Skip to main content

KULIT MUKA DAH TAK MENGELUPAS SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

Hye Semua..


Sejak sebulan lepas cuaca di negara kita ni bukan main panas sampai bagi kesan juga pada kulit muka ni. Muka cepat kusam dan kering.  Bila pakai makeup atau bedak jelas nampak kulit muka mengelupas terutamanya dibahagian dahi dan hidung.

Solekan jadi tak cantik dan tak sekata.

Saya jadi malas nak keluar rumah bila kulit dalam keadaan macam ni. Tapi nasib saya baik sebab saya jumpa satu produk yang diperkenalkan rakan-rakan blogger iaitu Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream. 

 Mula-mula baca review dari blogger lain rasa risau nak guna takut tak sesuai dengan kulit Tapi bila dah cuba beberapa hari terus jatuh cinta.






Aqua Whitening Cream 

Cream ni bukan cream yang berminyak macam cream biasa.  Cream ni ringan je. sekali tengok macam gam tepung ubi pun ada. Hahahah..

Part  yang best nya : Korang ambik sikit dan sapu pada belakang tapak tangan. Gosok sikit je dan lepas tu  keluar titisan air pada kulit kita. Itu lah yang buat kulit kita sentiasa lembab. saya jadi macam jakun sekejap sebab tak pernah guna cream yang macam ni weh!!!



Cream ni tak berminyak .Sebab tu bila kita pakai tak de jerawat atau kulit mengelupas. Tak de gatal-gatal atau rasa panas pada kulit. Semua jenis kulit boleh pakai cream ni

Musim panas macam ni bila sapu je Aqua  Whitening Cream pada kulit , rasa sejuk nyaman je. Selesa sangat..


Kelebihan Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni sebenarnya bukan sahaja sebagai pemutih tapi yang best nya ianya juga melembab kan kulit.  Kiranya macam Moisturizer la jugak..

Ianya  memperbaiki lapisan kulit kering pada wajah saya. Sekarang ni kulit wajah jadi lembab dan cantik. Hari-hari nak tengok muka sendiri kat cermin. Heheheh..

Selain cream yang tidak melekit dan tidak berminyak ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Cream ni meningkat kan kelembapan pada kulit saya.

Bila kulit kita lembab kulit juga akan terhindar dari masalah penuaan dan garis halus pada bahagian tepi mata dahi dan mulut terutamanya


Kandungan Aqua Whitening Cream

Apa yang membuatkan cream ni sangat bagus untuk melembab dan mencerah kan kulit sudah tentu lah kerana kandungan bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream ni.

Tengok kandungan nya di bahagian kotak cream ni banyak betul bahan-bahan nya.Setiap bahan tu ada fungsinya sendiri.

Ada satu bahan dalam Aqua Whitening Cream ni yang dikenali sebagai Minyak Benih Camellia Japonica . Minyak ini boleh menyerap jauh ke dalam kulit. Fungsinya ialah :-

• tidak membuatkan pori kulit tersumbat, dan tidak menyebabkan jerawat
• memulihkan kulit kering & Sun Burn
• Mengekalkan kelembapan  jauh ke dalam kulit








Cara menggunakan Aqua Whitening Cream

Saya gunakan Aqua Whitening Cream setiap hari dan setiap masa. Setiap kali lepas solat muka pun masih bersih, keringkan dulu wajah dan kemudian saya apply cream ni. Oleh sebab ianya tak melekit dan buat wajah selesa saya tak de masalah nak gunakan cream ni sepanjang hari.



Calit sikit cream dan letak dekat dahi pipi dagu dan hidung. Kemudian saya ratakan keseluruh wajah. Bila dah rata tepuk-tepuk sikit muka tu.

Masa kita tepuk-tepuk tu la titisan air akan muncul pada kulit kita. Jangan lap pulak air tu.Biarkan saja pada wajah kita.

Pertama kali guna cream ni langsung tak de rasa gatal-gatal atau panas. Tak de bintik-bintik pada muka. Sangat selesa walaupun kita apply makeup selepas guna cream ni.

Makeup jadi cantik dan tak ganggu solekan kita. Saya memang recommend kan korang try produk ni sebab korang tak kan menyesal. Berbaloi dengan harga, Produk Korea ni weh!! Dah ramai yang review cakap best.



Korang nak try usha details kat bawah ni.:



Company name: Hansaegee Nature 





Comments

  1. Ramai kata krim ni bagus, teringin gak nak try nanti

    ReplyDelete
  2. Malaysia memang panas sekarang. Perlu sangat pelembap macam ni

    ReplyDelete
  3. Eh nampak macam best plak kak.. sapu sapu tepuk tepuk keluar titisa air. Patutlah ramai yang rekomen kan produk ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh lepas seminggu terus nampak kesan ye? Bagus betul tu

    ReplyDelete
  5. Memg best pakai ni.. Nad dah masuk botol kedua.. Muka pulak makin elok dan takde sunburn dan kemerahan.. Muka segar je

    ReplyDelete
  6. Wow nampak best. Nanti nak try lah krim ni jugak...

    ReplyDelete
  7. Bagus ni, the texture macam best sangat. I rasa i nak try juga la coz i have mild peeling on my cheeks nanti sis check it out.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …