Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

RASA BERSEMANGAT DAN PERCAYA DIRI LEPAS DENGAR LAGU BARU TYLOR SWIFT~ 'ME' .

Hi Semua..



Ramai yang tertunggu-tunggu single barui dari Tylor Swift. Sejak seminggu lalu Tylor Swift dan bagi hint tentang single baru dia ni di sosial media dia. Jadi mesti la ramai yang nak dengar lagu terbaru dia yang berkolaborasi bersama Brandon Urie.

Lagu Me! adalah tentang memupuk keperibadian dan sikap percaya pada diri sendiri.






Baris pertama je dah tunjuk yang kita ni kena yakin dan bersemangat. OK..

"I promise that you'll never find another like me "

giteewww..

Ramai yang dah dengar lagu Me ni dan bagi respond yang baik tentang nya. Dia punya video klip pun best. Tak sakit mata. Penuh dengan warna warni.. Rasa macam pengambaran kat langit pulak..

Ewah!!macam kau pernah pergi langit..Hahah

Siapa-siapa yang baru gaduh dengan bf ke dengan kawan ke, kecewa dengan orang sekeliling ke boleh dengar lagu ni.






Nak buat apa sedih-sedih..kan?? Kita patut sayang diri kita dahulu sebelum fikirkan tentang orang lain.

Entah2 orang tu yang tak keruan hidup nya bila tak de kita…

NAK TONTON AVENGERS ENDGAME TOLONG JANGAN BAWA ANAK KECIL KE PANGGUNG WAYANG

Hi Semua..



Sekarang ni boleh dikatakan musim Avengers la sebab tengah tayang filem tu kat wayang sekarang ni. Maka berdoyon-doyon lah peminat-peminat Avengers ke panggung wayang.

Dan kalau korang perasan musim Avengers la akan muncul isu-isu mak bapak bawak anak masuk panggung wayang lepas tu anak bising, menangis , kacau orang .. Giteeewwww..

Oleh sebab ni blog saya jadi korang terpaksa lah baca pendapat saya ni walaupun saya tahu akan ada mak ayah yang tak kan bersetuju dengan pendapat saya.



Lagi-lagi kalau mak ayah yang memang peminat Avengers. Dia mesti la nak tengok jugak filem ni.Tapi pendapat saya la, tak rugi pun kalau kita tak tengok filem tu demi keselesaan anak kita.

Tak de budak yang akan boleh duduk diam saja selama 3 jam untuk tonton filem orang dewasa. Avengers bukan filem untuk tontonan kanak-kanak ok. Kalau kau nak bagi anak tengok Avengers boleh bagi dia tengok Avengers versi animasi.

Tapi versi filem ni tak sesuai untuk kanak-kanak apalagi anak kecil. Dia mesti aka…

3 SITUASI ORANG BELUM KAHWIN. ANDA YANG MANA SATU?

Hi semua..

Hari ni saya nak cerita pasal kahwin. Cerita ringkas yang ramai orang suka tentang kahwin.



Memang seronok kalau nak kahwin ni. Sementara nak menunggu hari di akad kan tu berdebar campur tak sabar campur seronok.

Boleh bayang tak rasa dia cemana?

Tumpuan pulak 100% pasal kahwin saja. masa tu kalau ada kawan nak merajuk ke, kawan tak nak ajak makan ke , lantak pi la kat dia. Yang penting aku nak kahwin.Hahahah

Itu tentang cerita orang yang sibuk nak kahwin.






Tapi ada jugak orang yang nak kahwin tapi tak tahu la dengan siapa nak kahwin nya. Tunggu punya tunggu calon tak timbul-timbul.

Tiap kali solat doa ditemukan jodoh tu mesti tak tinggal la. Kadang kesian tengok. kawan-kawan punya la ramai tapi sorang pun tak sangkut ke dia.

Crush pun hanya tinggal crush. Sabar je la ye. Belum masanya kot.



Dan yang last sekali ialah orang yang langsung tak fikir pasal kahwin. Selagi belum tutup mata, kerja,kerja kerja... Katanya..

Kalau orang lain sibuk bercinta, sibuk frust, sibuk crush sa…

MAKIN LAMA MAKIN HILANG MINAT NAK MEMASAK

Hi Semua..



Dulu masa aku sekolah aku suka betul memasak. Masa bujang pun suka memasak walaupun masa tu tak banyak masa untuk memasak. Banyak makan kat luar je.

Salah satu sebab kenapa suka memasak ialah sebab aku suka tengok orang makan apa yang aku masak.

Minat memasak tu perlahan-lahan hilang bila anak dah dua. Hahaha.. Serius weh!aku tak berapa suka memasak sekarang ni.

Pertama nya sebab suami dan anak-anak suka makan benda yang sama je. Boring kot masak benda sama setiap hari. Kalau anak lelaki tu langsung tak mau makan nasi.






Kadang-kadang dalam seminggu tu sampai tak tahu dah nak masak apa. Seminggu ada 7 hari. Belambak-lambak menu sedap kat malaysia ni aku pulak boleh hilang idea nak masak apa.

Dalam seminggu tu cuma masak Gulai ikan. gulai daging, masak kicap, masak lemak cili padi, asam pedas dan sambal.

Masak benda lain maknanya tak makan la.. Masak buat apa kalau tak nak makan..kan? Jadi makin lama makin hilang minat nak memasak tu.

Tengok je la dalam blog aku ni. Makin har…

SAYA MASIH AKTIF MENULIS BLOG DAN BERKONGSI CERITA

Hi Semua..

Dulu saya seorang yang sangat rajin betul update instagram. Semua gambar saya nak letak kat IG tu. Tapi tak tahu la kenapa sekarang makin malas nak ambil gambar dan update instagram.



Mungkin sebab dah jarang pegang phone. Saya memang tak suka mengadap phone. Kalau saya online pun saya guna pc je. Agaknya tu la punca instagram tak berupdate.

Sampai satu tahap Ig tengah down pun saya tak tau. Hahah..

Faktor usia agaknya. Bila kita dah berusia minat dan masa kita pun banyak tertumpu pada perkara lain.

Untungnya saya masih minat menulis di blog. Ni satu-satunya platform untuk saya menulis benda yang saya nak luahkan. Macam di facebook pun kerap juga saya menulis di facebook.




Tapi di facebook ni tak boleh nak tulis panjang-panjang. Tak ramai yang suka baca lagi-lagi bagi penulis yang tak dikenali macam saya.

Kalau memang dah ramai kenal tu memang tulis panjang mana , berpantun bersajak pun orang baca jugak. So kita pun tahu takat mana kita boleh pergi dalam satu-satu platform …

LIRIK LAGU KILL THIS LOVE- BLACKPINK

Hi Semua...

Macam sedap pulak telinga ni dengar lagu Kill This Love - Blackpink.

Wah!!dah jadi peminat Kpop ke??




Hahah... Tak le. Cuma sedap pulak dengar lagu ni,Mungkin sebab lagu ni tak la serabut sangat bunyi nya macam lagu kpop lain.

Dah la kita tak paham apa diaorang nyanyi lepas tu bunyi serabut sangat. Tu yang rasa tak menarik lagu-lagu kpop ni. Lebih suka layan ballad song diaorang je.






Tapi lagu Blackpink ni telinga boleh terima la.Tu pun sebab ternampak video nya ramai yang retweet . Saya pun dengar la. Nak tau juga apa yang buat sampai video nya tu di view sampai beratus ribu.

Lepas tu try cari kat Youtube. Terkejut tengok dah ada 211,455,646  view. Video di terbitkan pada 4 April lepas.

Pengsan!!

Setakat ni ahli dalam Blackpink ni yang saya kenal cuma Lisa Blackpink sorang je. Tu pun sebab kes dia di hina sebab bukan warganegara Korea.



Rasis juga warga Korea ni rupanya. Ingatkan macam orang Malaysia yang baik2..Jeng!!

Tengok di twitter YG Entertainment pun banyak video-vide…

BACA NI DULU SEBELUM BELI BAYBLADE UNTUK ANAK

Hye semua..

Saya ingatkan musim Bayblade ni sekejap je macam musim spiner dulu. Dalam sebulan dua habis la. Tapi rupanya hebat juga penangan Bayblade ni. Sampai sekarang masih ramai budak-budak main Bayblade.

Taukey kedai yang jual bayblade ni bagitau tiap hari buka je kedai, dah ada siap pelanggan kecik tunggu depan kedai sebab nak beli bayblade.Hahah.

Tu belum kira yang hari-hari buka Shopee semata-mata nak beli bayblade online.




Bagus la main bayblade daripada anak kita mengadap phone. Main Bayblade boleh juga bersosial dengan kawan-kawan lain. Ada komunikasi, ada persaingan ,.kan??

Tapi harga Bayblade keluaran Takara Tomy ni boleh tahan mahal jugak la. Saya tengok di kedai-kedai mainan pun ada yang harga nya sampai mencecah rm300. Tapi budak-budak ni beli yang keluaran china je la.Hahah..






Tapi yang keluaran China pun harganya lebih dari rm12 keatas.

Oleh sebab Bayblade ni menjadi buruan anak-anak kita mesti ada mak ayah yang nak hadiahkan bayblade pada anak-anak..kan??

Pesanan say…

DAH BERSEDIA KE UNTUK KETIBAAN BULAN RAMADHAN?

Hye semua..


Hari ni dah masuk 15 April. April dah oiii.. Apa je la yang saya dah buat tahun ni.Rasa macam tak de apa ni. Kalau masuk sekolah ni mesti saya lah orang paling sikit dapat sticker bintang. Dan mungkin juga yang tak dapat langsung sticker bintang. Hahahaha..





Kalau dalam bulan islam sekarang ni dah bulan Syaaban. Lepas tu masuk Ramadhan pulak. Bulan yang sentiasa dirindui oleh umat islam sebab bulan Ramadhan ni lah bulan untuk umat islam berlumba-lumba mengejar pahala.

Punya la banyak pahala bertaburan di sekeliling kita. Tak kan nak duduk diam je. kan??



Puasa pun dah siap berganti. Baju raya pun dah hantar untuk tempahan. Yang jual biskut raya pun dah siap sample kuih raya untuk bagi pada kawan-kawan sekampung, sekerja, setaman dan sebagainya.

Sebab tu lah saya kata bulan Ramadhan ni paling di tunggu-tunggu oleh umat Islam. Bukan sebab nak kejar pahala tapi juga untuk tambah pendapatan.

Saya harap prestasi kehidupan saya akan bertambah baik bila masuk bulan Ramadhan nanti.





13 TABIAT BURUK YANG KERAP KITA LAKUKAN INI BOLEH MEROSAKKAN GIGI .

Gigi sangat penting untuk kesihatan , tetapi terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan gigi kita.
Tabiat dan gaya hidup juga mampu memberi kesan kepada gigi. Ada beberapa gaya hidup yang jika kerap dilakukan akan membuatkan gigi anda cepat rosak.

di petik dari laman web INSIDER, pakar pergigian mengenal pasti perkara-perkara yang mungkin anda lakukan setiap hari yang boleh merosak kan gigi anda.






Menggigit kuku
Menggigit kuku bukan sahaja membuatkan kuku anda menjadi buruk malah ia juga boleh merosak kan gigi anda.

"Apabila anda menggigit kuku anda, enamel pada gigi anda boleh retak dan pecah. Gigi anda boleh beralih dari masa ke masa," kata doktor gigi Dr. Meenal Patel.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, menggigit kuku boleh menyebabkan sakit rahang dan sakit kepala yang dikaitkan dengan ketegangan rahang. Memotong kuku mungkin sukar bagi anda yang sudah biasa menggigit kuku tetapi ia berbaloi untuk melindungi senyuman anda.

Mengambil vitamin gummy pada waktu pagi
Banyak sup…

RESEPI PAJERI TERUNG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Dah lama tak masak pajeri terung. Baru-baru ni ramai pulak jiran-jiran yang hantar terung kat rumah. Musim terung ke apa tak tahu la.hahhaha.. Seronok la kita dapat terung sebab saya ni memang suka makan terung. Lagi-lagi kalau dibuat pajeri.



Nak buat Pajeri Terung ni sebaiknya gunakan terung panjang. Boleh je nak guna terung bulat cuma tak cantik la.Hahha...Tapi rasa nya sama je la.Kalau tak de terung panjang guna je la terung bulat tu.

Terung ni pun macam-macam jenis jugak.Ada yang kaler hijau . Yang tu kurang sedap di buat pejeri.Selalunya terung hijau tu saya guna untuk buat ulam atau buat masak lemak cili padi.






Bila masak pajeri terung ni saya bukan makan dengan nasik pun.Saya suka ratah je.Jadi bila buat pajeri kena buat periuk besar sebab nak guna 3,4 biji terung.Mana cukup kalau setakat sebiji dua.

Mak saya pernah ajar buat pajeri dan awal2 tu saya rasa kenapa rumit sangat nak masak pajeri ni.??Macam susah je..Biasa lah orang tua kalau masak ikut step.Silap step mula la nak m…

RESEPI KEK BATIK YANG PALING SEDAP DAN MUDAH - COMFIRM JADI

Hi semua..

Siapa suka makan kek batik? Kek batik ialah kek yang dibuat menggunakan biskut meri. Biskut yang kita suka makan masa kecil-kecil dulu. Celup dalam kopi O dan makan. Kalau makan saja macam tu pun sedap.



Kenapa dipanggil kek batik? Sebab bila di potong ada corak pada potongan kek tu. Sebab tu dipanggil kek batik. Selalunya kek batik ni dibuat menggunakan serbuk milo.Tapi kalau tak ada serbuk milo boleh nak gunakan serbuk coklat atau serbuk koko.

Saya pulak gunakan kedua-duanya sekali. lebih kuat rasanya..

Bagi yang tak suka kan coklat boleh gunakan serbuk perasa yang lain. strawberi ke, pisang ke, ..Kena olah sikit la resepi nya tu.






Ada orang suka kan kek batik yang lembut dan ada juga yang suka kan kek batik yang keras dan rangup. Kedua-dua nya saya dah cuba buat. Dua-dua sedap  Yang keras tu kena potong guna pisau yang hulu nya besi. .kalau tidak habis jahanam pisau.

Pergi pasar malam baru-baru ni saya beli biskut meri. Saya tak pernah beli biskut meri yang dalam tin besa…

RESEPI KEK MAJERIN MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum....

Petang ni nak masak apa ye untuk minum petang? Kalau boleh buat yang simple2 aje dah la.. Saya ni kalau hari suami dan anak2 cuti saya malas nak lama2 kat dapur..







Seronok buat aktiviti dengan diaorang je.. Kadang2 tu masak pun tak.. Tapi kalau anak2 nak juga rasa air tangan ibu dia ni turun jugak ke dapur  dan saya akan pilih resepi2 yang ringkas saje lah unyuk disediakan pada diaorang..



Kalau rasa nak buat kek , ini pilihan yang mudah dan cepat nak buat.tapi sedap dan anak2 pun suka... Kek majeri yang sedap dan mudah.. Saya memang dah selalubuat kek ni.. Kalau tak salah saya ,saya dapat resepi dulu kat facebook Sheila Rusly. Sukatan nya pun saya tak ubah sebab ianya memang cukup sedap dan sesuai dengan tekak kami seisi keluarga..
Nak tengok resepi kek mejerin mudah dan sedap..
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 1 sudu baking powder 1 cawan majerin (saya guna majerin pelangi je) 3 biji telur 1cawan gula halus 2 sudu besar susu pekat 1 sudu kecil esen vanila

Cara-ca…

RESEPI TART NENAS SEDAP DAN GEBU

Assalamualaikum....
Esok lepas hari kecemerlangan pelajar kat sekolah anak saya, kami sekeluarga akan balik kampung.bukan baru ni dah balik ke..??.Opah rindu kat cucu lagi ke???.Ok..yang kali ni balik sebab cucu pulak rindu kat opah.Balik sebab nak hantar biskut Tart Nenas sedap dan gebu ni.

Kali ni balik nak bawak opah diaorang jalan2 kemana pulak yea??Kalau tanya anak2 saya sah2 la jawapan nya .."jom pergi zoo..".sebenarnya anak2 saya suka pergi Zoo Taiping sebab bila dah ke Taiping bukan semata2 ke Zoo saja, tapi macam2 tempat lagi la..Muzium, Taman Tasik..sebab tu anak2 suka ajak ke Zoo.







Jadi bila balik kampung ada la buah tangan untuk mak sikit..Kali ni saya buat biskut Tart Nenas Sedap dan Gebu . Pertama kali saya buat biskut tart ni sendiri...sebelum ni ada buat juga tapi bukan saya bancuh la.saya cuba kacau2 sikit kerja orang tu.hahahah..Jadi ada la pengalaman seciput untuk buat tart nenas.


bagi saya untuk buat biskut Tart ni kita kena pandai agak dia punya sukatan …

RESEPI DAGING GORENG LADA HITAM

Assalamualaikum.
Masak daging goreng lada hitam ni  minggu lepas kot..mudah je buat nya tapi ramai sungguh yang tanya resepi daging masak lada hitam ni..hhehe..resepi nya campak2 saja..nak tahu ke resepi mudah saya??jom kita tengok..

RESEPI KARI AYAM YANG SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum..



Bila entah saya buat kari ayam ni..minggu lepas kot.kari ayam saya simple je.Kari ayam tak letak kerisik sebab tak selalu beli kerisik.heheh...

Kalau pi kedai pun kerisik tu jarang2 ada dalam senarai barang untuk dibeli.jadi bila teringat nak buat kari ayam memang tak de la kerisik tu.tapi ada juga yang kata kalau tak letak kerisik kari tak cantik, tak sedap..





Setakat ni kari ayam saya tak pernah tak sedap..Ceh!!siap puji masakan sendiri tu..Kalau nak tahu sedap ke tidak meh la cuba.

Ini resepi kari ayam yang simple dan sedap tak payah letak kerisik...Ni hidangan untuk kami 4 beranak je..jadi buat tak banyak..guna suku bahagian ayam je..

Bahan-bahan

suku bahagian ayam
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci hali
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari
1 biji kentang dibelah 4
1 cawan santan



Cara-caranya

1-tumis daun kari , bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

2-kemudian ma…

RESEPI KEK COKLAT LELEH YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...
Kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah  memang ramai penggemarnya .Bila di hidangkan sentiasa akan jadi tumpuan tak kira kanak-kanak dan orang dewasa.
 Anak-anak saya sendiri sentiasa nak kek coklat leleh  berbanding kek krim . kek cheese juga diaorang tak suka.Bagi anak-anak saya cheese hanya sedap bila bersama pizza.hahhaha..





Selain kek yang sedap ,topping kek tu juga mestilah banyak.ada yang suka coklat yang sampai melimpah-limpah.hahah,,Tapi anak-anak saya ni walaupun diaorang memang penggemar coklat tapi suka coklat di bahagian atas je..
Cuma kalau saya buat untuk orang memang saya akak lebihkan coklat tu .Baru lah sedap..kan??kadang-kadang ada jiran-jiran yang tempah kek ni dengan saya..tak selalu pun ..sebab  kalau sibuk je memang saya tolak tempahan kek,Sebulan 2,3 kali  je saya ambik tempahan kek ni.


So kalau korang nak buat jualan dengan resepi kek coklat leleh saya ni silakan..Jangan segan-segan tau.Saya harap perniagaan korang akan maju jaya walaup…

MALAS NAK AMBIL UJIAN LESEN LELAKI INI BUAT LESEN MOTORSIKALNYA SENDIRI

Polis trafik di bandar Liuzhou, China terkejut selepas menahan seorang pemandu motosikal yang bukan sahaja tidak mempunyai lesen motorsikal malah dia membuat sendiri lesen nya hanya dengan tulisan tangan.



Dokumen rasmi palsu adalah amalan biasa di seluruh dunia, tetapi dalam kebanyakan kes, orang akan membuat dokumen palsu seakan-akan kelihatan asli agar pemalsuan mereka tidak dapat di kesan.

Namun berbeza dengan lelaki ini yang hanya memalsukan lesen motorsikalnya dengan tulisan tangan. Pada dokumen tersebut dia memasuk kan butir-butir peribadi yang diperlukan pada lesen pemandu namun ianya kelas tidak asli disebabkan tulisan tangan nya.






Sudah tentu tindakan nya itu tidak akan dapat mengaburi mata polis. Kejadian yang berlaku pada 31 march lalu adalah yang paling lucu bagi polis yang menahan nya. Menurut polis itu adalah kejaidna yang paling lucu sepanjang kerjayanya.

Menurut polis, ketika di tahan untuk memeriksa dokumen nya, lelaki yang dikenali sebagai Tang itu tidak menunjuk kan…

DI POLAND BUKU HARRY POTTER DAN BARANGAN HELLO KITTY DIBAKAR KERANA DI DAKWA MENGANDUNGI SIHIR

LONDON: Pastor Katolik di Poland membakar buku yang mereka katakan mengandungi sihir  termasuk salah satu novel Harry Potter JK Rowling, dalam satu upacara.

Gambar-gambar upacara tersebut turut  dimuat naik di Facebook Fundacja SMS Z NIEBA yang memiliki 22000 pengikut. Dalam keterangan pada posting tersebut pihak Catholic evangelism foundation mengutuk sihir dan penyembahan berhala



Tiga pastor dari Kota Koszalin utara, Poland dilihat membawa buku-buku dalam bekas besar dari dalam gereja ke pekarangan tempat dimana upacara membakar tersebut dilakukan.

Buku-buku itu kemudian dibakar dan di tonton oleh orang ramai. Topeng dan  pelbagai barangan seperti payung Hello Kitty juga terbakar..






Tindakan itu menimbulkan kekecewaan dari ramai pengguna Facebook, yang kebanyakannya meninggalkan komen yang mempersoalkan kewarasan mereka yang terlibat dan membuat perbandingan dengan Nazi Jerman.

Gereja Katolik adalah kekuatan yang kuat untuk konservatisme dalam masyarakat Poland, dan telah berada di …