Skip to main content

RESEPI MINI APAM COKLAT KUKUS SEDAP DAN MUDAH MESTI JADI


Nampak comel-comel la apam coklat yang kakak saya buat ni. Geram sangat comel nya tu.  Biasanya apam atau makanan kukus-kukus ni memang kakak saya la yang rajin buat. Korang boleh follow kakak saya kat Ig dia. Banyak gambar makanan sedap-sedap yang dia share. Boleh la bagi idea kat korang nak makan dan masak apa. Ni link Ig dia. - Heryantee

Untung kakak saya ni sebab anak-anak dia jenis kaki makan. Masak je apa pun mesti habis. Tambah bila ada anak saudara saya yang lain pun balik bercuti kat kampung lagi seronok la memasak.






Kalau anak- anak saya jenuh nak paksa makan. Kalau diaorang makan pun tak banyak. satu dua biji dah cukup. Jadi nak masak banyak-banyak tu macam memzir je. So ibu diaorang ni memilih untuk beli je la. Hahah.. Tapi anak-anak saya suka kalau makan ramai-ramai. Berebut-rebut tu jadi seronok agaknya.

Apam coklat mini  ni resepinya kakak saya ambil di Instagram Resepi Sedap Sangat. Bahan-bahannya pun mudah saja. kat Ig memang banyak resepi best2-. Kalau nak cari resepi dari negara lain pun banyak juga di Ig tu.

Ok..Jom kita terus ke resepi dan cara membuat Mini Apam Coklat Kukus yang sedap dan mudah comfirm menjadi.


Bahan-Bahan: 

1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk coklat
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak


Cara-Caranya :

Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk coklat. 

Masuk kan semua bahan ke dalam pengidar dan kisar hingga semuanya sebati dan tepung tak berketul.

Panaskan pengukus.



Susun cup didalam acuan kuih lompang . Kemudian tuang adunan tadi separuh cup. bila pengukus dah panas, kukus selama 7 minit dengan api besar.


Bila dah masak keluarkan dari pengukus dan siap untuk di hidangkan.. Ulang proses ni sampai adunan habis di kukus.












Comel-comel..kan?? Sangat sesuai la kalau korang nak buat berniaga atau jamuan. Cara membuatnya pun tak susah . Kalau anak-anak saya ni wajib la kena letak topping coklat jugak.

Selamat mencuba

Comments

  1. Waaa nampak sepam apam kukus coklat. Boleh buat potluck

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …