Wednesday, 13 March 2019

INI LAH WANITA YANG AKAN DIPAKAIKAN 2 GELANG DARI API NERAKA

Assalamualaikum..



Saya ni tak banyak barang kemas. Barang kemas yang rosak dan dah tak boleh di patri semula atau yang memang tak boleh dibaiki semuanya saya dah jual. Sayang memang sayang sebab setiap satu barang kemas tu ada kenangan nya.

Bukan senang nak dapatkan seurat emas bagi rakyat marhaen macam saya. kena kerja kuat, menyimpan, tahan selera nak itu ini. Main kutu pulak..Fuhh!!! mencabar..

Tapi bila dah dapat lepas tu rosak , rasa sedih la jugak.Saya ni ganas tau /Walaupun duduk rumah cuma buat kerja-kerja rumah tapi boleh rosak juga barang kemas tu.





Ada yang putus sebab tersangkut kat benang pakaian, tersangkut kat hanger , tu pasal rosak. Bila dah 2,3 kali dipatri makin lama makin tak boleh disambung lagi. So kita jual je la. dah jual, nampak duit hilang la sedih tu..Hahaha..

Bercakap pasal barang kemas ni saya kongsikan sesuatu khas untuk para wanita tentang wanita yang dipakaikan 2 gelang dari api neraka? Tahu tak siapa wanita tu?

Wanita tersebut ialah wanita yang gemar memakai perhiasan emas tapi tidak mengeluarkan zakat atas perhiasan tersebut.

Tak dapat dibayangkan betapa panas nya gelang  api neraka tersebut hinggakan kaum wanita ini meraung-dan merayu meminta keampunan namun jerita mereka hanyalah sia-sia.

Sesiapa yang ada emas dan nak bayar zakat emas boleh la rujuk di sini , untuk tahu sama ada korang layak untuk membayar zakat emas atau pun tidak.\

Bye..




4 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();