Skip to main content

LIHAT APA YANG ANAK-ANAK LELAKI INI BUAT UNTUK MENCERIAKAN AYAH MEREKA SEMPENA HARIJADI KE 62

Seorang lelaki dari New Jersey pasti tidak akan melupakan hari jadi ke-62 nya selepas anak-anaknya mencatatkan nombor telefonnya di sebuah papan tanda di pinggir jalan besar yang membuatkan orang ramai membuat panggilan dan  mengucapkan selamat kepadanya. Setakat ini Chris Ferry telah mendapat lebih daripada 15,000 panggilan dan teks daripada orang ramai di seluruh dunia.



Setiap kali sambutan harijadinya anak-anak nya akan membawanya ke restoran dan kemudian memaklum kan kepada pelayan bahawa hari tersebut adalah harijadinya. Anak-anak nya suka mengusiknya dan dia akan tersipu malu dan tidak selesa apabila pelayan membawa kek ke meja mereka.

Pada tahun ini, mereka membuat sesuatu yang baru dengan menyewa papan iklan di luar Linwood dan meletak kan nombor telefon ayahnya diatas papan tanda tersebut.

Awalnya mereka fikir ia akan menjadi satu jenaka namun lama kelamaan ianya mula tidak dapat dikawal apabila  Chris Ferry mendapat beberapa panggilan daripada orang asing secara rawak selepas gambar papan iklan tersebut menjadi viral.






Papan iklan itu dinaikkan pada 6 Mac, dan pada 12 Mac Chris Ferry telah menerima lebih daripada 15,000 panggilan dan teks hari lahir dari orang ramai di negara-negara seperti Filipina, Kenya, Luxembourg, Ireland, Guatemala, Nepal dan Australia.

Dia sebenarnya cuba menjawab setiap panggilan dan menjawab semua teks pada mulanya, tetapi akhirnya dia  menukar mail suaranya kepada "terima kasih kerana memanggil untuk mengucapkan selamat hari jadi, saya benar-benar menghargai ...".

Chris Ferry mendakwa dia mendapat 10 hingga 600 panggilan dalam masa hanya beberapa minit. Disebab kan itu dia tidak dapat lagi menggunakan telefon bimbitnya seperti biasa.


Chris mengetahu mengenai prank yang dilakukan oleh anak lelakinya pada Khamis minggu lalu ketika dia mendapat panggilan dari seorang lelaki bernama Nick yang ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. "Bagaimana anda tahu hari jadi saya datang?" Ferry bertanya, lelaki itu menjawab "Saya melihatnya di papan iklan".

"Ayah saya memandu dengan serta-merta ke papan iklan itu dan mengambil gambar dengannya," kata seorang anak lelaki Ferry kepada CNN.





Memandangkan hari ulang tahun ke-62 Chris sudah berlalu itu tidak menjamin yang dia tidak akan menerima lebih banyak panggilan kerana papan iklan tersebut tidak akan diturunkan sehingga bulan April.

Chris hanya ketawa dengan apa yang berlaku jadi anak-anaknya mencadangkan tahun depan mereka boleh menyewa papan iklan yang lebih besar.

Comments

  1. Adoiii!!! kalau dah banyak sangat panggilan tu muak jugak nak layan hahahaa...

    ReplyDelete
  2. haha..terlajak kreatif anak2 dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …