Skip to main content

REVIEW FILEM KUMBALANGI NIGHTS : FILEM MALAYALAM TANPA AKSI TAK MASUK AKAL

Hi Semua.

Hari ni aku nak review sikit satu filem Malayalam yang aku baru tonton ni. Filem Kumbalangi Nights bukan nya filem aksi lawan-lawan polis tangkap penjenayah atau cerita hero kuat boleh sepak kereta sampai melayang semata-mata nak membasteras Rasuah. Filem Kumbalangi Nights adalah filem keluarga yang sangai santai tapi jalan cerita yang menarik sampai korang tak duga dia punya jalan cerita tu.



Filem Kumbalangi Nights adalah filem Malayalam di tayang pada 2019. Maknanya filem ni masih baru. Pelakon-pelakon nya pun kita tak kenal. Ada lah sorang dua yang macam kita biasa tengok kat filem-filem tamil. Cuma watak yang diaorang pegang cuma watak untuk melengkapkan cerita saja.

Kisahnya : ada 4 beradik berbeza ibu tinggal dalam satu rumah. Dan diaorang ni tak bekerja pun.Cuma tangkap ikan sebab depan rumah diaorang ada sungai yang sangat cantik. Aku suka sangat rumah diaorang ni sebab ada sungai ni la. Tasik ke sungai tak tahu la..Tapi cantik betul pemandangan kampung Kumbalangi ni.Yang ni korang kena tengok sendiri la...






Saji, Bonny, Bobby dan Frankie. Diaorang tak berkerja. Frankie (bongsu) masih belajar dan dia duduk asrama. Aktif main bolasepak dan dia sedar kehidupan dia tak macam kawan-kawan sekolah dia yang lain. Bila cuti panjang semua pergi jalan-jalan tapi dia balik rumah abang-abang dia dan kena mengadap perangai abang-abang dia yang tak berapa matang.

Dah la tak kerja, girlfriend pun tak de. kat kampung tu rumah diaorang la yang paling buruk, dan diaorang ni memang orang tak pandang la. Nak buat menantu pun orang takmau.

Diaorang sendiri sedar benda tu tapi diaorang cuma anggap macam "tak pe la..nak buat cemana..". Entah macam mana satu hari si Bobby ni jatuh cinta kat gadis sekampung dia Nama Baby. Baby ni dah lama crush la kat si Bobby sejak sekolah lagi. Seronok la dia bila dapat Bobby walaupun Bobby tu tak de siapa yang nak pun. Hahah..



Bila dah ada GF, dia pun nak kawen la dengan si Baby. Jumpa la abang ipar si Baby sebab Baby dah tak de ayah jadi abang ipar dia yang kerja sebagai tukang gunting rambut tu la jaga diaorang sekeluarga.

Tapi abang ipar si Babay tak suka sebab Bobby ni duit pun tak de, kerja pun tak. Nak bercukup pun , abang nya Saji yang bayarkan. Lagi la dia geram. Abang Ipar baby ni jenis jaga standart la. Dia fikir dia la lelaki paling sempurna kat situ. Memang berlagak habis.






So macam mana pun si Bobby terpaksa la kerja. Kerja kat kilang ikan.

Si saji pulak di takdirkan dia terpaksa bawak balik sorang perempuan yang baru bersalin ke rumah tu. Semuanya sebab dia jadi punca suami wanita tu mati.

Bonny pulak jatuh cinta kat sorang perempuan warga asing yang datang melancong. Perempuan tu kena halau dari homestay sebab bawak balik Bonny ke Homestay tu. Jadi perempuan warga asing tu pun ikut balik la kerumah buruk bonny.



Bayang kan lah cemana 2 perempuan dan sorang baby masuk ke dalam satu rumah yang orang kampung anggap rumah paling buruk.

Tapi yang best nya kejadian-kejadian ni yang buat hubungan diaorang 4 beradik jadi lebih kuat. Dari suka bergaduh berguling-guling sampai la diaorang sepakat hidup bersama.






Korang kena tengok apa kejadian yang buat saji terpaksa bawak balik isteri kawan dia kerumah, Apa punca Abang ipar baby tak bagi Bobby dan Baby kawin. Apa jadi pada abang ipar Baby? Dan yang best sekali diaorang boleh duduk sama-sama makan sekali. Dulu tak de nya.. Main bedal je ikut suka. Hahah..

Ringan je ceritanya tapi menarik. Bagi korang yang bosan dengan aksi tak masuk akal filem2 tamil boleh la korang tonton filem ni.

Bye.


Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …