Skip to main content

Suami Nak Isteri Hamil Cepat, Isteri carikan Calon Untuk Suami? [Kisah Benar]

Saya perasan banyak betul trafik masuk untuk baca artikel Mengandung lepas berurut yang Dhia tulis kat blog Magicalips tu. Dalam tu si Dhia tulis panjang lebar la petua nak cepat hamil untuk pasangan yang dah lama menanti cahaya mata.

Ok jangan keliru.

Saya Adzril dari blog adzril.com yang selalu kongsi pasal percutian ke Sabah dan simkad Onexox.
Perasaan gembira dapat zuriat patut dirasai oleh semua orang.

Tapi kalini saya nak berkongsi cerita reality dan strugglenya pasangan suami isteri yang nak dapat anak.

Saya dan Dhia pun 6 tahun menunggu sebelum dikurniakan budak comel Aali tu.

Saya sendiri masuk tahun ke-4 dah mula tak nak fikir pasal rezeki menimang cahaya mata.

Pada saya, saya redha je dengan rezeki dan ketentuan yang telah ditetapkan.

Bukan putus harapan ye.

Cuma pasrah.

Tahun 2013 isteri saya pernah mengandung buat pertama kalinya setelah 2 tahun berkahwin.

Tapi tu lah, belum rezeki, Dhia mengalami keguguran pada minggu ke 11 kehamilan.

Start dari situ, Dhia tak pernah kot putus asa berusaha. Sebab dia tahu mesti ada berita gembira hasil dari usaha dan ikhtiar yang berterusan.

Doa dari keluarga ngan kawan-kawan terdekat jangan cerita la. Tak putus-putus.

Memang terbaik.

Diaorang selalu doakan kami cepat menimang cahaya mata.

Yang rekemen tempat berurut, rawatan kat klinik dan lain lain memang banyak. Saya tau diaorang pun nak kami gembira macam diaorang (dapat zuriat).

Yang rekemen tempat urut buang saka pun ada.

Saya bab bab saka ni bukan tak nak percaya, karang meleret ceritanya.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun berusaha akhirnya hujung tahun 2017 Dhia disahkan mengandung.

UPT Urine Pregnancy Test ada garisan Samar-samar


Tak official pun. Kitaorang cek pregnancy test beli kat farmasi tu ha.

Double line tu pun samar-samar je.

Dalam hati terasa nak melompat kegirangan, tapi line tu masih samar-samar, tapi Dhia tak period dalam tempoh tu. Tapi aagrrrhhhh!

Camtulah perasaannya.

Bercampur-campur.

Serius rasa macam bermimpi. Dalam fikiran dah fikir nanti ada 'pihak ketiga' dalam keluarga saya. Si comel ni la!

Ok ok!

Kongsi Ikhtiar Mengandung

Dari pengalaman dan perjalanan Dhia sepanjang berjuang untuk hamil ni lah, Dhia compilekan dan kongsi kat blog magicalips.com tu.

Dhia nak orang lain yang berjuang untuk mengandung, yang nak cepat hamil pun rasa apa yang dia rasa.

Kegembiraan.

Ramai Wahtsapp kat Dhia tanya
  • tips untuk cepat hamil,
  • camna cara nak masak air taugeh,
  • nak berurut kat mana,
  • camna nak tentukan kesuburan
  • buat rawatan kat klinik mana,
  • kos untuk buat rawatan,
  • dan macam-macam lagi

Ramai Berhasil Mengandung


Percaya tak?

Lebih 1000 orang yang Whatsapp Dhia tanya semua perkara yang related untuk hamil cepat dan mengandung cepat.

Dari situ lah saya tanya Dhia.

"Dah berapa orang yang mengandung lepas sayang bagi tips nak dapat zuriat tu?"

Kejap nak kira katanya.

Kira punya kira....

LEBIH 50 ORANG BERJAYA MENGANDUNG!

Dan ada satu pasangan tu dapat BABY KEMBAR!

Syukur Alhamdulillah.

Semua tu kuasa Allah. Takde siapa boleh nafikan.

Dhia tak buat apa-apa pun sebenarnya. Dia cuma kongsi pengalaman dan perjalanan dia mengandung dalam masa 6 tahun tu.

Ada yang mengandung lepas amalkan;

  • amalan minum air taugeh
  • pilih waktu 'bersama' yang tepat
  • makanan yang sesuai
  • Rawatan kat Klinik Hamid Arshad
  • berurut dengan Ibu Nisa
  • dan lain lain.
Takde magic-magic pun.


Semua tu Dhia kongsi kat eBook Akhirnya Aku Hamil.

Isteri carikan Isteri Untuk Suami?

Pastu saya ada terbaca salah satu Whatsapp dari salah sorang yang mesej Dhia.

Ayatnya lebih kurang camni "Saya tengah carikan isteri untuk suami saya" 😥

Dhia reply, "teruskan ikhtiar ye Puan, insyaAllah nanti ada rezeki mengandung tu nanti" which is tak related dengan ayat orang tu.

Pandai Dhia alih topik.

Ye la, orang tu cakap nak carikan isteri untuk suami.

Dhia boleh break state pulak bagi motivasi.

Saya tanya Dhia, "apa cerita tu?"

Dhia cakap la, yang suami orang tu nak cepat dapat anak, so dia nak carikan isteri untuk suaminya tu.

Fuh!

Nampak tak strugglednya nak dapat anak?

Dhia sambung lagi.

"Ada yang dah diceraikan dengan suami sebab tak boleh mengandung, siap dah kahwin lain dah suami orang tu"

Yang ni saya sentap.

Sampai camtu sekali kisahnya.

Buat kronologi dan susun elok-elok

Saya cakap dengan Dhia, teruskanlah bagi inspirasi kat mereka2 yang berjuang untuk dapatkan zuriat.

Saya suruh Dhia compilekan pengalaman dia jadi satu buku.

Buat lebih tersusun, lebih rapi.

Buat edisi lengkap punya untuk perjalanan sepanjang 6 tahun untuk mengandung tu.

Akhirnya Dhia pun berjaya siapkan buku tu Akhirnya Aku Hamil, 136 muka surat siap ada eISBN lagi tau. Bukan beshe beshe.

Semoga bermanfaat lah untuk mereka yang memerlukan.

Saya doakan semua bahagia disamping keluarga tercinta.

p/s: Cepat ramaikan umat!

Comments

  1. fuhhh...saya dulu dua tahun dua kali gugur pun orang dah mengata...apalagi bertahun tahun lom beranak

    ReplyDelete
  2. hanya yg melalui je faham..huhu..ada baca yg dhia share tu..ada gak cuba...tapi belum berhasil lagi..

    ReplyDelete
  3. Ni nak masuk ke 5 thn belum.ada rezeki kena kecam dekat saudara mara kat kg..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …