Skip to main content

SAYA MASIH AKTIF MENULIS BLOG DAN BERKONGSI CERITA

Hi Semua..

Dulu saya seorang yang sangat rajin betul update instagram. Semua gambar saya nak letak kat IG tu. Tapi tak tahu la kenapa sekarang makin malas nak ambil gambar dan update instagram.



Mungkin sebab dah jarang pegang phone. Saya memang tak suka mengadap phone. Kalau saya online pun saya guna pc je. Agaknya tu la punca instagram tak berupdate.

Sampai satu tahap Ig tengah down pun saya tak tau. Hahah..

Faktor usia agaknya. Bila kita dah berusia minat dan masa kita pun banyak tertumpu pada perkara lain.

Untungnya saya masih minat menulis di blog. Ni satu-satunya platform untuk saya menulis benda yang saya nak luahkan. Macam di facebook pun kerap juga saya menulis di facebook.




Tapi di facebook ni tak boleh nak tulis panjang-panjang. Tak ramai yang suka baca lagi-lagi bagi penulis yang tak dikenali macam saya.

Kalau memang dah ramai kenal tu memang tulis panjang mana , berpantun bersajak pun orang baca jugak. So kita pun tahu takat mana kita boleh pergi dalam satu-satu platform sosial media ni.

Ni kalau update saja tapi tak de siapa baca tak best jugak..kan?

Kalau di twitter pulak saya lebih suka membaca. Banyak perkongsian yang ringkas-ringkas saya boleh baca di twitter. Baca pendapat-pendapat segar dari orang muda ni kadang-kadang membuka minda kita ni untuk berfikir lain dari apa yang kita fikir sebelum ni.

Agak-agak sosial media yang mana satu yang paling korang suka dan paling aktif?




Comments

  1. Samalah kita, lebih suka bercerita di blog berbanding medsos yang lain.

    ReplyDelete
  2. Kat lagi mudah klau nk bercerita dan menulis pjg

    ReplyDelete
  3. Entahlah..lately...byk share post je kat FB. Nak tulis panjang2...rasa macam takde jiwa

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …