Skip to main content

RASA RINDU BILA TENGOK PAKAIAN ANAK-ANAK MASA DIORANG KECIL

Hi Semua..

Bila dah start buka kotak keramat biasanya dari nak kemas-kemas terus jadi aktiviti mengimbas kenangan lama. Gitu lah mak pak kalau dah tak de anak kecik. Lepas tu berangan boleh ke nak beranak lagi nih??Cepak2 tampar pipi.. "hello..kau dah tak larat dah." hahaha..

Kotak keramat tu maknanya kotak yang simpan barang-barang lama anak-anak kita dulu la. Kotak tu tersorok je dalam stor. Bila dah tak de ruang nak simpan barang baru teringat nak clearkan semua kotak2 tu ke tempat yang sepatutnya.


Ini lah antara baju2 yang sempat di sambar simpan untuk kenangan bila anak dah besar nanti. Boleh la dia tunjuk kan pada ank dia pulak. Yang lain-lain semuanya dah di agihkan pada orang dan lori-lori.


Kenapa cuma baju anak perempuan je. Allahu..Nak cerita pun sedih la.Hahah.. Baju-baju anak lelaki semuanya tak de yang disimpan. sebab semuanya rosak.Jadi buang je semuanya .Tak teringat nak simpan. Mikhail dia suka gigit baju sejak belum ada gigi lagi. 








Jadi baju-baju dia semuanya berlubang kat leher dan perut. Sebab tu tak de baju masa baby yang disimpan. Masa dia baru lahir pulak ada sehelai dua je beli baju newborn.yang lain nya semua milik kakak dan sepupu2 dia. So tak de la baju dia yang boleh di simpan.


Selain baju ada juga teddy bear milik Maisara . Maisara dah tak nak main lagi dengan teddy bear ni. Bukan sikit tau.Banyak sangat. Ni pun kat rumah ada lagi yang tak sempat di packing untuk bagi pada orang. 

Teddy bear ni kebanyakan nya orang yang hadiahkan untuk Maisara. Seingat saya cuma satu je teddy bear yang kami belikan untuk dia. Tu pun harga rm1 je kat pasar malam. Yang berkotak-kotak tu semua orang hadiahkan.

Maisara ni memang jaga barang-banrang yang orang hadiahkan untuk dia. Tak macam Mikhail. Habis di gigit nya. Sebab tu barang-barang kakak nya tak diberi sepenuhnya pada Mikhail. Ada yang di simpan rapi. Sebab tahu dapat kat adik habis jahanam.


Cuma Mikhail banyak kasut masa kecik-kecik dulu. Ye la..Baby lagi memang lebih selamat pakai kasut. Kakak nya pun banyak kasut. 

Yang dalam gambar ni sebahagian kasut yang masih tinggal.Tapi dah diberi pada orang. sebelum ni pun banyak bagi kasut kat orang.Siapa yang kami jumpa rasa2 macam muat je kami bagi je kasut2 lama anak-anak nih.

Memang kalau kita tengok lama-lama barang-barang ni rasa sayang nak bagi kat orang. rasa nak simpan sampai bila-bila. Tapi hati kena kuat la untuk lepaskan semua ni.Mungkin dah tiba masanya ianya jadi rezeki orang lain pulak.

Orang kata kalau nak bagi kena bagi barang yang paling kita sayang..







Alhamdulillah..perasaan lepas bagi tu rasa lega..Tak de la sedih ke apa.Harap barang2 tu beri manfaat pada sesiapa yang menerimanya.

Bye.



Comments

  1. saya pun sedih nak buang pakaian newborn

    ReplyDelete
  2. Kitorg pn nk spring cleaning juga. Byk sgt brg kt rmh

    ReplyDelete
  3. kami dah clear baju2 baby semua sedekah kat orang..mmg masa mula2 tgh kemas2 tu menangis juga teringat anak2 time tu kecik skrg dah besar huhu..kenangan takan dpt dibeli

    ReplyDelete
  4. bdk2 cpt besar kan.. klu beli tu dapat la 10 kali pakai dah x muat

    ReplyDelete
  5. Betul, nad pun ada simpan baju anak-anak..simpan dulu kot beberapa tahun lagi nak ada baby lagi.. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Bonde pon sama suka tgk baju2 Fatin masa dia kecik-kecik comel je. 17 tahun dulu.. Beza sangat dgn sekarang. Ada yg simpan dan ada yang dah bg dekat saudara mara, bila tgk dia pakai teringat kat fatin masa kecik2. Bagus simpan utk kenangan mereka nnt bila dewasa

    ReplyDelete
  7. kite simpan baju anak²... syg nk buang..

    ReplyDelete
  8. Kita kan ada baju yang arwah makcik kita buatkan. Ada la dlm 10 helai kot. Gaun. Dia suka buatkn baju untuk anak kita. Semua dlm simpanan. Kalau la ada rezeki dpt bby girl lg, kita akan pkaikan balik. Sbb ada baju yng zara x smpat pkai pn.

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …