Tuesday, 27 August 2019

FACEBOOK PAGE DAH CECAH LEBIH 7 RIBU FOLLOWER - CARA NAIK KAN JUMLAH FOLLOWER DALAM MASA SINGKAT

Hi semua..

Macam tak percaya je saya punya facebook page dah lebih 7 ribu follower. Facebook page saya tu awal nya milik orang lain. masa tu tak ramai follower pun. Post pun tak banyak like dan share. Mungkin sebab ianya lebih fokus pada sukan . Saya pun dah lupa nama asal page tersebut.



Tapi selepas saya ambil alih page tu, saya try update dengan post tentang blog saya je. Masih juga tak nampak yang page tersebut boleh menarik ramai follower. Rasa putus asa pun ada jugak.

Walaupun macam tu saya tak pernah invite sesiapa untuk follow page tu. Kalau ada yang tanya baru saya bagi link. Kemudian saya fikir dari saya biarkan je page tu baik saya update saja dengan content yang pelbagai supaya page tetap aktif dan tak sunyi.

Awal tahun 2019 page tersebut hanya ada 4 ribu lebih follower saja. Dalam masa yang sama saya cuma mampu update satu post sehari. Tak sempat sebab sibuk. Saya pulak bukan selalu dapat layan sosial media.





Dan baru 3-4 bulan kebelakangan ini saja saya mula aktif update berbagai post. awalnya memang tak ramai yang nampak. tapi semakin banyak video dan post yang saya kongsi, ianya mula dilihat oleh ramai pengikut asal page ni.

Semakin ramai yang share post-post lama dan ianya buat lebih ramai yang follow. jadi kuncinya ialah sentiasa update dan banyak kan posting ke page kita. Jangan biarkan ianya tak berupdate sebab ianyakan buat page kita semakin lama semakin tenggelam.

Walaupun tak de idea nak post apa, letak je la gambar atau status berkaitan isu semasa dan sebagainya. Kebanyakan follower suka page yang aktif.



Jangan terlalu kerap share link blog. klau boleh selang seli kan post kita. Dalam sehari letak 1-2 link cukup la. Tapi kalau sehari kita kongsi  10-20 post , tak jadi masalah untuk kita letak 3-5 link. Cuma jangan lah secara berterusan.

Content pula mesti lah yang masih segar dan baru. Jangan la kongsi content yang terlalu lama atau yang orang dah biasa tengok. Cari lah video-video baru contohnya di Dailymail.

Kalau page korang tentang skincare dan kecantikan, banyak post pasal kecantikan atau share video2 lucu pasal makeup dan sebagainya. Boleh share tips makeup jugak. tak semenstinya kena share link blog saja.. Pelbagaikan supaya orang tak bosan.





Dan last sekali jangan lupa nyatakan sumber asal content tersebut. kalau tak tahu sumber susah sikit la nak letak, tapi boleh letak kan detail tentang post tu contohnya lokasi atau bila kejadian tu berlaku.

Ok.. tu je la. Kalau nak kongsi apa2 boleh tinggalkan komen di bawah. bagi yang berminat boleh la follow page saya Apa Cerita Hari Ini

bye.


8 comments:

  1. Wah dh ramai la likers.. Wawa punya masih krik krik je. Hahaha.. Sebab kadang2 lupa akan wujudnya page tersebut ...

    ReplyDelete
  2. wwah tahniah akka..usaha kak jugabuat dia naik..bgus..nad ni takde masa nak cuba naikkan..haishh..

    ReplyDelete
  3. fuh.. dah 7 ribu lebih likers.. terbaek lahhh.. tb punya page dah lama tido sebab jarang update

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. Nanti nak try naikkan jugalah. Bagus kalau ada follower nih!

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak.. wahhh dah 7000+-.. bukan mudah nak dapat tu... page blog Rose baru ratus.. hihi

    ReplyDelete
  6. Ok tios berguna. Nanti nak follow tips akak

    ReplyDelete
  7. Wah ramainya followers.. anyway good tips. Boleh la Kak Sue cuba nanti.. terima kasih kongsi ya..

    ReplyDelete
  8. kite baru jerk ,600... gut tips.. leh try .

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();