Skip to main content

CARA NAK BUANG IKLAN YANG MUNCUL DI SKRIN - POPUP ADS .

Hi semua..



Korang yang selalu online guna pc atau komputer mesti pernah alami keadaan di mana tiba-tiba je keluar ads atau iklan tak senonoh kat pc korang. Malu la kalau orang nampak iklan macam tu muncul kat pc kita. Padahal kita tak de pun buka benda bukan-bukan..

Bila kita buka apa-apa website pada phone kita yang menggunakan google akauan, kemudian google akauan tu  juga kita guna pada pc kita, memang biasa la keadaan macam ni.

Tapi benda ni boleh diatasi. Mudah je.

Ada banyak website yang bila kita layari akan keluar satu notification tanya " Allow notification" korang terus je tekan "block" . Jangan pilih "allow" ok..






Tapi ada juga website yang tak tanya apa pun tiba2 je selambak popup ads dia bagi.

kalau melalui pc ini cara yang korang boleh buat.

1- kat bahagian atas kanan pc korang ada 3 titik tu. Klik situ dan pilih setting.

2-  scroll sampai jumpa pop ups redirects dan ads . Macam gambar bawah ni.

3- Mula-mula klik la pada pop-ups redirects . lepas tu blocked semua iklan yang selalu ganggu korang.

4- kemudian pergi pulak ke Ads dan pilih iklan atau site yang korang tak nak .  Dah siap..

Jangan lupa restart balik pc korang.

Kalau guna phone pulak boleh ikut tutorial yang saya ambik kat twitter ni. Kredit untuk Kim Mohito sebab sudi sediakan tutorial yang sangat berguna nih.

1- mula-mula masuk kat chrome dan pilih setting

2- kemudian pilih site setting.

3- Pilis ads

4- Pastikan butang ni off supaya dapat block iklan2.



5- kemudian pi kat all site dan pilih mana2 iklan yang korang tak nak. pilih clear and reset.

selesai masalah.








Itu je lah cara nya. Website cari makan memang selalunya akan jerat kita dengn iklan2 ni. Kebanyakan nya website yang merapu je la. Boleh elak kan dengan tak usah lagi layari website merapu macam tu ye. heheh..



Comments

  1. Oo..gitu ye...lepas saya buang blog list semua...dah takde lagi dihantui masalah pop up ni...
    Tp tu la...tak best takde blog list kawan lawan kat tepi tu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …