Skip to main content

MAKIN LAMA MAKIN HILANG MINAT NAK MEMASAK

Hi Semua..



Dulu masa aku sekolah aku suka betul memasak. Masa bujang pun suka memasak walaupun masa tu tak banyak masa untuk memasak. Banyak makan kat luar je.

Salah satu sebab kenapa suka memasak ialah sebab aku suka tengok orang makan apa yang aku masak.

Minat memasak tu perlahan-lahan hilang bila anak dah dua. Hahaha.. Serius weh!aku tak berapa suka memasak sekarang ni.

Pertama nya sebab suami dan anak-anak suka makan benda yang sama je. Boring kot masak benda sama setiap hari. Kalau anak lelaki tu langsung tak mau makan nasi.






Kadang-kadang dalam seminggu tu sampai tak tahu dah nak masak apa. Seminggu ada 7 hari. Belambak-lambak menu sedap kat malaysia ni aku pulak boleh hilang idea nak masak apa.

Dalam seminggu tu cuma masak Gulai ikan. gulai daging, masak kicap, masak lemak cili padi, asam pedas dan sambal.

Masak benda lain maknanya tak makan la.. Masak buat apa kalau tak nak makan..kan? Jadi makin lama makin hilang minat nak memasak tu.

Tengok je la dalam blog aku ni. Makin hari makin tak de resepi nak di kongsi. Kalau ada pun semuanya resepi yang dah di kongsi 4,5 kali.

Balik kampung nak memasak untuk anak-anak saudara pun malas sebab mak diaorang dah masak kan..Haha.. Jadi tak de sebab kenapa nak kena ada minat memasak dah.

Tapi malas2 pun kena la masak. Masak benda yang sama je..

Oleh sebab aku malas memasak, aku rasa seronok bila makan apa orang masak. Sebab tu kalau jiran2 bagi apa2 makanan seronok nya rasa.

Terima kasih kat jiran2 yang rajin bagi makanan kat aku. Anak-anak memang tak makan.Tapi aku makan sampai habis kot..





Comments

  1. MASAK JE APA G SUAMI N ANAK2 SUKA MKN DI XYAH SUSAH FIKIR RESEPI LAIN YG SUSAH

    ReplyDelete
  2. mmg blh jd penyebab jgk tu, bila asik msk benda sama je... kita pun jd jemu rasanya...

    kalau msk western mmg tak laku ke...

    ReplyDelete
  3. telur goreng je masakan yang tak pernah ditolak suami dan anak anak

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …