Sunday, 18 August 2019

LELAKI INI KONGSI TIPS BERGUNA BAGAIMANA UNTUK DAPAT CGPA 4.0

Hi semua..

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman dan tips berguna bagi pelajar-pelajar yang nak score cgpa 4.0 untuk final exam nanti.  Tips berguna ni di kongsikan oleh saudara Azrel Aril @benzyrl di laman twitter nya. Perkongsian nya ni mendapat hampir 5 ribu retweet.

Semoga ianya dapat membantu korang dan semoga berjaya.






*****************************
"Alhamdulillah dah dapat sijil matrikulasi. So hari ni aku nak share macam mana aku study sampai dapat cgpa 4.0 (4flat both sem).





Untuk subjek math aku study soalan past year. Aku download soalan past year tu from internet. yang bestnya dia siap ada solution sekali. link dekat bawah

https://kwkang.jimdo.com/exam-papers/qs015-sm015/ups/



Untuk subjek chemistry pulak aku suka belajar dalam youtube. Actually belajar dalam lecture memang buat-buat faham. So bila nak dekat exam aku tengok video dalam youtube. channel ni cover both sem1 dengan sem2




Untuk biology takde cara lain rasanya korang memang kena hafal la. Tapi aku hafal bio guna nota yang aku dapat dari senior from KML which nota ni ringkas dan padat. Aku suka guna nota ni. (aku tak guna lecture note ) 😁







Link nota bio yang best tu
https://drive.google.com/drive/folders/1-0uH7fNPVQTLekDB7wBQJ0lrNl45v3HU








Tips dari lecturer bio aku. Bila masuk je chapter baru buat overview chapter or buat mind map. contoh:-




Link overview/mind map bio :- https://drive.google.com/drive/folders/1zd0gcb9ccQFyzot5_1cYbxDOmcMpf54A

For Physics aku guna this note for last minute revision before entering exam hall
 https://drive.google.com/drive/folders/1-bZpF1dYNcM6w22fj8BhLQzR3PqVqFxh





Phy no need pon ingat formula since bmkpm so generous sebab bagi list of formula. Ada 78 formula free. Paper 2 focus more on soalan calculation and paper 1 focus teori dan konsep Physics.




But if ingat semua formula lagi bagus. Takyah bazir masa nak rujuk


Maybe channel ni boleh bantu korang if blur dalam lecture hall yang bagus boleh pause and ulang-ulang sampai paham. Lecture matrik ni Tq sir RodhiπŸ‘




Channel ni pun berguna untk korang belajar math. lecturer kuliah aku dulu ni πŸ˜†. Jangan lupa subscribe. Tq sir sarimi



Channel untuk study chemistry matrik





nah nota untuk pelajar Matrik πŸ‘
https://drive.google.com/drive/folders/1-qagZ0R49DE4V4sCQ_ougcG60KU3-dM3

One more tips, if boleh siapkan awal past year tu sebelum study week. sebab nanti if dah siap kau akan jadi rujukan rumet dan jiran-jiran. So walaupun dah siap awal boleh revise balik soalan tu dengar ajar diorang. Thanks rumet sebab selalu tanya soalan πŸ˜‰


To prepare for muet, u should practice like my lecturer said. for listening, u can play the cd tht comes with the muet textbook and can practice with roomates or classmates. for writing, please read the band 5/band4 sample essays.



For reading, my lecturer gave us sets of past year questions to practice with. For speaking, you must know  whom are your groupmates during the test. senang nak practice. tak lah awkward masa test. boleh tahu sape candidate a,b,c,d.


nak bahan study muet tekan link
https://drive.google.com/drive/folders/1pRmB1zS_bAmuZ7Ih99Wfk2ISTjdWuPs4


satu lagi pesanan nanti kalau buat video pam (pengajian am) pastikan semua ahli group functionπŸ™„. jangan susahkan member


for those yang tanya sambong mana lepas ni. Alhamdulillah dapat UiTM Sg Buloh. Tak sia-sia pergi iv jauh dkt uitm selayang nuhh.. Doakan ambo lulus .. - Azrel Aril -πŸ˜‰πŸ‘Œ

Saturday, 17 August 2019

DUNIA BLOG MAKIN SURAM DISEBABKAN SOSIAL MEDIA

Hi semua..




Saya sebenarnya rindu sangat zaman awal-awal saya menulis blog dulu. Tahun 2010 waktu tu ramai blogger yang muncul dengan macam-macam gaya penulisan. tapi sekarang ni semakin suram. Semakin sepi dan tak banyak blog yang aktif.

Ni semua kerana dah ramai yang lebih seronok menulis kisah peribadi di sosial media macam facebook dan Instagram. Saya pun asa Instagram , Twitter dan facebook tapi keutamaan tetap saya berikan pada blog.

Bagi saya menulis di blog lebih seronok sebab kita bebas nak tulis apa saja. Tak de syarat..

Selalu juga saya pesan pada kawan-kawan yang aktif di Facebook dan Ig supaya lebih kerap menulis di blog.  Update la blog walaupun ringkas. walaupun seminggu 2, 3 kali.. Cuba lah update blog. Tapi diaorang mesti ada sebab sendiri kenapa tak boleh nak terus menulis di blog.





Ada yang kata malas nak buka laptop, malas nak masuk kan gambar, malas nak karang panjang2. Point utamanya ialah MALAS. Hahah.. Padahal kat Facebook dan Ig pun sehari update sampai 5,6 post. kan?? Jangan tipu! hahah

Macam saya sendiri , kalau tak sempat sangat, update guna phone je. Sebelum tidur tu taip ringkas-ringkas dan kemudian publish je. Yang penting ada update.

Kadang2 masuk kan je gambar dulu,  Esok lusa sambil-sambil tengok tv pun dah boleh update blog.

Dulu phone kecik memang payah la nak menaip guna phone. Sejak pakai samsung A20 ni skrin besaq sikit. Boleh la buka blog dan menaip laju sikit. Hahah.

Apa kebaikan menulis di blog ni?

Ada banyak sebenarnya kebaikan menulis di blog. Salah satu nya yang saya sendiri alami ialah ianya dapat memperbaiki skill penulisan kita. Dulu menulis macam budak tingkatan satu. Kelakar sungguh entry-entry lama saya dulu.

Main bedal je tulis sampai tak de perenggan. Tulis macam lirik lagu pun ada. Hahah .. Tapi sekarang ok la sikit dari dulu..Kan??

Kemudian yang bagus tentang menulis di blog ni ialah kita sudah menjadi seorang penulis. Eh!!saya penulis rupanya.. Hahahah.. Dan korang mesti tak sangka tiba-tiba je dapat email untuk tawaran supaya kita tulis satu post . Post tu pulak dibayar.

Wah!!seronok nya...

Kebaikan lain...

Kita dapat membina identiti kita sendiri. Bukan bermakna kat sosial media tu tak boleh tapi tak berapa kuat je. Cer korang google nama korang sendiri kat Google ni. Apa yang keluar??

Kalau ada Blog , yang pertama sekali keluar adalah nama korang bersama link website korang. Tak keluar pun profile facebook korang tu. Kan??

So, lepas ni jom la update blog. Meriahkan balik dunia blog ni.

Saya merayu nih.. :p





RESEPI MINI APAM COKLAT KUKUS SEDAP DAN MUDAH MESTI JADI


Nampak comel-comel la apam coklat yang kakak saya buat ni. Geram sangat comel nya tu.  Biasanya apam atau makanan kukus-kukus ni memang kakak saya la yang rajin buat. Korang boleh follow kakak saya kat Ig dia. Banyak gambar makanan sedap-sedap yang dia share. Boleh la bagi idea kat korang nak makan dan masak apa. Ni link Ig dia. - Heryantee

Untung kakak saya ni sebab anak-anak dia jenis kaki makan. Masak je apa pun mesti habis. Tambah bila ada anak saudara saya yang lain pun balik bercuti kat kampung lagi seronok la memasak.






Kalau anak- anak saya jenuh nak paksa makan. Kalau diaorang makan pun tak banyak. satu dua biji dah cukup. Jadi nak masak banyak-banyak tu macam memzir je. So ibu diaorang ni memilih untuk beli je la. Hahah.. Tapi anak-anak saya suka kalau makan ramai-ramai. Berebut-rebut tu jadi seronok agaknya.

Apam coklat mini  ni resepinya kakak saya ambil di Instagram Resepi Sedap Sangat. Bahan-bahannya pun mudah saja. kat Ig memang banyak resepi best2-. Kalau nak cari resepi dari negara lain pun banyak juga di Ig tu.

Ok..Jom kita terus ke resepi dan cara membuat Mini Apam Coklat Kukus yang sedap dan mudah comfirm menjadi.


Bahan-Bahan: 

1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk coklat
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak


Cara-Caranya :

Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk coklat. 

Masuk kan semua bahan ke dalam pengidar dan kisar hingga semuanya sebati dan tepung tak berketul.

Panaskan pengukus.



Susun cup didalam acuan kuih lompang . Kemudian tuang adunan tadi separuh cup. bila pengukus dah panas, kukus selama 7 minit dengan api besar.


Bila dah masak keluarkan dari pengukus dan siap untuk di hidangkan.. Ulang proses ni sampai adunan habis di kukus.












Comel-comel..kan?? Sangat sesuai la kalau korang nak buat berniaga atau jamuan. Cara membuatnya pun tak susah . Kalau anak-anak saya ni wajib la kena letak topping coklat jugak.

Selamat mencuba

Thursday, 15 August 2019

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA


Kita sekarang berada di musim buah- buahan. Kat mana-mana pun ada je orang jual buah rambutan, manggis, cempedak, durian , langsat dan macam² lagi.

Masa balik kampung hari tu nampak tepi jalan banyak nya kedai2 buah. Nak beli risau pulak nanti makan terus batuk.







Tapi kalau dah rezeki tu, kita ngelak pun ada je untuk kita.. kan?

Tiba² je jiran datang semalam hantar buah durian ,manggis dan rambutan. Jiran saya ni balik kelantan masa raya hari tu. Dapat lah kami merasa sikit hasil dari kampung dia. 

Seronok bukan main la si Mikhail sebab dapat makan buah kegemaran dia.


Semalam makan manggis dengan rambutan banyak sangat. Dia memang suka la rambutan dengan manggis tu

Pagi ni nampak durian , nak durian pulak. Bagi seulas je. Takut batuk makin teruk nanti

Budak ni malam tadi batuk berapa kali entah. Sapu minyak bawang putih baru tido nyenyak sikit.



Saya buat sendiri  minyak bawang putih ni. Cara nak membuatnya senang saja. Bakar bawang putih , lenyek2 dalam minyak masak. Lepas tu masuk kan dalam botol.

Saya letakkan sikit helba dan lada hitam supaya bau tak busuk sangat sebab minyak bawang putih ni lama² jadi busuk. Saya buat pun sikit saja.






Bila letak helba dan lada hitam ni bau minyak makin lama makin sedap. Tapi lada hitam tu jangan letak banyak sangat. Cukup 2,3 biji je. Nanti panas sangat tak sesuai nak sapu pada budak.

Tapi kalau malas nak buat minyak bawang putih ni beli je la minyak telon. Banyak minyak telon yang bagus-bagus sekarang ni.

Bye.


Friday, 9 August 2019

AYU ; KUCING YANG CEREWET DAN MEMILIH MAKANAN



Memperkenalkan ahli keluarga kami yang baru .. Ayu namanya. Nama penuh dia Puteri Ayu Nursyafikah Raudah. Nama bukan calang-calang ya. Tengok nama pun tahu dah kucing jenis apa ni. Jenis meliar dan ganas. Hahahh..

Sejak Jonjae lari dari rumah dan tak nak balik-balik walaupun di pujuk dengan makanan sedap-sedap hingga menjilat bulu, kami tak rasa nak ambik bela kucing lain. Tapi pernah jugak la ada yang siap offer nak bagi kucing tapi was-was nak ambik. Takut dia lari macam Jonjea. 






Sebelum ni bela kucing nama Cici pun lari jugak. Habis di tinggalkan anak-anak nya macam tu je. Sekarang dah ada Ayu ni rasa banyak la nak kena uruskan sebab Ayu ni kecik lagi. Tapi memang lincah dan jadi peneman  Mikhail setiap hari.



Tengok la tu... Hari2 dibelainya si Ayu ni. Takut juga kalau di cakar sebab Ayu ni masih baru lagi dengan kami. Takut tak biasa pulak.

Tapi Setakat ni Alhamdulillah..Ayu pun suka di geletek2. Haha.. Bab makan je rumit sikit nak membela si Ayu. Dia tak makan wet food yang dalam paket tu. Macam2 brand kami bagi dia tak mau. 

Bagi makan kibles, dia makan sikit2 je. Tapi makan la juga. sikit2. Tak la risau sangat. Sampai la satu hari tu ytetiba dia bawak masuk tulang ayam. Entah mana la di kutip nya. Siap bawak masuk rumah lagi. Mau tak hangin kita tengok. Bagi makanan elok2 dia tak mau. Yang kutip juga dia nak makan. 

Sejak tu tahu la saya yang dia cuma makan ayam.



KIta pun pergi la pasar malam beli ayam dan minta sikit lemak2 ayam kat tukang potong ayam tu. Balik rumah dah basuh potong ayam. rebus la ayam tu dengan lemak2 ayam nya. KIta letak sikit tuna untuk bau yang best.

Tapi haghammmmmmmmm... Tak de dia makan nya. Dah la masak satu periuk. Dalam la 2 bekas ais krim ni.



Siapa nak makan yang lebih tu?? Tunggu kita balik kampung raya haji ni nak angkut semua makanan yang dah dimasak tu untuk kucing2 kat kampung. Mesti habis licin depa makan. Biar je la ayu dengan kibles Friskies dia tu. Makan la sikit2 sampai kenyang.

Siap suruh memilih sangat makan nya. Kucing dengan tuan nya sama je.. Memilih makan.









Korang yang  pernah ada pengalaman kucing memilih makan ni, ada petua ke ,cara ke, atau makanan yang sesuai untuk kucing cerewet macam ni boleh la kongsikan pada saya kat komen ye,

Risau jugak la kalau dia kurang makan. @ bulan lagi kalau boleh nak spay dah Si Ayu ni. Dok nampak dah ada 2,3 ekor kucing jantan asyik tayang muka kat depan pagar ni. Padahal dulu mana ada lalu sini pun.






Tuesday, 6 August 2019

5 TIPS MUDAH SUPAYA TETAP FOKUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Hi semua..


Dah lama tak menulis tentang diet dan kalori memandangkan saya dah makin gemuk dan tak mengamalkan gaya hidup sihat. :p Tahun 2016 saya pernah berdiet dan berjaya dapat berat badan ideal. Masa tu saya buat diet atkins.

Nampak tak betapa bulat nya muka. Hehe

Mengikut pengalaman saya ada beberapa perkara yang korang boleh buat kalau nak konsisten dan tetap fokus untuk turunkan berat badan supaya tak la jadi hangat-hangat taik ayam. Heheheh


Lakukan secara berkumpulan atau bersama Pasangan
Baru-baru ni bila suami ajak diet rasa bersemangat balik nak kuruskan badan.

Baru lah seronok bila ada geng nak tahan selera makan nih. Selalunya diet tak jadi sebab dia minta masak itu ini  lepas tu kita join sekaki. Bila dia nak diet kita pun semangat la nak ikut sama.

Sebab tu bagi sesiapa yang nak diet atau nak kurangkan berat badan kalau boleh cari lah geng, Buat Whatsapp group pun ok jugak. Masing2 saling bagi semangat , nasihat dan idea nak makan apa. Baru lah usaha tu berterusan.

Berbeza kalau diet sorang2 ni , nanti orang sekeliling makan depan kita macam-macam kita pun join sekaki. Tak de siapa nak tegur dan nasihat kita,






Kawal mata dan sekaligus kawal selera
Satu lagi kalau nak konsisten dalam berdiet ni kita kena kawal mata kita. Jangan lah asyik tengok gambar makanan je. Selalu nya bila buka Instagram paling banyak sekali adalah gambar makanan. Daripada asyik scroll Ig je lebih baik korang lompat bintang 50 kali.

Kalau satu dua gambar je boleh la scroll laju-laju. Tapi kalau banyak sangat follow akaun IG yang asyik post gambar makanan, memang tak mampu la nak tahan selera. Mungkin tengok gambar burger je dah buat kita tak keruan.

Mungkin boleh la buat sementara Unfollow dulu IG yang asyik post gambar makanan.,Nanti dah dapat berat ideal dan yakin yang korang boleh tahan mata dan selera tu  korang follow la semula akaun-akaun kegemaran korang tu.



Banyak membaca tentang kejayaan mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan.
Yang ini sangat penting dan saya yakin ini lah yang beri kesan besar untuk korang tetap fokus dalam menurunkan berat badan.

Bila buka FB, pastikan post2 di group atau page diet yang korang join tu korang setting kepada "See first" . Sama juga kalau Di IG. Korang follow la banyak akaun2 yang berkongsi tentang diet dan mereka-mereka yang  mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Korang boleh ikut apa gaya senaman yang diaorang buat, apa yang diaorang makan dan sebagainya. Dulu saya follow group Atkins Malaysia. Selalu baca post2 mereka yang dah berjaya turunkan berat badan dan ianya memang memberi semangat dan motivasi pada saya.





Set alarm untuk work out 
Bersenam jangan culas sebab kawal makan cemana pun tapi kalau tak work out, tak keluarkan peluh memang lambat la nak turunkan berat badan.

Cemana nak buat supaya rajin bersenam? Korang boleh ajak kawan untuk keluar jogging atau jalan sekitar taman perumahan. Set alarm setiap hari jam berapa korang perlu keluar.,

Kalau tak boleh keluar, malu nak keluar boleh buat dalam rumah. dalam bilik pun boleh. Setakat buat tabata dalam 20 minit pun dah cukup baik tu. Tabata paling senang sebab dia ulang pergerakan yang sama je. Buat la dalam 5-6 set.

Saya buat tabata yang ni sebab senang sangat dan tak susah nak buat.Tapi tetap berpeluh

Ada banyak video tabata kat youtube yang korang boleh ikut. masuk seminggu dah tak payah pakai video. Berbunyi je alarm terus on muzik je terus dah tahu apa pergerakan yang korang perlu buat.

Ada orang dia malas bersenam sebab dia tak tahu nak bersenam cemana.Jadi paling mudah sekali tengok video tabata,

Formula kurus
Nak kurus kena ada panduan dan sebenarnya ada formula ajaib untuk kurus dengan lebih cepat dan sihat. Apa yang diajar dalam formula kurus ni antaranya cara untuk korang makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Selain tu korang juga akan diajar tentang teknik high intensity cardio training & weight training dalam masa yang singkat  yang mampu menurunkan 3 ke 5 kg sebulan konsisten (Jumlah penurunan 25kg 5 bulan),  akan mengurangkan ukur lilit pinggang dan paling penting sekali membuang lemak badan.

Klik gambar di bawah untuk mendapatkan E-book Formula Kurus



Monday, 5 August 2019

RESEPI UBI KAYU REBUS MASAK ASAM YANG SEDAP DAN SIMPLE

Hi Semua...

Minggu lepas kawan tempat kerja suami ada bagi ubi kayu. Kawan dia ni memang selalu bagi macam-macam. Hari tu dia bagi telur itik punya la banyak. Sampai buat nasi goreng pun letak telur itik. Hahaha.. Alhamdulillah.. Bila tiap kali ada ubi kayu depan mata mesti nak masak Ubi rebus masak Asam. 

Ubi Rebus masak asam ni memang makanan kesukaan saya sejak saya kecil lagi. Kalau masak, siap ratah. Tak makan nasi dah la. Tu sebab tiap kali ada ubi kayu mula la nak buat masak asam. 


Masa kecik dulu pokok ubi kayu ni memang di tanam belakang rumah. Tak sabar-sabar nak tunggu ubi kayu besar sebab suka sangat makan makanan yang berasaskan ubi kayu ni. Buat kerepak la, buat rebus makan dengan kelapa, buat bubur.. 






Oleh sebab ubi kayu yang kawan suami bagi ni ada banyak dan besar-besar jadi saya gunakan sebiji je untuk buat masak asam. Selebihnya saya buat kerepek goreng. Sekali anak-anak hadap terus habis. Tak tahu pulak rupanya Maisara pun suka sangat kerepek ubi kayu ni. Nanti saya tunjuk kan cara saya buat kerepek ubi kayu di entry yang lain.

Ramai juga rupanya yang tak pernah makan Ubi rebus masak Asam ni. Rugi nya.. Hahah.. Cara membuatnya pun mudah sangat dan lebih kurang sama je macam kita buat masak asam guna ikan tu. Cumanya kita gantikan ikan tu dengan ubi kayu je,.


Jom saya kongsikan resepi Ubi kayu rebus masak Asam dan korang boleh cuba nanti. 

Bahan-Bahan nya:

I biji ubi kayu saiz besar.
5 biji bawang merah.
3-4 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
1 batang serai
sedikit dauk kesum
1 keping asam gelugur.
2 cawan air.



Cara-Caranya:

Buang kulit ubi, potong mengikut saiz yang korang suka dan bersihkan. Kalau korang potong ubi tebal2 dan besar-besar korang boleh rebus dulu ubi tu sampai lembut.

Tapi kalau korang potong kecil-kecil tak payah la rebus dulu. 

Untuk resepi kali ni saya guna ubi yang besar dan saya potong tebal. Jadi Ubi tu saya rebus dulu dengan air. Kemudian Bila ubi dah lembut, buang air rebusan tu, dan ketepikan dulu.


Kisar bawang merah dan cili. Kemudian masuk kan dalam periuk. Masuk kan daun kesum dan serai yang dah diketuk .

Masuk kan juga serbuk kunyit dan asam gelugur. Kemudian masuk kan air.






Buka api sederhana je dan masak. Bila dah hampir-hampir mendidih masuk kan ubi kayu tadi. Masak sampai mendidih sepenuh nya dan masuk kan garam.

Dah siap untuk dihidangkan. Lagi lembut ubi kayu tu lagi sedap tau. Nak makan dengan nasi , boleh.. Nak makan ratah macam tu saja pun boleh..

Selamat mencuba..