Tuesday, 23 July 2019

WANITA INI DEDAH PENGALAMAN HAMPIR JADI MANGSA ROGOL DI HIGHWAY LATAR


Rata-rata kaum wanita mesti ada pengalaman berdepan dengan lelaki pervert. Tak kira la kat tempat kerja ke, kat sebelah rumah ke dan sebagainya. Tapi tak ramai wanita yang berani dan rasa perlu untuk ambil tindakan atau tampil ke depan dan ceritakan situasi yang diaorang alami. Mungkin sebab bagi mereka lelaki tu "tak ganggu sangat" atau "dia buat macam lelaki lain buat" je..

Jadi kita rasa macam tak pe la dibiarkan saja lelaki macam ni.

Sebenarnya bila kita biarkan saja lelaki macam ni ianya seolah-olah kita menggalak kan mereka dan mereka akan rasa tindakan mereka tu sesuatu yang normal dan orang tak kisah.

Lain kali diaorang buat lagi.Nampak mana-mana perempuan diaorang mula la nak ganggu bila ada peluang. Siulan-siulan nakal tu pun sebenarnya adalah satu gangguan seksual tau. Jangan pandang ringan benda ni. Lelaki tu pandang kita atas bawah pun adalah satu gangguan seksual walaupun cuma kita je yang nampak.






Jangan rasa "oh ..aku je yang lalui. Tak de bukti jadi kalau report pun tak de siapa nak percaya.." Jangan fikir macam tu tau. Lelaki pervert ni dia ada macam2 trick nak ganggu kita. Tak semestinya dia cuit kita je.

Pengguna Instagram @reenaroz mendedahkan pengalamannya diganggu seorang lelaki gila seks yang hampir-hampir menyebabkan dia menjadi mangsa rogol. Kejadian berlaku pagi tadi ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.





Dianggap sebagai hari yang paling menyeramkan dalam hidupnya kerana tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki yang bertidak seolah-olah perogol bersiri. 


"Macam biasalah otw pergi kerja tiba-tiba dengar bunyi benda meletup kuat tapi tengok tak de apa-apa. So drive je la. Lama-lama rasa kereta macam berat je and senget sebelah. Bukak la tingkap lepas tu dengar bunyi pelik and bau hangit kuat giler . Rupanya tayar sendiri yang meletup.

So slow-slow daripada lane kanan pergi lane energency. Time tu kat highway LATAR so memang susah la kereta nak berhenti minta tolong. Dah la laju semua. Dah petak dah tak tahu nak buat apa Dah  kat lane emergency tu berhenti la kejap sebab nak call my dad bagitahu.

Time tengah call tu tiba-tiba datang seketul moto ni tah dari celah mana tak perasan.

Dia pun tanya la. "Apa jadi? Okay tak tu?"

Tengok muka dan dengar suara memang rasa baik la..kan . So aku letak la sikit kepercayaan aku kat dia and minta dia tolong tukar kan tayar. Yang buat aku lagi percaya sebab dia pakai seluar biru and macam boot polis so aku fikir dia polis la.

So okay dia keluarkan alat-alat tayar semua dia buat la. Time nak buka skru tu ada satu stuck tak boleh buka. Dia pun macam dah give up. Then aku cakap " Tak pe la bang kalau tak boleh tu. Nanti papa saya datang. Abang pergi la kerja dah lambat ni.








Dia pun macam tunjuk kesian kat aku apa semua dia macam usaha lagi la nak buka skru tu.

Tiba-tiba ada peronda datang tanya apa jadi apa semua then dia call orang guthrie cakap ada tayar melerup. " okay saya dah call nanti orang tu datang tukar kan..Awak tunggu je" Okay la, aku tunggu la. Aku ingatkan lelaki tadi pun pergi la sebab orang tadi dah call rupanya tidak. Dia ajak borak la apa semua. Aku pun layan tak layan la.

Kalau tak layan langsung kang dia cakap aku sombong sebab dia dah tolong sikit nanti tak pasal-pasal aku kena rompak pula. Tiba tengah borak tu dia datang dekat aku then dok raba-raba bontot aku. Ha time tu aku dah rasa something wrong and time tu juga aku rasa kena pukau tak boleh nak buat apa-apa.




Time dia raba tu aku rasa macam tak boleh nak bergerak mana-mana sumpah! Aku rasa aku cuba elak tapi aku rasa macam tak boleh nak gerak kan badan aku. Aku dah lost dah tak tahu nak buat apa. Dah la tak de siapa aku dengan dia je.

Then dia cakap nak duduk dalam kereta boleh? Panas la nak angin jap." Then aku tak tahu kenapa macam mana aku boleh ikut je cakap dia. So aku masuk la kereta dengan dia sementara tunggu orang tukar tayar tu datang. Dah duduk tu dia mula pegang peha aku lama-lama. hmm..faham-faham la kan tangan tu kemana.

Nasib aku macam tersedar aku tepis tangan dia. Ha time tu aku dah start shaking and dia mula mengganas. Dia tarik aku lagi dekat nak try cium aku and pegang dada aku. Aku tolak la muka dia tiba-tiba badan aku macam keras tak boleh nak gerak macam tadi. "ha sudah.Dia jampi aku lagi ke ni?" Aku cakap dalam hati. Aku nak keluarkan skill taekwando aku pun tak boleh sebab tak boleh nak gerak mana-mana.

Tapi nasib la orang tukar tayar tu datang. Cepat-cepat lelaki tu keluar kereta acah-acah macam kecemasan la konon. Lepas dia keluar tu aku macam tersedar balik . Then aku terus keluar dan jatuh terduduk sebab badan lutut shaking habis.








Then time tengah tukar tayar tu aku berdiri belakang kereta t9iba-tiba lelaki tu datang dekat aku gesel-gesel badan dia. Eeee..a ku rasa nak tendang je burung dia tapi aku takut. Tapi aku elak la. Aku jeling lelaki tu and pergi jalan kat depan.

Dah settkle apa semua tu orang tukar tayar tu pun pergi. Aku dah seram sebab lelaki tu ada lagi. Dia pergi kat motor dia ambik phone. Ha time tu aku dah agak dia nak apa and betul apa aku agak. Dia minta nombor aku sebab dia cakap senang apa-apa kecemasan call je dia. Buto la bukan tolong ikhlas pun. Tolong sebab nak raba ..Eee..sial la.

Mula aku tak nak bagi tapi aku fikir balik better aku ada nombor dia sebab nak buat report nanti senang. So aku layan la fia minta nombor apa semua.





Dah bagi nombor semua dia tiba -tiba tarik aku masuk kereta . 

Dia cakap "last lepas ni mesti tak jumpa dah" aku dah meronnta-ronta dalam tu nak buka pintu dai kunci. 

Dia try hard gilanak buka baju aku time tu. Ha..aku pun mengganas la balik. Aku jerit kuat-kuat buka tingkap apa semua. Pastu baru dia macam cool tak pegang aku. 

Then aku halau dia and ugut dia aku cakap 

" kalau tak keluar aku keluar kereta jerit minta tolong." 

pastu dia pun macam okay okay tak buat dah. Weh sumpah muka dia muka perogol. Sengih-sengih masa aku ugut macam tu. Dia ingat aku memain agaknya.

Dia dah keluar aku cakap kat dia "Ingatkan tolong ikhlas" 

Dia cakap "eh..Ikhlas la. Apa pula tak". 

Pastu aku cakap " dah tu kenapa sampai nak raba?" 








WTF aku hangin betul time tu nak je aku jerit kat dia MEN ARE TRASH!! Tapi aku takut nanti tak pasal dia bantai aku ke apa..kan. Aku just jeling dia and tunjuk FUCK pastu aku terus blah. Ikutkan hati aku nak je langgar motor dia huh. Aku terus drive and rest dekat RNR Elmina tu sebab badan aku shaking lagi sampai sekarang


- reenaroz -

Pengajaran untuk orang perempuan yang memnadu sendiri tu hati-hati dengan lelaki yang nak membantu kita. Dalam kereta tu sediakan lah pepper spray . Kalau ada peluang nak minta bantuan jangan tangguh-tangguh.

Macam kejadian yang dialami ReenaRoz ni , dia ada peluang untuk minta bantuan pada staf lelaki yang tukar tayar tu. Tapi mungkin  sebab dia rasa terlalu takut nak bertindak , risau dicederakan atau takut jika staf tu tak percaya . so dia tangguh untuk buat macam tu.



No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();