Tuesday, 27 August 2019

MAKANAN PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH BERMULA 2020

Hi semua..

Baru-baru ni kita menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri , Dr Wan Azizah mengumumkan pemberian makanan atau sarapan percuma kepada kanak-kanak sekolah rendah yang akan bermula pada 2020.

Langkah ini supaya anak-anak bersarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran. Melalui program ini nanti, anak2 akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ianya adalah percuma



Sarapan ni penting tau terutamanya untuk anak-anak kita. Ada ramai ibu bapa yang mengabaikan sarapan untuk anak-anak memandangkan ada yang bergerak keluar awal ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah.

Ada mak ayah fikir anak-anak mereka akan bersarapan di sekolah padahal anak-anak sampai je kat sekolah tak sempat nak makan dan ada yang malas nak membeli. Bila benda ni jadi amalan, anak-anak mula terbiasa untuk tak ambil sarapan.






Kemudian dalam kelas mula la mengantuk, sakit perut dan sebagainya. Bila perut lapar nak fokus belajar pun dah tak boleh.

Cuma bila program ni dah berjalan nanti harap diberikan tumpuan pada kualiti makanan sebab bila masak banyak-banyak setiap hari ni mula la bab kebersihan diabaikan. Makanan juga perlu dipastikan sedap dan anak-anak suka.


Risau pula nanti ada pengusaha kantin atau orang yang sediakan makanan ni  akan simpan lebihan makanan untuk keesokan hari. Peruntukan yang kerajaan bagi terus masuk poket. Nak untung punya pasal sanggup abaikan kesihatan anak-anak.

Saya ingat masa saya terima Bantuan Rancangan Makanan Tambahan masa kecil dulu, saya selalu tak makan makanan tu. Sebab tak sedap. Budak-budak ni bila tak sedap memang dia tak kan makan dan benda tu jadi membazir saja.

Walaupun percuma tapi biarlah makanan tu lengkap dan tak mengabaikan bab kebersihan. Kalau pengusahan kantin diberikan tugas untuk menyediakan makanan pihak sekolah patut nilai semula tander yang diberikan pada pengusaha kantin. Tengok prestasi pengusaha kantin ni macam mana.

Ada kantin sekolah yang jual makanan tak sedap, tak banyak pilihan dan jual makanan tak menyihatkan di kantin sekolah.Contohnya jual Vitagen dan Air kotak.  Boleh ke kita nak percaya pengusaha kantin macam ni untuk menyediakan makanan yang sedap dan menyihatkan pada anak-anak kita?






Ditambah pulak dengan keadaan kantin yang kotor dan tak terurus. Bila anak bawak makanan sendiri mula nak complain pada sekolah. Padahal pengusaha kantin sendiri tak usaha nak tarik anak-anak untuk membeli.

Kerajaan juga perlu pastikan dan tetapkan sendiri menu apa yang perlu disediakan. kalau serah bulat-bulat pada pengusaha kantin atau penyedia makanan, memang makan bubur kacang 3 kali seminggu la jawab nya.

Harap-harap program ni betul-betul akan dilaksanakan. Jangan tak jadi ye.. Ramai yang setuju dah ni.Klaau tak jadi memang minta kena kecam la. hahaha..

bye.


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();