Saturday, 17 August 2019

DUNIA BLOG MAKIN SURAM DISEBABKAN SOSIAL MEDIA

Hi semua..




Saya sebenarnya rindu sangat zaman awal-awal saya menulis blog dulu. Tahun 2010 waktu tu ramai blogger yang muncul dengan macam-macam gaya penulisan. tapi sekarang ni semakin suram. Semakin sepi dan tak banyak blog yang aktif.

Ni semua kerana dah ramai yang lebih seronok menulis kisah peribadi di sosial media macam facebook dan Instagram. Saya pun asa Instagram , Twitter dan facebook tapi keutamaan tetap saya berikan pada blog.

Bagi saya menulis di blog lebih seronok sebab kita bebas nak tulis apa saja. Tak de syarat..

Selalu juga saya pesan pada kawan-kawan yang aktif di Facebook dan Ig supaya lebih kerap menulis di blog.  Update la blog walaupun ringkas. walaupun seminggu 2, 3 kali.. Cuba lah update blog. Tapi diaorang mesti ada sebab sendiri kenapa tak boleh nak terus menulis di blog.






Ada yang kata malas nak buka laptop, malas nak masuk kan gambar, malas nak karang panjang2. Point utamanya ialah MALAS. Hahah.. Padahal kat Facebook dan Ig pun sehari update sampai 5,6 post. kan?? Jangan tipu! hahah

Macam saya sendiri , kalau tak sempat sangat, update guna phone je. Sebelum tidur tu taip ringkas-ringkas dan kemudian publish je. Yang penting ada update.

Kadang2 masuk kan je gambar dulu,  Esok lusa sambil-sambil tengok tv pun dah boleh update blog.

Dulu phone kecik memang payah la nak menaip guna phone. Sejak pakai samsung A20 ni skrin besaq sikit. Boleh la buka blog dan menaip laju sikit. Hahah.

Apa kebaikan menulis di blog ni?

Ada banyak sebenarnya kebaikan menulis di blog. Salah satu nya yang saya sendiri alami ialah ianya dapat memperbaiki skill penulisan kita. Dulu menulis macam budak tingkatan satu. Kelakar sungguh entry-entry lama saya dulu.

Main bedal je tulis sampai tak de perenggan. Tulis macam lirik lagu pun ada. Hahah .. Tapi sekarang ok la sikit dari dulu..Kan??

Kemudian yang bagus tentang menulis di blog ni ialah kita sudah menjadi seorang penulis. Eh!!saya penulis rupanya.. Hahahah.. Dan korang mesti tak sangka tiba-tiba je dapat email untuk tawaran supaya kita tulis satu post . Post tu pulak dibayar.

Wah!!seronok nya...

Kebaikan lain...

Kita dapat membina identiti kita sendiri. Bukan bermakna kat sosial media tu tak boleh tapi tak berapa kuat je. Cer korang google nama korang sendiri kat Google ni. Apa yang keluar??

Kalau ada Blog , yang pertama sekali keluar adalah nama korang bersama link website korang. Tak keluar pun profile facebook korang tu. Kan??

So, lepas ni jom la update blog. Meriahkan balik dunia blog ni.

Saya merayu nih.. :p





15 comments:

  1. Rindu gak zaman 2010 masa tu best blogger balas kunjungan.. Jadi top commeter blog la rindunya

    ReplyDelete
  2. Hai. Betul la. Makin ramai yg dah lari dari dunia blog. Saya pun pernah je menghilangkan diri for a few years. Bila dah kembali, rasa rindu pula dgn kemeriahan dunia blog yg dulu2 😂

    ReplyDelete
  3. Saya masih Menulis di blog walaupun pembaca setia adalah Saya sendiri..

    Sendiri tulis dan sendiri baca..

    Oleh la juga tu hahahah

    ReplyDelete
  4. saya masih update blog saya, walaupun tak setiap hari.Saya percaya pada The Power of Blogger than being other influencer social media:)

    ReplyDelete
  5. Saya pun tenggelam timbul.. seminggu ada... 2 minggu senyap..

    ReplyDelete
  6. mungkin xramai dah tapi, ada.. i sdg cuba istiqomah. reason xistiqomah: bz dewasa ini. hu3..

    ReplyDelete
  7. However blog is still a better way of writing articles

    ReplyDelete
  8. huhu tau x pe.. skrg lbh onz ig..

    ReplyDelete
  9. Kita prefer bebel dlm blog dr socmed. Satu kepuasan peribadi.

    ReplyDelete
  10. Jom sama2 kita membebel dalam blog..

    ReplyDelete
  11. Tak kisah apa pun dengan socmed Yang lain. Blog tetap jadi pilihan Dan minat.

    ReplyDelete
  12. Sekarang dah tak ramai yang nak tulis blog, org sekarang tulis kat media sosial kan. Lebih ramai tau dan bagi pendapat tp saya tetap suka tulis blog

    ReplyDelete
  13. Kak Sue pun jarang juga dah up date blog.. dah lari dari tujuan sebenar buat blog dulu. Tapi nie tengah nak cacth up balik.. harap istiqomah lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Dekat blog boleh share banyak2 penulisan...kalau socmed terhad

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();