Wednesday, 28 August 2019

RESEPI NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE PALING SENANG DAN SEDAP

Hi semua..

Mikhail demam pulak malam ni. Apa pun tak nak makan. pagi tadi sebelum pi sekolah makan roti pun tak habis. Selalunya makan habis je. Tak sangka pulak tu petanda dia nak demam. Balik sekolah ayahnya kata macam nak demam je budak ni.

Tengok muka dia pun nampak lemah dan bibir nampak merah. Selalunya kalau sampai rumah je mulut tu asyik bercakap cerita macam-macam. hari ni tak de cerita apa pun.



Dah jam 4 petang dia kata tak larat. Sekali check dahi punya la panas.Terus tampal cool fever lepas tu bagi makan ubat demam. Tertidur la kejap. Bila bangun dia kata perut lapar. Terus la saya ke dapur nak buat nuget.

Nugget ni saya goreng guna tepung goreng ayam yang beli kat kedai tu. Ada rasa pedas2 rempah tu. Memang sedap la. Jom saya tunjuk kan resepi buat Nugget Tempura Home made yang sangat senang dan sedap.



Bahan-bahan :

1 mangkuk isi ayam.
1 biji bawang besar
1 tangkai daun sup
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu baking powder
1 cawan air.
sedikit garam
Boleh je kalau korang nak letak sedikit kuib ayam. Tapi saya tak letak

**Minyak Untuk menggoreng
** Tepung goreng ayam
** sedikit air.




.

Cara-Caranya:

1- Panaskan pengukus

2- Masuk kan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur dan sebati.

3- Tuang ke dalam loyang yang dilapik dengan plastik. Sebab nanti senang kita nak keluarkan dia lepas masak.

4- Bila pengukus dah panas, Kukus adunan tadi selama 15-30 minit.

5- Bila dah masak sejuk kan.

6- kemudian keluarkan dan potong petak ikut saiz yang korang suka.

7- Panaskan minyak dalam kuali.



8- celup nugget ke dalam tepung ayam yang dah dimasuk kan sedikit air. Jangan cair sangat. Pekat lagi sedap.

9- kemudian goreng sampai garing dan keperangan. Boleh la diangkat dan dihidangkan dengan sos.

selamat mencuba..




8 comments:

  1. sedap sengat nih, dah macam nugget tempura kt kedai tuh

    ReplyDelete
  2. Wah menarik nie buat sendiri.. nanti nak cuba juga lah. Terima kasih ya kongsi resepi..

    ReplyDelete
  3. wahh. cara ni nampak senang TB pernah buat gak homemade punya nugget tapi buat bulat.. letak cheese tengah2.. tapi isi dalam macam x garing sangat.. rupanya kena kukus dulu ye.. thank youuuu nak save resepi ni ye..

    ReplyDelete
  4. Ehhh mudahnya resepi dia kak diana. haritu kawan cakap nak buat benda ni rumit.
    so macam malas je nak try.
    okay, nanti nak try ikut resepi ni la.

    ReplyDelete
  5. Wah siap ada resepi bolehlah cuba nanti. Macam mudah jer nak buat

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();