tos kan bawang merah tadi. Jangan ada air kerana ia akan buat bawang goreng lembik dan ambil masa lama untuk menggoreng.

Ambil sedikit tepung jagung dan tabur diatas bawang merah tadi. ratakan ke semua bawang merah.

Angaran tepung jagung = 1 sudu besar tepung jagung untuk 1 kilo bawang merah.

Kemudian biarkan beberapa minit sambil panas kan minyak. Bila minyak dah panas  boleh la goreng bawang tu. Goreng dengan minyak yang banyak dan cukup panas.







kawal api agar bawang tidak hangus. Bawang yang hangus akan membuatkan ianya rasa pahit. Selepas masa toskan minyak, sejuk kan dan boleh di simpan di dalam balang.

Boleh simpan dalam peti sejuk supaya bawang goreng tahan lama.

Selain tepung jagung korang juga boleh gunakan tepung gandum dan tepung Ubi. Sedikit tepung gandum di campur dengan tepung ubi lepas tu tabur atas bawang . Gaul sebati dan goreng.
Tepung tu guna sikit saja. Bukan banyak macam buat cekodok tau..

Korang boleh guna bawang putih juga untuk dapatkan bawang putih yang rangup dan sedap..

Selamat mencuba..


Comments

  1. SEDAPNYA BAWANG GORENG TABUR DLM SUP

    ReplyDelete
  2. Menariknya...ada petua or tips utk bawang putih goreng x?

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …