Skip to main content

PENYELESAIAN MASALAH IFLIX TAK ADA SUBTITLE KETIKA TONTON DI STB HYPPTV

Hi Semua..



Memandang kan saya baru guna Unifi, ada banyak benda yang saya belajar untuk mudah kan saya guna Unifi tv ni. Salah satu kegemaran saya masa lapang ialan tonton drama dan filem di Iflix. Bila dah ada hypp tv lebih baik tonton di hypptv saja.

Tak payah la saya nak connect guna Myracast lagi. Tapi caranya macam rumit sikit. Sampai naik pening kepala saya. Kenapala susah sangat nak tonton iflix di hyyp tv.






Nak tak nak terpaksa email support team untuk selesaikan masalah. Selagi boleh google , kita google la dulu. Rasa macam dah tak tahu nak buat apa, baru lah kita email atau hubungi suport team diaorang.

Masa mula-mula tonton  Iflix di Hypp tv saya pelik kenapa subtitle untuk filem dan drama tu tak ada. saya google untuk cari macam mana nak on dia punya subtitle.



Malas dah saya nak baca saya pun email Iflix dan cerita masalah kepada staf yang layan saya tu Namanya Syahirah.

Jom saya tunjuk kan cemana cara nak on subtitle iflix di Hypp tv.


Mula-mula sekali ambil remote hypp tv korang dan tekan butang merah untuk on stb hyptv .  kemudian pilih hypp TV. jangan buka iflix pada paparan my application . Iflix korang tak kan berfungsi.
\


Lepas tua akan keluar macam gambar atas ni.. dan pilih Inter @active. Kalau benda ni tak keluar korang terus je tekan butang i



Bila dah keluar macam ni, pilih Tv Apps. Kemudian akan keluar Iflix .



Kemudian keluar macam ni.. tekan OK..




satu lagi macam ni.. OK sekali lagi.

Log in masuk guna akaun  iflix korang yang dah korang daftar. Kalau belum daftar , sila la daftar ye. Nak daftar ni kat mana2 pun boleh. Guna phone, pc tablet.

Dah log in pilih la rancangan apa yang korang nak tengok. Ada yang Free dan ada yang berbayar. Yang free ada tag biru dan yang berbayar ada tag kuning.

Kemudian pilih Play. Rancangan yang korang nak tonton sedang di tayangkan.



Tekan butang OK dan tekan butang anak panah bawah . tekan OK sekali lagi dan ada pilihan bahasa.



Guna remote dengan tekan anak panah kiri atau kanan untuk pilih subtitle.

Sekarang siap.. Subtitle dah keluar.

Bagi yang dah try cara ni tapi subtitle tetap juga tak keluar korang boleh guna cara kedua ni.





1. Tekan butang “Home” kat remote control.

2. Skrol ke bahagian “Settings” (ikon gear) dan tekan “OK

3. Pastikan kotak untuk “Enable WLAN” dan di tanda (tick) dan dah bersambung dengan network UniFi/Streamyx awak. Kalau belum bersambung, pilih “Set WLAN” dan sambungkan Set Top Box awak dengan network UniFi/Streamyx awak.

4. Kemudian, skrol ke bahagian “Date and Time” dan pastikan tarikh dan waktu adalah betul. Kalau tidak, ubah NTP Server Address ke asia.pool.ntp.org dan pilih “Confirm

5. Selepas itu, skrol ke “Manage Application”, pilih “All”, kemudian pilih “iflix”, dan “Clear Data”, dan tekan “Confirm”.

6. Restart STB awak (Tutup dan pasang semula suis utama STB).

Boleh gak Force Stop iflix app tu kat HyppTV. Pastikan HyppTV dah disambungkan dengan wifi (seperti diatas),

Pastu pergi dekat Settings > Manage Applications > Running Application > klik kat ikon iflix dan klik Force Stop.


Harap ni membantu! :)


Comments

  1. Tq so much...sy pengguna baru unifi...sgt membantu info ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …