Skip to main content

AYU ; KUCING YANG CEREWET DAN MEMILIH MAKANAN



Memperkenalkan ahli keluarga kami yang baru .. Ayu namanya. Nama penuh dia Puteri Ayu Nursyafikah Raudah. Nama bukan calang-calang ya. Tengok nama pun tahu dah kucing jenis apa ni. Jenis meliar dan ganas. Hahahh..

Sejak Jonjae lari dari rumah dan tak nak balik-balik walaupun di pujuk dengan makanan sedap-sedap hingga menjilat bulu, kami tak rasa nak ambik bela kucing lain. Tapi pernah jugak la ada yang siap offer nak bagi kucing tapi was-was nak ambik. Takut dia lari macam Jonjea. 








Sebelum ni bela kucing nama Cici pun lari jugak. Habis di tinggalkan anak-anak nya macam tu je. Sekarang dah ada Ayu ni rasa banyak la nak kena uruskan sebab Ayu ni kecik lagi. Tapi memang lincah dan jadi peneman  Mikhail setiap hari.



Tengok la tu... Hari2 dibelainya si Ayu ni. Takut juga kalau di cakar sebab Ayu ni masih baru lagi dengan kami. Takut tak biasa pulak.

Tapi Setakat ni Alhamdulillah..Ayu pun suka di geletek2. Haha.. Bab makan je rumit sikit nak membela si Ayu. Dia tak makan wet food yang dalam paket tu. Macam2 brand kami bagi dia tak mau. 

Bagi makan kibles, dia makan sikit2 je. Tapi makan la juga. sikit2. Tak la risau sangat. Sampai la satu hari tu ytetiba dia bawak masuk tulang ayam. Entah mana la di kutip nya. Siap bawak masuk rumah lagi. Mau tak hangin kita tengok. Bagi makanan elok2 dia tak mau. Yang kutip juga dia nak makan. 

Sejak tu tahu la saya yang dia cuma makan ayam.



KIta pun pergi la pasar malam beli ayam dan minta sikit lemak2 ayam kat tukang potong ayam tu. Balik rumah dah basuh potong ayam. rebus la ayam tu dengan lemak2 ayam nya. KIta letak sikit tuna untuk bau yang best.

Tapi haghammmmmmmmm... Tak de dia makan nya. Dah la masak satu periuk. Dalam la 2 bekas ais krim ni.



Siapa nak makan yang lebih tu?? Tunggu kita balik kampung raya haji ni nak angkut semua makanan yang dah dimasak tu untuk kucing2 kat kampung. Mesti habis licin depa makan. Biar je la ayu dengan kibles Friskies dia tu. Makan la sikit2 sampai kenyang.

Siap suruh memilih sangat makan nya. Kucing dengan tuan nya sama je.. Memilih makan.











Korang yang  pernah ada pengalaman kucing memilih makan ni, ada petua ke ,cara ke, atau makanan yang sesuai untuk kucing cerewet macam ni boleh la kongsikan pada saya kat komen ye,

Risau jugak la kalau dia kurang makan. @ bulan lagi kalau boleh nak spay dah Si Ayu ni. Dok nampak dah ada 2,3 ekor kucing jantan asyik tayang muka kat depan pagar ni. Padahal dulu mana ada lalu sini pun.






Comments

  1. comei nya ayu, secantik rupa dia tu...

    suka betul si bujang tu bela kucing ya... mesti pening kalau mikirkan psl cerewet mkn dia tu yek... ayu2... teringat lak cite bujang lapuk hehehhe

    ReplyDelete
  2. Alahai Ayu.. Memang maintain ayu sentiasa ni. Ikan rebus dah cuba belum.. Atau kuning telur mentah sahaja.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …