Friday, 8 March 2019

PENSIL TEKAN NI BUKTI BUDAYA MEMBULI DIKALANGAN BUDAK DARJAH SATU


Rosak sudah pensil tekan si Mikhail. Belum merasa guna dah rosak. Geram pulak bila difikir-fikirkan. Disebabkan budak nakal yang mak pak nya tak perhatikan apa ada dalam bag sekolah anak, anak orang lain pula yang jadi mangsa.

Pensil tekan ini Mikhail dapat hari rabu minggu lepas. Hadiah hari sukan. Dapat satu set dengan buku.

Hari Khamis dia bawa ke sekolah.Tengaharinya balik dengan muka masam dia bagitau yang salah seorang budak nakal dalam kelas dia dah ambil pensil ni dan tak nak pulangkan.

Dia dah minta tapi budak tu ambik jugak.

Kita kat rumah ni dah mendidih je dengar. Tak suka betul jadi benda-benda gini. Ni satu contoh buli jugak ni.




Hari jumaat Mikhail ada temujanji untuk check gigi so Mikhail tak pergi sekolah. Saya telefon ke sekolah untuk bagitau yang Mikhail tak dapat pi sekolah sebab ada temujanji.

Dasar mak mak yang tak suka buli disekolah terus saya cerita kan pada kerani yang jawab phone tu tentang kes kawan sekelas dia yang rampas pensil Mikahil ni.

Saya suruh kerani tu sampaikan pada Teacher Lim, Guru kelas mikhail.

Disebab kan tu la pensil tekan ni dapat semula pada Mikhail. Tapi dah rosak. Langsung tak boleh digunakan. Saya buka semuanya jadi macam ni untuk nak tahu apa yang buat ianya tak boleh digunakan lagi.

Bayangkan kalau saya tak bagitau pada pihak sekolah, Rasa-rasanya dapat balik tak pensil ni. Selain untuk dapatkan pensil ni balik, tujuan saya bagitau pihak sekolah tentang ni supaya sikap budak tu boleh diubah sebelum terlewat.

Bila jadi macam ni harap nya cikgu dan ibu bapa budak ni boleh bagi perhatian pada sikap budak ni. Budak-budak ..biasalah nakal tu.Tapi nakal budak2 ni kalau tak diubah diakan bertukar jadi jahat.Itu yang kita tak mau.

Memang la pensil ni harganya berapa sen je. Tapi ini kenangan kot..Hadiah pertama anak kita dapat masa sukan sekolah.

Macam mana saya tahu mak ayah budak ni tak check apa ada dalam bag anak?

Pertamanya , pensil ni dipulangkan oleh budak tu sebab guru kelas nya yang mintak dia pulangkan. Bukan nya mak ayah dia yang pesan suruh pulangkan.

Yang kedua, melihatkan keadaan pensil ni saya tahu sepanjang hari dari khamis  hingga jumaat tu dia gunakan pensil ni. Ubat pensil tekan ni tinggal berapa batang je. Siap ada yang patah2 lagi.




Kalau dia sedar anak dia guna barang bukan milik dia, dah tentu dia akan suruh simpan baik2 dan pulangkan segera. Ni tidak, sampai rosak tau.

Bila anak pegang alat tulis yang bukan kita beli untuk dia, tak perasan ye? Tak tanya itu pensil siapa?Ambil kat mana? bila beli, berapa harganya? tak terasa nak ambik tahu ke?

bye!


6 comments:

  1. mak aihhh ganasnya...baru darjah satu

    ReplyDelete
  2. betul tu.. anak2 patut dididik dari awal.

    ReplyDelete
  3. betul tu anak2 perlu dididik dari awal, tapi dekat sekolah anak akak, ibubapa budak tu sendiri yang pesan jangan buat apa2 pada anaknya sedangkan anaknya suka membuli, ustazah jadi taktau nak buat apa sudahnya biarkan je budak tu, ibubapa dah tau anak suka membuli tapi masih sebelahi anak

    ReplyDelete
  4. ssh kalau mak ayah thu hantr ank g sekolah..hal2 berkaitan kelakuan anak mereka x diambil tahu..huhu

    ReplyDelete
  5. anak saya pernah kena buli masa sekolah rendah..

    bila emaknya tahu...habis budak tu 'disekolahkan' ..

    selepas tu mereka ( anak saya dengan dia ) jadi best friend pulak dah

    ReplyDelete
  6. kita yg baca pun geram kan.... mmg kita perlu cek apa isi dlm bekas pencil n beg anak kita, soal siasat kalau ada benda mencurigakan, kalau anak kita jns pembuli kita mak pak mmg kene bt sesuatu, bkn bt dek je
    mcm aiyan dia selalu dpt makanan tp cikgu yg bagi... takpe sbb cikgu selalu bgtau dlm wassap

    nsbla kelas aiyan murid tak ramai, kalau ada yg nakal cikgu2 akan trs bgtau parets masa kita amaik anak tu, jd murid2 pun beringat tak kn buat lg... cuma masa aiyan darjah 1 selalu la stokin hilang... brg2 mcm pencil color tu biasa tp sbb dia suka letak merata...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();