Skip to main content

APA BARANGAN YANG KITA PATUT LETAK DALAM GOODIES BAG

Hye Semua...

Saya suka kalau dapat goodies bag bila pergi kenduri . Tapi tak berapa suka kalau dalam goodies bag ada junkfood. Kalau untuk budak-budak ok la kot letak junkfoof. Tapi kalau orang dewasa pun dapat junkfood macam tak best pulak rasa.



Budak-budak pun bukan semuanya suka junkfood tau. Jadi daripada bagi junkfood baik la bagi sesuatu yang boleh digunakan.Contohnya kalau untuk budak-budak bagi lah sapu tangan atau alat tulis

Alat tulis pun bukan mahal. Kadang-kadang tengok junkfood banyak sangat.Bila dikira-kira kos untuk semua junkfood dalam 1 goodies bag tu cecah 4-5 ringgit. padahal dengan jumlah wang rm5 tu dah boleh dapat pensil warna sekotak.

Kan lagi bagus bagi sesuatu yang baik untuk kanak-kanak..

Banyak kenduri yang saya pergi, selalu sediakan gula-gula untuk anak-anak. Kadang-kadang sampai terlalu banyak , budak-budak buang je kat tanah. Sayang tau.. Duit semua tu. Bukan nya turun dari langit. Hahah.

Antara barang yang murah sesuai untuk diletak kan dalam goodies bag kanak-kanak ialah alat tulis, pensil warna, set penjagaan diri (sikat, bedak, sapu tangan dan olive oil) , Buku membaca, set permainan seperti tali skipping, dam , gasing . Korang juga boleh bagi tali pengikat buku teks (book band) , dan banyak lagi . Kalau nak bagi junkfood cukup la selit 1-2 bungkusan kecil.






Untuk orang dewasa pulak jangan la bagi junkfood juga.kesian makcik pakcik yang ada kencing manis pun dia bagi gula-gula satu bungkus, siap dapat coki-coki. celah mana la makcik pakcik tu nak sumbat.  Kalau dia ada anak cucu pun bawak balik rumah buat berebut je.

Korang boleh bagi benda lain seperti bahan masakan, contohnya rempah ikan, rempah daging dan serbuk kunyit.. sejak beberapa tahun ni ada yang bagi kicap botol kecik tu, ada juga yang bagi roti. Benda-benda macam tu yang tentu orang akan guna.

Kalau sapu tangan tu memang dah biasa sangat orang bagi.Cuma nak pesan kalau bagi sapu tangan jangan la di gam kan sapu tangan tu. Ada orang yang gamkan sapu tangan tu sebab nak letak bunga-bunga. kalau letak gam habis rosak sapu tangan tu tau terus tak boleh guna.



Keluarga saya selalu sangat dapat sapu tangan. Korang rasa ada tempat ke nk simpan banyak2 tu. Tak de tempat.Jadi saya buka dan gunakan saja semua sapu tangan tu.



tengok ni. Saya buka satu-satu dan bersihkan, kemudian lipat. Boleh anak-anak bawak ke sekolah atau bila nak keluar.Sapu tangan ni semua masih elok. Sayang kalau tak digunakan.

Korang rasa apa lagi barang yang sesuai untuk di letak kan dalam goodies bag majlis kenduri kahwin?






Comments

  1. Letak sahaja sticker yang hebat bossku ke, jom solat ke, nak tempah syurga tak ?..barulah gempak

    ReplyDelete
  2. Saya suka idea ni. Junk food paling Saya benci. Terutamanya gula gula sebab anak akan minta makan. Hehe

    ReplyDelete
  3. lately pergi kenduri kawen banyak dapat kicap mini tu dgn air kotak besar tu.

    ReplyDelete
  4. skrg ni kt kampung style nya air kotak besar atau kecik, kadang kicap kecik or kordial...
    pernah jgk dpt megi n barangan dapur lain...

    sapu tangan ni pun bgs, blh bt bekalan anak pi sekolah bt lap2 comot atau peluh kn... cumanya klu dpt sapu tangan yg di gam utk bt bentuk2 cup cakes ke apa tu yg tak best tu

    ReplyDelete
  5. Sally tetap prefer telur rebus, macam zaman dulu...hahaha...tp bila dapat kicap pun happy gila. Sama la macam akak Sally tak suka kalau bg cekedis, rasa macam hmmmmm sangat!

    ReplyDelete
  6. Kat sini pun dh banyak sapu tangan.. Nad pun keluarkan dan buat guna..banyak jugalah.. Hahhaha..nad lebih suka yang buat oerhiasan.. Hahaha.. Demnad kan nak mahal.. Tekur rebus pun ok

    ReplyDelete
  7. Sekarang kalau dpt goodies dr kenduri kebanyakkan isi bnde yg boleh digunakan.. Junkfood dah jarang org letak..

    ReplyDelete
  8. Well, banyak yang boleh letak dalam goodies bag kenduri kahwin. I like something yang boleh makan for example chocolate or maybe plate

    ReplyDelete
  9. goodies bag ni memang antara yang menjadi kemestiaan dalam majlis kahwin ni kan.. Tapi TB perasan ada yang bagi Kicap dan Sos Cili pesen sekarang ni.. bagus gak .. boleh guna untuk masak.. heee

    ReplyDelete
  10. sy suka barangan yg boleh diguna. sekaligus bila kita pakai, pahala si pemberi akan mengalir sama

    ReplyDelete
  11. alat tulis tu bgus jgk.. good idea

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …