Monday, 1 April 2019

RESEPI KEK SARANG SEMUT ATAU KEK GULA HANGUS YANG MESTI JADI

Hi Semua..

Entah berapa kali dah saya share resepi Kek sarang semut atau pun kek gula hangus nih. Dari pada tak reti buat sampai la sekarang dah mahir la saya buat kek ni.

Kalau dulu bila kek tak jadi, jenuh fikir apa la sebab nya. Tapi sekarang dah tahu rentak kek sarang semut ni macam mana.



Banyak juga resepi-resepi kek gula hangus yang saya cuba. Ada resepi-resepi tu yang saya jumpa di facebook dan ada juga yang dikongsikan oleh kawan-kawan terdekat.

Mungkin ada yang rasa agak susah nak membuat kek ni. Tapi kalau dah selalu buat korang akan rasa ini lah kek yang paling senang nak dibuat.

Kek ni memang menjadi kegemaran keluarga saya. Dulu buat kek ni tak jadi pun habis licin. Hahah.. Sekarang ni kalau raya saya mesti akan bawak balik ke nih ke kampung.






Bagi yang nak tahu cara membuat kek sarang semut atau Kek Gula Hangus ni saya akan kongsikan sekali lagi resepi dan cAra membuat nya.

InsyaAllah , kalau korang ikut step saya ni mesti kek korang akan jadi. Rongganya pun lebih cantik dan menyeramkan.Hahahh..

Resepi Kek Gula Hangus / Resepi Kek Sarang Semut.

Tinggi 3 cm Loyang saiz 8 inci

Gandakan sukatan dan tempoh membakar lebih lama kalau nak kek lebih tinggi (guna loyang yang lebih tingg)

Bahan-bahan nya:

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu besar majerin/butter

Bahan B
1 cawan tepung gandum
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 tin kecil susu pekat


Cara-Caranya:
Langkah pertama kita nak buat gula hangus.
1- Masuk kan gula dalam periuk dan masak atas api yang kecil.

2- sentiasa kacau gula . Jangan sampai gula hangus .Nanti takut kek akan jadi pahit



3- kacau guna whisk lebih mudah. Kacau hingga gula bertukar warna menjadi perang



4- Masuk kan air panas. Hati-hati sebab gula dan air panas akan mendidih.

5- Kacau sampai gula dah tak berketul.

6- tutup api dan masuk kan majerin.

sejuk kan air gula.Ambil masa dalam 1-2 jam nak sejuk kan air gula nih..
Nak buat kek nih kena banyak bersabar sebab memang akan makan masa berjam-jam.

Langkah kedua kita nak buat bancuhan kek.
1- Ayak tepung dengan soda bikarbonat, Ketepikan.

2- Pukul telur bersama esen vanila sampai kembang. Pukul sampai telur bertukar menjadi warna putuh dan berbuah halus. kalau guna mixer dalam tempoh 3-4 minit

3- Masuk kan susu pekat . Kacau je guna senduk.

4- Masuk kan tepung dan kacau sebati.






5- Last sekali masuk kan air gula yang dah sejuk tadi. kacau guna senduk je tau.Kacau sampai rata semuanya lepas tu  masuk kan dalam loyang.

6- Lapik loyang dengan baking paper. Kemudian sapu butter kat atas kertas tu.

7- Tuang adunan dalam loyang. Tutup loyang dan peram bancuhan tu selama 3-4 jam. Korang boleh peram sampai 7-8 jam juga untuk hasil yang lebih baik.



8- Tak payah simpan dalam peti sejuk ke, almari ke..letak atas meja makan gitu je.

9- Sebelum bakar panas kan oven api bawah suhu 170. Bakar selama 1 jam 30 minit. Kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi 15-20 minit

cukup masa tinggal kan je dalam oven selama 15 minit,.



10- keluarkan dari oven dan sejuk kan dia.Bila dah sejuk boleh la di potong. Kena potong melintang tau. Bukan macam potong kek hari jadi tu. Baru la nampak ronga-ronga sarang semut tu.

Kek korang akan kurang berongga kalau kek bakar tak cukup lama. Lagi lama bakar lagi cantik sarang semut dan lagi cantik kaler nya. Tapi janga la bakar sampai hangus tau.

sebab tu lebih selamat kalau dibakar dengan suhu antara 170- 180 je.



Ok..tu je tips nak buat kek sarang semut nih. Tak susah pun sebenarnya. cuma ambik masa lama je. Jangan lupa cuba dan boleh kongsikan hasil nya dengan saya nanti .

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

2 comments:

  1. akak mmg suka kek gula hangus nih, mil akak mmg pandai buat kek nih... mmg sedap, dh banyak kli dia ajar akak bt kek nih... tp sekali pun akak tak pernah buat... sbb tkt buat tak jd hehhehe...

    atau dgn kata lain... akak mls

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();