Skip to main content

UMUR BERAPA KORANG ADA LESEN MEMANDU?

Hi semua..

Dah kurang sikit bersosial media dan update blog.Bukan tak ingat semua tu tapi buat masa ni fikiran asyik terfikir benda yang lebih penting.



Sebenarnya tengah bersedia untuk Ujian ambik lesen nih. Macam-macam la nak kena baca nak kena ingat. Sebenarnya dah lama dah fikir pasal nak ambik lesen tapi tertangguh atas sebab2 tertentu.

Masa baru kawin suami ajar drive, Masa tu kereta Iswara. Punya la susah payah belajar bawak kereta manual lepas tu dah boleh bawak , mengandung pulak. Hahah..

Terus berenti bawak kereta. Susah dengan alahan nya . Dengan malas nya. Lepas tu beranak pulak.Lagi la tak de peluang nak drive. Sedar2 anak dah besar. Syuruh bawak kereta manual terus tak reti.(Tepuk dahi je la.)






Oleh sebab dah lupa bawak manual suami suruh la bawak kereta auto. Senang je katanya. Dia pun ajar dan memang senang pun. Boleh la bawak walaupun kura2 lagi laju. Hahah..

Tapi tak tahu kenapa tetiba stop. Seingat saya sebab merajuk dengan suami rasanya. Dia janji nak bagi saya drive tapi tetiba dia tido. Tak jadi keluar terus merajuk. Dah kena pujuk belanja KFC , dah berbaik pun tak juga drive nya. Jadi malas pulak..Hahahah

Banyak sangat halangan nya. Kali ni tak boleh tangguh. Habis juga duit tu ke lain kalau tak cepat-cepat ambik lesen kereta.



Saya ni dah nak masuk umur 40 jadi daya ingatan tu bukan nya kuat pun.Tu yang jenuh la nak mengingat papan tanda, undang-undang jalan raya bagai. Bab memandu tu saya memang tak fikir pun. Cuma bab RPK dan RSM ni je yang bikin tak tidur malam. ;p

Suami kata jangan paksa-paksa sangat nanti stress. Soalan senang je katanya..

Alahai..senang la bagi dia sebab dia dulu ambik lesen masa belum umur 21. Mana ada RPK ni. Ni daya ingatan orang tua umur 39 mana sama dengan yang umur 20. Kan????

Tapi bila kita dok rilek2 lagi la risau. Terus tak jadi nak berwasap ke, berfacebook  bagai. Kena berlatih buat ujian balik.

Dah dekat umur 40 baru nak ambik lesen buat apa?? Bukan kerja pun.. Kan?? Tapi kita fikir panjang je la.

Tahun depan si Kakak dah naik sekolah menengah. Si adik pulak dah kena masuk KAFA. Siapa nak ngantor semua tu.? Selama ni memang la ayahnya yang ambik hantar sebab diaorang sesi pagi. Tapi Tahun depan dua2 nya dah kena masuk sesi petang.






Nak tak nak kena jugak la ada lesen memandu. Harap-harap masuk tahun depan saya dah ada lesen dan dah berani nak bawak kereta ke jalan raya. Setakat ni bawak dekat2 rumah ni je.Tak pernah bawak ke jalan raya. Takut..

Sebab tu la saya ambik lesen Auto je. sebab nak kena mahir cepat. Suami kata tak pe la sebab kereta kat rumah pun kereta auto. Nak beli kereta pun dah banyak kereta auto sekarang ni.Lain la kalau  tetiba saya nak bawak lori ke pulak.hahah.. memang tak la nak bawak lori.. Hahah

Korang ambik lesen masa umur berapa?

Ok..tu je la nak cerita. sambung membaca.. Bye..






Comments

  1. Zira umor 18 dah ambil lesen maksudnya lepas spm la. Memang masa tu taktau bwk kete nak pergi jalan raya pun takut

    ReplyDelete
  2. I was 20by the time I sat for the exam

    ReplyDelete
  3. Sally amik masa umur 24 kot, lepas tu x sambung...hahaha...so, dah 29 belum ada lesen lagiii

    ReplyDelete
  4. Ahaha zaza baru je ada masa setahun yg lepas gitu.. Pastu stop.. Skg tgh bljr balik

    ReplyDelete
  5. I have my driving license at the age of 18 yrs old.

    ReplyDelete
  6. Rasanya Kak Sue pun ambik lesen dalam umur 40 juga kut.. fikir susah nak bergerak kalau suami ada kerja luar. Kebetulan suami pun selalu suruh belajar sebab kalau apa-apa nanti senang katanya. Boleh tu nanti.. tenang-tenang aja ya..

    ReplyDelete
  7. Takpe kak, aslakan akak berani nak ambil kesen dan nak bawk kereta.. Nad ninade leswn tapi takut nak bawk kereta... Hahha

    ReplyDelete
  8. Seronok kak diana bawak kete ni. Kita dulu ambil lesen masa umur 18tahun. Habis spm, masa cuti tu mak suh belajar ambik lesen kereta. Excitednya masa tu Allah je tahu. Hihu.. Smpai org kata giler streng. Skrng ni bawak juga. Hntr zara ke tadika. Jd mak supir. Hihi..
    Kalau g jenjln suh husbnd je la. Kita dduk sblh. Kecuali blik kmpng drive kt highway. Sukaaaa. Hihi

    ReplyDelete
  9. Kita xingat da. Hahaha.. Tp reti auto je.. Manual mmg hye2 bye2 jela.. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Lps SPM terus amek lesen moto, dan masa di UiTM amek lesen kereta

    ReplyDelete
  11. lepas spm amik lesen motor n kereta sebab kalau pakej lagi murah masa tu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …