Skip to main content

PENGALAMAN MELALUI CABARAN SEMINGGU TANPA SOSIAL MEDIA

Hye semua..

Minggu lepas saya ada buat satu cabaran pada diri sendiri. Cabaran nak tinggalkan sosial media selama seminggu. Walaupun cabaran ni saya terpaksa buat tak sampai seminggu tapi tetap saya nak share sikit apa yang saya dapat dari cabaran yang saya buat tu.



Tak ramai orang yang bersedia untuk tinggalkan sosial media di zaman sekarang.Lagi-lagi kalau sosial media tu digunakan untuk tujuan-tujuan yang sangat penting. Dah ramai yang jadikan sosial media sebagai platform untuk menjana pendapatan dan juga untuk berhubung dengan kawan-kawan.

Sebab itu saya pilih untuk cuba buat cabaran ni. Apa yang saya dapat dari cabaran ni akan saya kongsikan untuk panduan korang.Mana tahu kalau satu hari nanti tiba-tibe je korang rasa macam nak stop sekejap bersosial media.






Kita mulakan dengan perkara yang baik dahulu.

Pertamanya saya sedar ada banyak perkara yang saya sepatutnya buat, Tanpa saya sedar sosial media menyekat banyak aktiviti luar. Saya hanya sibuk melihat skrin komputer dan telefon sampai kadang-kadang saya malas nak bergerak.

Tapi bila tinggalkan sosial media saya mula ada masa untuk bersenam lebih masa. Kemudian saya teruskan dengan aktiviti lain. Tak pernah fikir pun "lepas ni saya nak buat apa," sebab automatik saya terus buat benda tu, Contohnya bila ke dapur, nak buat kek, terus capai mixer, keluarkan bahan-bahan dan sebagainya.

Kalau dulu, nak baking, sempat lagi buka phone, baca tweet , benda yang patut buat dalam 15 minit jadi satu jam.

Saya juga mula sedar ada banyak filem yang saya belum tonton. Menonton bersama-anak-anak memang menyeronok kan lagi-lagi filem tersebut anak-anak pun suka. Sebelum ni bukan tak tonton filem, tapi tak fokus. Sibuk nak tengok skrin komputer dan phone saja . Tapi bila menonton dengan fokus ianya lebih menyeronok kan.

Waktu petang saya lebih banyak masa dihabiskan diluar rumah. Saya tak perlu fikir pasal bateri phone lemah atau apa komen buruk netizen berkaitan isu semasa. Fikiran lebih tenang dan lapang sebab tak banyak benda luar yang masuk mengganggu fikiran saya seperti sebelum ni.

Awalnya saya nak buat cabaran ni selama seminggu tapi tak jadi . Nak tahu kenapa nanti hujung-hujung saya ceritakan. suspend tak??ahahha..

Ada juga benda tak best bila korang tinggalkan sosial media ni. Macam awal2 saya tulis tadi bagi yang berniaga online dah tentu la korang akan mengalami kerugian bila seminggu tak dapat post apa-apa. Cemana nak dapatkan pelanggan kalau tak de post pasal jualan korang.kan??

Tapi bagi saya yang tak berniaga ni, tetap ada kesan nya pada sosial media saya.

Pertamanya hari pertama saya buka semula facebook saya punya post pertama langsung tak de like dan komen. Bermakna angegement dengan rakan facebook lain tu tak de. Diaorang tak boleh nampak post-post saya pada hari pertama selepas cabaran tinggalkan sosial media tu.

Yang saya perlu buat ialah like dan komen pada post-post rakan lain. Bila ada sorang dua yang datang like dan komen baru lah ada rakan fb lain yang like dan komen.

Yang keduanya ialah saya jadi malas nak mula bersosial media balik. Rasa macam kalau tutup akaun terus pun tak pe la.Hahah.. Jadi seronok berdunia nyata berbanding dunia maya.

Korang yang tak pernah tinggal sosial media mungkin akan rasa "eh..tak boleh hidup la kalau tak buka fb, tak tweet, tak upload gambar kat IG.." Tapi bila korang dah tinggal baru korang tahu benda ni mudah sangat nak tinggalkan nya.






Disebab kan itu juga lah cabaran ni saya tak buat sampai seminggu. Cukup 4 hari dah la. kalau saya buat selama seminggu rasanya saya dah tak update blog, tak de facebok, tak de IG dan twitter dah sekarang ni. Rasa membuak-buak nak tutup akaun sosial media ni.

Tapi saya tak boleh la buat macam tu memandangkan ada pembaca blog , advertiser dan pengikut sosial media yang email dan hantar whatsapp bertanya soalan, berkongsi cerita dan tawaran paid review yang memerlukan maklum balas segera dari saya.

So kesimpulan nya kalau korang rasa nak tinggalkan sosial media buat je dan kalau rasa nak teruskan tak de salah. Sebab benda ni senang sangat nak tinggal.Bukan macam dadah la..Hahah.. Korang boleh test diri korang pulak.Tengok mampu ke tidak nak lepaskan sosial media .

selamat mencuba.!

Comments

  1. alamak xleh bayang macam mana haha.. FB mungkin boleh tapi IG tu susah sket. suka dok layan video2 kat IG aiseh.. and whatsapp rasanya susah sebab tu memang medium orang berkomunikasi dah.

    ReplyDelete
  2. blog, fb dan ig selalu buat tp whatsapp xblh..haha

    ReplyDelete
  3. hahahha 1 hari line celcom bt hal pun akak gelabah ni kan pulak seminggu tanpa sosial media...
    kalau ig atau fb ok lg kot, tp wassap tu susah sgt, sbb skrg ni apa2 semua pakai wassap, bkn kata gossip je tp urusan kerja pun semua pakai wassap, bos nk pesan kata dia cuti ke apa semua pakai wassap je

    ReplyDelete
  4. Saya pun kena buat mcm ni lah. Anak tengah sakit jugak ni.

    ReplyDelete
  5. Paling lama Sis tak melayan selama 2 hari, masa tu terlantar di hospital..data tutup semua..sebab memang down gile sakit...
    Tu sakit, kalau sihat ..boleh jadi sakit kalau tak layan hahahahaha

    ReplyDelete
  6. dulu bolehlah nak tinggalkan social media ni..tp skrg tak boleh..sbb social media ni my rice bowl..hari tu ig problem dah gelabah..byk job yang tengah pending..hihi

    ReplyDelete
  7. Biasa zaza pun akan rehatkn diri dari media sosial..biasa 3 ke 5 hari utk ig fb.. Kalau blog kadang 2 minggu berehat hehe

    ReplyDelete
  8. whatsapp mcm pyh sikit x tengok.sebab urusan keje rasmi byk dieorg post kat situ..
    FB prnh jgak tapi x lebih 3 hari.
    nanti nak cuba smpai seminggu jgk la.

    ReplyDelete
  9. Uissss macam x lengkap hidup klu x ber socmed ni.. sape yg boleh buat tu mmg hebat la dia..

    ReplyDelete
  10. wahh bagusnya kak Diana dah cuba. bertahan juga tu 4 hari. Ros tak tahulah dapat ke tak. macam susah je. fb dan ig mungkin ok. tapi, whatsapp tak dapat rasanya.

    ReplyDelete
  11. Kita pernah kak.. Tapi 3 hari jela.. Masa tu sakit demam.. Pk2 nak buat apalah ni.. Klo hadap hp mkin mls mkin xsihat. So startlah buat aktiviti kuokn peluh. Pastu buat2 busy.. Buat2 kms rumah.. Mmg rasa wow..byk sbnrnya dpt kita buat.. Huhu

    ReplyDelete
  12. pernah buat bila ada kursus di luar kawasan xde line.. ahahha.. 4 hari rasanya.. memang best.. spend time untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  13. huhuhu.. rasa macam tak boleh je.. sebab pernah masa balik kampung ritu.. seminggu.. line tak berapa ok.. sekali bila dah balik kl.. banyak job terlepas.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Paling lama tak update dua hari je.. Hahaha.. Kita sebb job kene post.. Tu yang tak boleh tinggal.. Kalau. Tak buat job mayb boleh kot

    ReplyDelete
  15. Pernah lupakan social media seketika.. Rasa apa yg akak diana ada kena dengan ekin..

    ReplyDelete
  16. Macam kita haritu masa opration. Hari ke-4 kot baru tengok fon. Itu pun suami yang suruh. Haha
    Sebab katanya wasap banyak.
    Kita takde mood nak tgk fon.
    Tapi kita mmng dapat rehat la.
    Tanpa pening kepala pikir bnda lain.
    Kalau mcm hari2 biasa ni kena juga tengok fon.
    Sbb nanti orang nak order baju susah. Hehe

    ReplyDelete
  17. sosial media macam boleh try nanti. wwhatsapp erm macam susah ja. medium utama tu untuk berhubung dengan semua orang hihi

    ReplyDelete
  18. I pernah lalui beberapa hari tanpa internet makna takde sosial media juga but not until a week la.

    ReplyDelete
  19. Saya kalau dekat rumah boleh la tak pegang phone, kalau keje tak boleh nanti bos wasap sebab keje pun banyak melalui wasap. Lagi pun saya ada buat bisnes, lambat reply customer lari 😣

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …