Skip to main content

PERKARA YANG SAYA BUAT KETIKA "ME TIME" .

Hi semua...

2,3 hari ni rasa macam tersekat dalam dunia sendiri sampai rasa tak kuasa dah nak melawan untuk keluar dari dunia ni.hahah.

Seronok tau bila kita ada dalam dunia sendiri ni. Tak de gangguan, tak de bising².

Anak yang banyak karenah sampai saya tak boleh duduk diam.


Nasib baik la saya ni ada anak². Allah pinjamkan supaya saya tak terlalu asyik dalam dunia sendiri. Saya rasa la kalau saya tak de anak mesti saya terkurung je dalam rumah. Sebab saya memang selesa macam tu.




br />
Saya suka tonton filem, dengar radio, baca buku,melukis, cuba resepi baru, masak2 dan hantar pada jiran..

Sebab tu saya rasa tak pe kalau saya kena kurung dalam rumah pun.hahaha.

Baking pun benda yang saya suka juga.


Kalau suami pergi kemana² bawak anak² itu lah "me time " saya. Saya tak kan habiskan dengan baring sambil layan sosial media. Tak kan!! Sebab itu je lah masa yang saya ada untuk buat perkara² yang saya suka.

Saya ada kawan yang "me time" dia adalah, tidur, tidur dan tidur. Dia boleh tidur satu hari suntuk bila anak² dan suami dia tak de dirumah. Katanya itu saja masa untuk dia tidur dengan cukup.




br />
Fuh!!bayangkan lah asyik tidur saja. Bukan tak seronok tidur lama² ni tapi bila tidur lama sangat badan jadi lemah macam orang demam. Sebab tu saya tak suka tidur lama. Saya kerap tidur tapi kejap² je.

Baca buku memandu ni bukan sebab nak ujian tapi sebab nak guna sepanjang memandu nanti


Bangun lewat tu bila saya tidur lewat je. Bangun pagi solat, siapkan sarapan kemas rumah, siap keperluan anak² dan suami lepas tu jam 10 pagi tu mula la mata mengantuk. Saya tidur la kejap time tu.

Petang pun kalau mengantuk saya tidur kejap. Tak de istilah tahan² mata bagi saya. Mengantuk je tidur la kejap 10- 20 minit. Tu la untungnya orang tak bekerja ni..kan?? Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki bahagian ni untuk saya. Hahah

Yang tak dapat tidur sesuka hati tu mungkin rezeki awak lebih bab lain. Allah tu maha adil..

"Me time" korang pulak cemana??







Comments

  1. alhamdullilah quality time

    ReplyDelete
  2. Hurm... 'me time' Mrs. A yang paling Mrs. A suka adalah main netball tak kiralah dengan siapa-siapa gang office ke gang sekolah ke pantang ada peluang Mrs. A mesti join husband dan kids pun dah faham.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …