Skip to main content

KEDAI MAKAN DI SUNGAI BAKAP YANG PELAYAN NYA KURANG AJAR.

Hi semua..

Nak cerita la pengalaman makan kat satu kedai makan ni. Ahad lepas kami keluar makan. Oleh sebab tahu dah yang kedai makan yang kami suka pergi tu tutup sebab pekerjanya cuti raya haji jadi kami pilih untuk cari kedai makan lain.

Kami pi ke Sg Bakap. Nampak satu kedai ni ada buka. Ada tulis macam2 menu tapi sebab kami tak pernah makan kat kedai tu lagi kami ambik jalan selamat untuk order benda yang biasa2 je la.

Nanti kalau tak sedap menyesal pulak..




Suami order Kue tiaw goreng,
Maisara order Nagi GOreng Ayam
Mikhail Order Roti Kosong
dan saya order Mee goreng.

Nak kata ramai sangat orang pun tak de la ramai pun. Kedai makan kecik je. Meja pun tak sampai 10 buah. Yang saya  nampak, ada sorang buat roti canai, sorang tukang masak, sorang tukang buat air dan sorang untuk ambik order.



Kami sampai dalam jam 8:30 malam tapi nak dekat jam 10 makanan belum sampai. Anak2 dah merungut lapar sebab lama sangat. yang pelik apa hal roti kosong pun lambat sampai??

Nak kata diaorang tak perasan , meja kami betul2 kat depan orang buat roti canai tu. Tak kan diaorang tak perasan kami dah tunggu dekat 2 jam.

Dekat nak pukul 10 pinggan pertama sampai, Nasi goreng. Jadi itu dah tentu lah Maisara punya. Aku belek je nasi goreng dia tu. Ada ayam besar ibu jari, sotong sepotong je. Bukan sekor tau.sepotong besar guli dan udang saiz kecik sekor.

Macam ni ke Nasi goreng Ayam diaorang ni?  Maisara pun terus makan je sebab lapar sangat. Saya pun tak fikir yang diaorang silap masak sebab masa order tu jelas kot dia tulis NASI GORENG AYAM depan mata kami ni.

Maisara dah makan separuh pinggan, tiba-tiba datang satu lagi Nasi goreng. Siap dengan ayam .

So saya tanya perempuan tu, "habis yang dia ni makan nasi siapa?" ..

Tau tak yang buat saya geram ialah dia buat muka tak puas hati , tak jawab apa kita tanya dan dia tinggalkan je nasi goreng ayam tu kat meja kami.

Makna nya apa?? Maknanya kesilapan dia tapi. kami kena bayar. So nak tak nak suami bayar juga la untuk nasi goreng yang dia dah silap hantar tu.

Saya ok je kalau dia tak buat perangai. Cakap je "maaf, tersilap hantar" .. tak pun dia ambik balik nasi goreng yang dia hantar tu bawak semula ke dapur  dia.

Tapi kita geram sebab kurang ajar tau cara dia tu.

Masa kami baru sampai tu saya dah perasan yang perempuan ni mulut dia kurang ajar tau. Dia cakap kasar2 , tinggi suara je dengan pakcik yang buat roti canai tu.

Pakcik tu silap tak tulis kat kertas order tu yang makanan tu kena bungkus je. Dia punya jerit tu.. Alamak!!memang tak layak buat menantu tau.

Dah la pakai seluar ketat , bontot tergolek sana sini. pakai tudung baju singkat. Apa punya pesyen entah.

Ha!!saya ni mula la nak mengata bab bontot dia pulak..haha.. Geram tau tak!!



Kedai makan ni letaknya dekat dengan Kubur Cina tu. Ada kedai jual susu lembu.. kan?? kedai pelayan kurang ajar ni dekat hujung sekali. Baris depan punya kedai.

Abang Lan kata ni pertama dan terakhir la makan kat sini. Serik oi..

Saya tahu kerja di kedai makan ni bukan senang. letih kerjanya. Tapi tu bukan bermakna kau boleh buat suka hati hanya sebab kau penat ke apa. Semua kerja letih dan penat. Orang datang nak makan . Bukan minta sedekah pun. Kami bayar untuk makanan tu..






Melayan pelanggan dengan baik pun adalah salah satu skop kerja di kedai makan dan apa juga jenis perniagaan.

Dah la kedai daif, cuba la perbaiki service supaya perniagaan makin maju dan boleh untung lebih bila ramai yang suka. kedai kecik ke besar ke, cuba layan orang dengan baik.

Jangan la tunjuk macam kau tak suka kerja kau tu.

Comments

  1. Kalau ekin hangin kalau pelayan kurang ajar macam tu.. Order lain sampai lain.. Aduhhh

    ReplyDelete
  2. Sabarnya menunggu.
    1jam setengah, kalau wak dah blahlah

    ReplyDelete
  3. lama tu tunggu.
    sama kes mcm sy mkn dkt kedai ni.lama tunggu. padahal order dua menu je.
    nasi goreng kg, koteow sup..
    air suam..
    msa kmi sampai xda org lain yg kebetulan sampai. smua dh ada menu di mja.
    tp kami punya menu sampaikan si anak.. adik lapar.lambat lagi ke.. adudududu..
    mmg kali ketama n terakhirlah pergi.

    ReplyDelete
  4. boikot jer kdai mcam tu..huhu

    ReplyDelete
  5. kadang2 bila pekerja restoran ni biadap, rasa nak terbalikkan je kerusi... geram betul

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …