Sunday, 14 July 2019

"AKU CUCI BAJU, CUCI TANDAS, MAIN DENGAN ANAK.APA WIFE AKU BUAT?" - PERKONGSIAN LELAKI INI DAPAT PUJIAN NETIZEN


Sebagai pasangan suami isteri tugas menguruskan rumahtangga tentu saja dilebihkan kepada isteri. Sekian lama kita disogok dengan kata-kata tugas menguruskan kerja-kerja rumah adalah ditangan isteri namun masa dan zaman sudah berubah. Masyarakat perlu mengubah persepsi tersebut memandangkan isteri-isteri zaman sekarang juga terpaksa keluar rumah dan bekerja.

Perkongsian Saudara Iffat Saleh di laman twitter membuka mata ramai warga net berkaitan isu menguruskan kerja-kerja rumah dan mendidik anak. Saudara Iffat menjelaskan tugas menguruskan rumahtangga bukan lah terletak di tangan isteri sahaja.



"Setiap 2 hari, aku akan cuci kain.
Setiap 2 minggu, aku akan cuci tandas sehingga bersih.
Setiap petang aku main dengan anak-anak.
Apa wife aku buat?
Baca ni.

Sejak sebelum kahwin, masa study dulu, aku buat semua tu sendiri.
Iron baju
Basuh baju
Cuci tandas
Hampir kerja rumah, aku buat sendiri.
Kenapa lepas kawen, aku kena serah tugas?






Dah kahwin pun, aku buat semua tu sendiri. Bila wife nak buat, aku cakap

"Kalau nak tolong, nanti jangan komplen sakit pinggang sakit lutut ye"

Tapi selalunya memang lepas dia tolong, malamnya aku kena urut hahaha


Lepas dapat anak, aku masih buat semua kerja.
Kalau aku terlalu penat, tertidur. Baru wife yang buat kerja tu.
Rasa bersalah bila dia yang buatkan kerja-kerja tu. Entah kenapa.


Mungkin sebab dia dah lahirkan anak-anak, jaga diorang setiap hari.
Beban tugas sebagai suri rumah pun berat tau, jangan memain. Wife pernah menangis depan aku beberapa kali sambil cakap

"Penat tau tak"

Kesian betul


Setiap kali dia marah anak (tak kemas mainan atau bergaduh), aku akan pujuk

"Kita nak marah, niat untuk mengajar. Jangan untuk lepas geram. Kesian kat anak-anak"

Kemudian dia nanges. Alololo~


Back to the point, kenapa aku buat semua kerja rumah?
Sebab aku ada 2 anak lelaki. Aku kena tunjuk kat diorang bahawa kerja rumah tu lelaki yang kena buat.
Tak semestinya perempuan yang buat.


Dan dua budak comey tu memang menolong aku.

Tolong sapu sampah
Tolong masukkan baju dalam mesin
Tolong jemur
Tolong angkat
Tolong lipat baju

So aku didik siap-siap melalui teladan. Bak kata orang tua-tua

"Dont tell, show!"


Nak kemas rumah, aku tak boleh suruh anak-anak, diorang tak faham
Aku kena kemas dulu, sambil tu ajak la diorang. Baru diorang follow

My small beloved family.

* Untung jadi tak hensem, dapat wife cantik & anak hensem2 hahaha "

- @Iffatsalleh

Susah nak jumpa lelaki yang sanggup menguruskan kerja-kerja rumah walaupun ada isteri yang tak bekerja. Tapi demi kasihkan isteri dan anak-anak suami perlu juga menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak supaya mereka juga sedar bahawa tugas di rumah perlu dilakukan bersama-sama.




Tidak ada perbezaaan lelaki atau perempuan untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Salah satu sebab mengapa ada suami yang tak permah membantu kerja-kerja rumah adalah kerana tidak dididik untuk melakukan nya. Sejak dari kecil hanya ibu saja yang menguruskan segalanya.

Bila anak dah besar satu kerja rumah pun tak tahu nak buat. Jadi isteri la yang bersusah payah menguruskan rumahtangga, Dah la terpaksa bekerja ,  rumah pun nak diuruskan sendiri. Lebih baik tak payah kahwin.

So pada lelaki-lelaki diluar sana yang nak berkahwin dan yang sudah berkahwin, tahu ke buat kerja-kerja rumah ni??


5 comments:

  1. Sekarang ramai isteri berkerjaya dan suami jadi sura rumah tangga.

    ReplyDelete
  2. kena pakat bkerjasama dalam hal kerja rumah. sebabnya sekrang ni baik suami atau isteri..dua2 dah kena kerja..atas tuntutan kehidupan :-)

    ReplyDelete
  3. Sikap tolak ansur mcm ni la yg patut ada dalam diri masing2 bila dah kawin. Baru la rumahtangga tu aman damai...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, laki sya reti buat kerja rumah n mmg selalunya dia yg bt kerja2 rumah kecuali lipat baju n masak hehehe, sbb kt kampung pun biasa nampak pak mertua biasa lipat baju, sapu sampah n tolong mil kt dapur... itu semua anak2 lelaki nya biasa tlg bini kt umah

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();