Thursday, 22 August 2019

DARI STREAMYX KE UNIFI TV : PUAS HATI BILA INTERNET LAJU.

Hi semua...

Akhirnya  kami dah bertukar ke Unifi selepas 7 tahun menggunakan Streamyx. lama juga tu 7 tahun. Ingat lagi  pasang Streamyx masa saya dalam pantang kat Mikhail. Mikhail tengah tido nyenyak je sambil saya tengok technicin TM tu dok sambung2 wayar.



Alasan kenapa pasang Unifi ialah sebab dah bosan dengan siaran Astro. Anak-anak pun tengok cerita Bayblade dengan Ultraman. Saya pulak tengok Running Man. Tengok 2,3 rancangan tu je yang bertukar episod setiap minggu tapi kena bayar sampai rm70 sebulan.

Dulu anak-anak kecik lagi. Diaorang banyak la rancangan yang diaorang suka. Sekarang dah besar masing2 lebih suka layan rancangan kartun di Youtube. Jadi bincang dengan suami , baik la kita terminate Astro dan pasang Unifi.





Dah semua nya guna online untuk tengok rancangan kegemaran masing-masing, korang rasa internet tu macam mana?? Sah2 la macam siput. Nak update blog pun susah weh. Dah la saya ni suka donlod filem tamil dan hindi. Kadang sampai 8 jam nak tunggu untuk donlod satu filem hindi.

Sejak dah pasang Unifi ni , download filem yang sebelum ni 7,8 jam dan jadi 4,5 minit je. Senang kerja. lepas ni mudah la nak update blog. Eceh!! kata je mudah padahal buat dengan malas tak de nye nak update. Seronok tengok Kdrama ada la..hahahah

utuk pasang Unifi Tn ni saya tak de kena pi jumpa siapa2 atau daftar ke apa. Saya cuma bermesej dengan Fayad Rahim. Korang boleh berurusan dengan dia je untuk apa2 masalah atau hal berkaitan Unifi.

Saya ambik pakej yang sebulan rm159. Ikut pada yang di tulis kat sini dalam pakej yang rm159 ni ada 100mbps + 600 minit call free + full Channel Unifi tv. Ada 3 box yang dia pasang ni.






Masa mula-mula nak guna Unifitv ni macam susah je. Tengok video2 Youtube baru la paham sikit2 cemana nak tengok Iflix kat Hypptv, kenapa browser  tak dapat buka google page, .. Macam2 lagi la.

Bila tengok video paham la sikit2.

Sekarang ni tengah usaha cemana nak pasang Playstore kat Hypptv tu. Kalau ada playstore boleh la download Viu, youtube ..

Hari ni Stereamyx dah tamat. Bila kita tukar dari streamyx ke Unifi dia akan  auto terminate. Tak payah susah2 nak call TM dan bagitau depa.



Remote Hypptv ni je yang tak mesra pengguna. Kecik sangat. Entah berapa kali la remote ni terjatuh. Harap lepas ni diaorang tukar remote yang besar sikit. Boleh genggam. Yang ni kalau genggam, tak boleh tekan pulak. Jadi kau kena pegang remote guna dua belah tangan.

Untuk permulaan, bila langgan Unifi ,semua siaran hypptv kita dapat. Tapi lepas sebulan cuma tinggal siaran mengikut plan yang kita ambik. Saya pun tak tau siaran apa yang akan tinggal nanti. Tunggu je la lagi sebulan.

Untuk pemasangan kita bayar rm100 saja. Bayar melalui online ke Unifi. Nanti dia akan bagi kita no akaun unifi kita dan kita boleh bayar guna jom pay. Biller code untuk Unifi ialah 8888.

Harap-harap Unifitv bagi kerja sama memaudahkan hidup kami sekeluarga.. Gitewww.. hahahah. Kalau nak tanya apa2, boleh  tinggalkan komen ye. Saya pun tak berapa reti lagi ni. Sikit2 tu boleh la..



11 comments:

  1. I am quite glad my house already had unifi when I moved in

    ReplyDelete
  2. alamak bestnye.. cm nk guna jgk je ni.

    ReplyDelete
  3. Kita mmg lama plan nak amik unifi tp sayang hanya streamyx je yg ada di area kita. Byk kali adu tp tak leh juga.

    ReplyDelete
  4. Tahniah dah bertukar ke Unifi.. Sy mmg guna Unifi dekat rumah, maklumlah senang nak buat kerja blog he he he

    ReplyDelete
  5. Tahniah dah bertukar ke Unifi.. Sy mmg guna Unifi dekat rumah, maklumlah senang nak buat kerja blog he he he

    ReplyDelete
  6. Samalah kita pun pengguna unifi. Rasa lega internet laju tp kdg2 x stabil juga

    ReplyDelete
  7. Betul kat TV rancangan ulang2 bosan. Tu yg tengok youtube

    ReplyDelete
  8. Wah menarik nie.. Kak Sue pun ingat nak terminate juga astro kat rumah. Kadang bila boring anak-anak pun layan smart tv kat rumah nie buka youtube la apa la.. Kak Sue tak reti sangat.. nak kena pakai internet kuat sikit..

    ReplyDelete
  9. kami dah 7 thun terminate astro, tgk unifitv je hehe

    ReplyDelete
  10. Bagus! me too. I m happy when internet speed laju nak kerja pun cepat kan.

    ReplyDelete
  11. Sama Marsha pun pakai unifi TV..senang amik pakej terus.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();