Wednesday, 6 March 2019

SERBA TAK KENA BILA SKRIN KOMPUTER ROSAK

Hye semua..



Mood nak menulis agak kelaut sikit gara-gara skrin komputer rosak. Tiba-tiba je skrin dah tak jelas. Macam keluar wap air pada skrin komputer saya.

 Terpaksa pakai skrin yang kecil dan rendah ni. Jenuh jugak la nak kena tunduk bila nak membaca apa-apa berita. Lepas tu paparan nya pun tak penuh..Kena kurangkan jadi 80% je. Tu pun keluar tulisan kecik2 pulak.

Skrin yang kecil ni pun rosal juga sebenarnya tapi masih boleh digunakan . Yang rosak cuma ada macam keluar belang biru dibahagian kiri skrin.





Nampak nya bulan depan la baru dapat skrin baru. Tabung tak penuh lagi. Huhu..

Tak pun tolak mur mur je 2 skrin ni kat kedai, Tambah duit sikit ambik skrin baru. Tapi ada harga ke skrin rosak ni. Hahah.. Daripada duduk buat semak je kat rumah ni baik la dijual je kan??



Komputer sangat penting di rumah saya ni memandangkan anak-anak juga menggunakan komputer kalau nak belajar. Saya juga selalu ambil contoh-contoh soalan untuk latihan anak-anak saya.

Bukan tak boleh guna phone tapi tak sesuai untuk anak-anak saya. Saya pula memang tak kan benarkan anak guna phone di hari persekolahan.Kalau cuti panjang baru dapat pegang phone.

Sebelum ni saya ada laptop yang berkhidmat hampir 5 tahun dengan saya. Tapi rosak . Tiba-tiba je dah gelap tak keluar apa. Hantar ke kedai pun tak dapat dia nak baik pulih.





Saya putuskan untuk guna komputer saja memandangkan nak menjaganya pun senang dan kalau rosak pun kos tak tinggi. Tahan lasak dan lebih mudah nak bagi anak-anak guna.

Risau kalau anak guna laptop, bila rosak nangis oi!!hahah..

Sekarang dah hampir 7 tahun saya guna komputer berbanding laptop.Kalau ada yang nak bagi laptop free tu boleh la guna.Tapi kalau nak beli tu mungkin tidak la.

Saya ni bukan bekerja. Dok rumah je hari2 jadi lebih sesuai guna komputer. Buka instagram, facebook dan twitter pun saya gunakan komputer. Jarang sekali saya guna phone untuk layari laman soial saya. Sebab tu la komputer ni penting untuk saya. :)




2 comments:

  1. terbaek.. ejulz pun taknak biasakan anak dgn phone bila dia dah besar nanti :)

    ReplyDelete
  2. okay jgk ea...ada komputer kat umah

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();