Friday, 10 May 2019

SEDAPNYA SUARA ALIF SATAR - "SESUNGGUHNYA " DUET BERSAMA RAIHAN DAPAT PUJIAN RAMAI

Hi Semua..



Awal tahun 2019  satu video Alif Satar Ft Kumpulan Raihan menyanyikan lagu Sesungguhnya dimuat naik di Instagram Alif Satar. Lagu tu memang sedap dan ramai peminatnya masa saya belasan tahun dulu.

Lagu tu memang menenangkan dan mengusik perasaan,





Selepas video duet tersebut di muat naik ke instagram Alif Satar ramai yang memuji vokal Alif malah isterinya sendiri mengharapkan Alif menyanyikan lebih banyak lagu-lagu nasyid.

Minggu lepas, dalam rancangan MELETOP di Astro Ria, Raihan ada mengumumkan akan berduet dengan Alif Satar. Saya memang agak mesti diaorang akan pilih lagu Sesungguhnya ni.

Semalam video duet Alif Satar dan Raihan dah ada di Youtube. Memang ramai yang tertunggu-tunggu rupanya. Dalam sehari je video tersebut dah mencapai  227538 jumlah tontonan. Malah alif Satar juga trending di twitter.



Tahniah Alif Satar.

Vokal alif mendapat pujian ramai sebab berjaya membawa lagu tersebut dengan baik. Selalunya kalau artis remake lagu orang ni mesti dia akan ubah sikit . Tapi lagu Sesungguhnya ni tak diubah pun melodi nya. Cuma susunan muzik tu ada beza dengan yang dulu.\

Mungkin nak nampakkan  ianya lebih segar tapi dalam masa yang sama kita boleh nyanyi sama-sama jugak. Saya kurang suka lagu remake lepas tu ubah sampai kita yang minat lagu tu tak dapat nak nyanyi sama sebab melodi nya diubah.





Jom dengar Vokal Mantap Raihan dan Alif Satar . Nyanyi sama-sama jom..

 LIRIK LAGU SESUNGGUHNYA - RAIHAN FT ALIF SATAR

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takakan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku hanyalah milik Mu

Composed by Nazrie Johanie
Lyrics by Nazrie Johanie


4 comments:

  1. memang suka sangat lagu dan ni dan sesungguhnya merindui hasil karya Nazrie Johanie lagi

    ReplyDelete
  2. okay..dah dengar dah tadi...ulang2 ...tak puas rasa..tambah lagi lagu tu menggamit kembali memori

    ReplyDelete
  3. gandingan yang mantap and legend...

    singgah sini ^^

    https://www.mohdnoorshawal.com/

    ReplyDelete
  4. suara alif pun hampir sama macam suara nazrey. bagus kalau dia join raihan dan terbitkan album yang boleh mengembalikan semula kegemilangan raihan dan nasyid khasnya...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();