Skip to main content

RESEPI PISANG GORENG RANGUP DAN SEDAP

Hye ..

Malam tadi anak-anak request nak sarapan pisang goreng. Kebetulan ada pisang masih berbaki dalam peti sejuk. So dapat buat pisang goreng  untuk diaorang la pagi ni.



Anak-anak saya ni bukan jenis makan banyak. Jadi pisang 5 biji pun dah cukup untuk diaorang berdua.

Selalunya kalau buat pisang goreng mesti tak jadi. Melekat kat kuali la, pisang lembik la, adunan tak melekat kat pisang la, macam-macam masalah..

Tapi kali ni saya buat ikut resepi dari blog kak Azie Kitchen. Dia siap buat video  disini .Sebab tu yakin mesti jadi. Dan pisang goreng tu rangup sangat dan sedap. Anak pun suka siap bawak bekal pi sekolah.

Untuk resepi ni saya kurangkan bahan-bahan nya sebab pisang tak banyak.





Bahan-Bahan Pisang Goreng

5-6 biji pisang

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
air secukup nya.

2 cawan Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara nya.

Panaskan minyak dalam kuali.

Masuk kan semua bahan kecuali pisang kedalam 1 bekas dan kacau sebati. Adunan tak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.

Asalkan melekat kat pisang pun dah cukup.



Asingkan satu senduk kecil bancuhan ke dalam bekas lain dan masuk kan 1 senduk kecil air kedalam nya. Ketepikan.

Potong pisang pada 2 bahagian dan celup ke dalam tepung .

Bila minyak dah panas, goreng pisang yang dah di celup dalam bancuhan tepung tadi.

Masa pisang dah separuh masak, siram bancuhan yang cair tadi ke dalam kuali. Siram tinggi-tinggi dan perlahan.

Boleh rujuk video pada link yang saya kongsikan di atas.



Kemudian balik-balik kan pisang dan bila dah garing boleh la angkat dan hidang kan.

Bila pisang goreng dah sejuk pun, ianya tetap rangup .

Yang saya buat ni tak la secantik Kak Azie buat tapi tetap sedap. kena berlatih kerap lagi ni supaya dapat kerak yang lebih cantik.

Korang try la resepi ni.Memang sedap dan terima kasih pada kak Azie..










Comments

  1. Waaa nanti nak cubalah, nampak rangup dan sedap benauuu...lama tak makan goreng pisang ..

    ReplyDelete
  2. cara sya bt tepung adunan lebih mudah

    tepung gandum, sedikit tepung beras, garam n air sejuk dari peti ais atau air sjuk coway
    pastu lps dh bancuh2 tu, masukkan minyak panas insyallah akan ranggup pisang grg kita tuh

    ReplyDelete
  3. nk lagi umphhh letak sikit kelapa goreng dlm tepung bancuhan. ni resepi chef hotel. mmg sgt2 sedap

    ReplyDelete
  4. Hi , I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
    Source and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …