Monday, 11 March 2019

DENGAN KAWAN CAKAP KASAR. DENGAN SUAMI DAN KEKASIH PUN CAKAP KASAR. DIMANA ISTIMEWANYA HUBUNGAN ANDA BERDUA

Hye semua..



Saya ni bukan lah lemah lembut sangat orang nya. Tapi kalau dengan orang yang kita sayang dan hormat, susah sangat nak keluar perkataan tak baik dari mulut ni. Semulajadi kita akan jaga percakapan kita dengan mereka

(tapi kalau tengah marah hilang sabar bagai tu lain cerita ye.hahahah)



Saya perhatikan zaman sekarang ada pasangan yang masing-masing bercakap kasar antara satu sama lain. Katanya dah terbiasa sebab dari berkawan, kemudian bercinta dah cakap kasar-kasar .

Katanya tu buat hubungan lebih mesra.

Saya terpanggil nak tulis pasal ni sikit la. ..I beg to differ!

Setakat cakap aku dan kau tu ok lagi la.Tapi kalau bergurau-gurau pun keluar perkataan sial, bodoh dengan mencarut bagai , apa bezanya hubungan korang dengan hubungan kawan-kawan lain.?

Tak nampak special pun hubungan korang tu.





Kita ni kalau boleh nak la hubungan perkahwinan ni diletak kan pada satu tahap yang sangat tinggi dan hubungan tu sangat special tak sama macam hubungan dengan kawan-kawan atau adik beradik.

Saya suka kalau tengok pasangan yang bila dengan kawan-kawan dia biasa-biasa je.Tapi dengan kekasih atau isteri dia romantik, penyayang, sopan santun,. Kita nampak kuasa cinta tu yang mengubah personaliti dia.

Memang la korang akan rasa its sound funny and all tapi bila ianya jadi korang punya habit mesti susah juga nak tinggal benda ni. Kalau ada dah ada anak-anak baru nak berubah. Lepas tu asyik tersasul depan anak-anak.

Anak-anak pulak ngikut cara korang bercakap. Pergi sekolah dengan kawan-kawan asyik bercakap maki hamun. Lepas tu budak-budak lain terikut-ikut .

So benda ni merosak kan genarasi kita tau. Lama-lama hilang budaya hormat menghormati, Sopan santun pun dah tak de.

Jangan fikir benda ni isu yang kecil dan remeh.

Nasihat aku pada muda mudi ni kalau masa awal bercinta dah dengar gf/bf korang cakap kasar, tegur la dia. Bagitau dia tak elok bercakap macam tu.Jangan korang join sekaki pulak.

Bila dah lama-lama ada krisis apa baru nak timbul isu "dia tak hormat saya.." Padahal kau yang bagi muka kat dia. Kau tak pesan dan didik dia.





Biasa la dik..Awal bercinta ni mulut dia busuk pun kau kata wangi. Apa lagi setakat dia cakap mencarut atau memaki. Semuanya kau dengar macam syair dan lagu romantis je.

Kalau dia betul-betul sayang kita dia akan hormat kita dan tak kan sesekali pun terdetik di hati dia untuk berkata yang tak baik.




2 comments:

  1. setuju sgt, kalau ngn pasangan sendiri pun kita mencarut ckp kasar sgt mcmne nk timbul hormat tu yek, takkan itu cara nk tunjuk syg tu kan... pelik kan

    ReplyDelete
  2. Belum ada lagi Sis buat perangai macamtu, walaupun bergaduh ke..sebab rasa hormat tu ada, lagi pulak kalau anak-anak ada, kita kena tunjuk hormat Suami kita depan anak-anak supaya esok tua, anak tak buat pada kita macamtu...begitu juga bercakap dengan anak, kena lembut dan bercakap dengan kawan, barulah anak rasa kita ni hormat dia, walaupun mereka tu anak..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();